Teori-teori Pembelajaran
Pembelajaran merupakan satu proses dimana berlakunya suatu
perkembangan pengetahuan, kemahiran atau sikap semasa sesorang individu
berinteraksi dengan maklumat dan persekitaran. Guru berperanan penting dalam
memberi galakkan serta membimbing pelajar untuk mengalami proses pembelajaran
melalui proses pengajaran yang berkesan. Guru harus bijak mengaplikasikan
pelbagai medium bagi memastikan pembelajaran berlaku. Perubahan zaman yang
dialami tanpa disedari telah membawa kita ke gaya pembelajaran abad ke-21. Oleh
yang demikian guru harus bijak mengintegrasi teknologi dan media ke dalam
proses pengajaran yang menepati selera pelajar abad ke-21 ini. Namun begitu,
peranan guru dalam mengaplikasikan teknologi dan media dalam bilik darjah
adalah bergantung kepada kepercayaan
guru tersebut tentang bagaimana berlakunya proses pembelajaran. Sejak lebih
kurang setengah kurun yang lalu, telah wujudnya pelbagai teori pembelajaran
yang menguasai. Setiap teori mempunyai implikasi terhadap arahan secara umum
dan sejurus itu menetapkan penggunaan teknologi dan media yang tertentu
bersesuaian dengan teori itu sendiri. Evolusi teori pembelajaran ini banyak
memberi kesan dalam stail pengajaran yang dilakukan oleh guru. Terdapat lima
fasa dalam evolusi perkembangan teori pembelajaran seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 1.
1. Teori Pembelajaran Behavioris
Teori behavioris merupakan teori pembelajaran yang terawal
yang diperkenalkan. Teori yang mula dipelopori oleh Ivan Petrovich Pavlov ini memberikan
fokus kepada perubahan tingkahlaku yang boleh dilihat, dinilai dan boleh
dimanipulasikan. Secara asasnya, teori
ini menerangkan bahawa tingkah laku seseorang adalah disebabkan dan dipengaruhi
oleh persekitarannya. Ia berdasarkan prinsip bahawa ransangan dari persekitaran
membawa kepada berlakunya tindak balas pada tingkah laku. Teori ini juga
menyarankan bahawa pembelajaran berlaku apabila tindakan secara ulang dilakukan
sehingga ianya menyadi kebiasaan. Tingkah laku yang berulang pula akan dapat
dikekalkan dengan proses peneguhan.
Beberapa ahli pakar teori behavioris yang telah
mengemukakan beberapa konsep penting dalam teori ini adalah seperti Ivan P.
Pavlov (1849-1936) dan B. F. Skinner (1904-1990). Setiap konsep dalam teori
pembelajaran yang telah dipelopori oleh tokoh-tokoh ini akan dibincangkan
dengan lebih terperinci.
1.1
Teori Pelaziman Klasikal
Pavlov
Teori pelaziman klasik ini
menerangkan bagaimana seseorang individu belajar dan menguasai tingkah laku.
Pavlov telah mengkaji tindak balas automatik yang berlaku hasil daripada sesuatu
ransangan daripada persekitaran. Menurutnya, tindak balas automatik boleh
diubah dengan manipulasi ransangan. Proses pembelajaran ini dikenali sebagai
pelaziman. Beliau telah mengkaji teori ini dengan menggunakan kajian terhadap
anjing. Model pelaziman klasik Pavlov berlaku melalui tiga peringkat, iaitu
sebelum pelaziman, semasa pelaziman dan selepas pelaziman.
i.
Peringkat
sebelum pelaziman
·
Peringkat
yang merujuk kepada satu keadaan semulajadi.
·
Dalam
eksperimen Pavlov, beliau menggunakan anjing, makanan dan loceng.
·
Apabila
anjing ditunjuk makanan (ransangan), air liur akan meleleh daripada mulut
anjing (gerak balas terlazim). Apabila Pavlov membunyikan loceng pada peringkat
ini (satu lagi ransangan), ia tidak membawa sebarang gerak balas (gerak balas tak
terlazim, tiada respon) daripada anjing.
ii.
Peringkat
semasa pelaziman
· Pavlov
menukar keadaan semulajadi tindakbalas anjing terhadap ransangan dengan
membunyikan loceng sebelum makanan dihidangkan.
· Perbuatan
ini dilakukan bebeapa kali sehingga anjing belajar untuk mengaitkan bunyi
loceng dengan makanan (ransangan terlazim).
iii.
Peringkat
selepas pelaziman
· Anjing
memperoleh satu siri tingkah laku yang baru iaitu tindakan loceng dan pemberian
makanan serentak diulangi beberapa kali oleh Pavlov. Anjing telah belajar
bahawa bunyi loceng berkait rapat dengan makanan.
·
Seterusnya,
air liur anjing akan mengalir (gerak balas terlazim) apabila mendengar bunyi
loceng (ransangan terlazim) walaupun Pavlov tidak mengeluarkan sebarang
makanan.
Ekperimen Pavlov ini
menunjukkan setiap ransangan menimbulkan gerak balas daripada seorang individu.
Begitu juga apabila diaplikasikan kepada manusia, manusia akan respon apabila
sesuatu ransangan yang menarik ditunjukkan atau diulangi.
Teori
Pelaziman Operan Skinner
B. F. Skinner (1904-1990)
telah meluaskan kajian pelaziman dan memperkenalkan istilah ‘operan’ dalam
bidang psikologi yang bermaksud ‘bertindak ke atas’. Skinner telah menjalankan
beberapa eksperimen dengan haiwan-haiwan seperti tikus dan burung merpati dan
ini telah membantu beliau membuat generalisasi mengenai tingkah laku manusia
yang menjadi asas kepada teori pelaziman operan.
Dalam eksperimen menggunakan tikus, beliau telah
menghasilkan sebuah kotak yang dikenali sebagai ‘Skinner’s Box’ yang digunakan
untuk merekod pemerhatian tingkah laku. Seekor tikus lapar diletak ke dalam
‘Kotak Skinner’. Kotak ini dilengkapi dengan alat penekan pada dindingnya.
Apabila alat ini ditekan, biji-biji makanan akan terkeluar. Pada mulanya, tikus
berlari ke sana sini kerana lapar. Kemudian secara tidak sengaja, tikus
terpijak alat penekan tersebut dan ini menyebabkan biji-biji makanan terkeluar.
Proses yang sama diulangi beberapa kali sehingga tikus itu mendapati bahawa
dengan memijak alat penekan, ia akan memperolehi makanan. Ini menunjukkan tikus
telah mempelajari tingkah laku yang betul untuk mendapat makanan.
Dengan itu, Skinner membuat kesimpulan bahawa perubahan
pada perlakua individu adalah hasil daripada tindak balas kepada
ransangan-ransangan daripada persekitarannya. Teori pelaziman operan merujuk
kepada sesuatu organisma yang beroperasi dalam persekitarannya dengan pilihan
untuk bertindak balas kepada ransangan. Berbeza dengan teori pelaziman klasik,
dalam teori pelaziman operan, organisma boleh menentukan ransangan yang dikehendaki.
Jika tindakannya akan membawa ganjaran yang memuaskan, organisama akan
melakukan tindakan tersebut lagi. Sebaliknya, jika gerak balas akan membawa
kesakitan, organisma tidak akan mengulanginya.
Kesimpulan
teori behavioris
Ahli behavioris menolak
spekulasi tentang apa yang berlaku secara dalaman apabila pembelajaran berlaku.
Pembelajaran hanya bergantung kepada tingkah laku yang boleh dilihat. Maka,
teori hanya akan lebih mudah diaplikasikan untuk menerangkan tugasan yang
ringkas dan mudah. Ini menyebabkan teori behaviorisme mempunyai aplikasi yang
terhad dalam pengajaran kemahiran tahap tinggi. Ahli behavioris tidak bersetuju
dengan pendapat pelajar memproses maklumat dalam pembelajaran mereka.
2. Teori Pembelajaran
Kognitif
Pada pertengahan akhir abad ke-20,
ahli kognitif telah mencipta teori berkenaan dengan proses bagaimana pelajar
menerima, memproses dan memanipulatif maklumat. Ahli-ahli kognitif membawa
pandangan baru dalam tahun 1960an untuk menggantikan teori behaviorisme yang
menumpu kepada ransangan-ransangan luaran. Mereka mengaitkan aktiviti-aktiviti
pembelajaran dengan proses-proses mental dalaman, iaitu fikiran, ingatam,
pengetahuan dan penyelesaian masalah yang berlaku dalam pembentukan skema
manusia. Kognitivisme yang telah wujud ini adalah berasaskan hasil kajian ahli
psikologi Swiss, Jean Piaget yang meneroka tentang proses mental seseorang
untuk memberi tindak balas terhadap persekitaran.
Teori-teori kognitif melibatkan
kajian-kajian proses mental yang digunakan untuk memahami, mengetahui dan
membina pengamatan. Proses-proses ini didorong oleh naluri ingin tahu individu.
Ahli kognitivis berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang
berlaku dalam minda manusia. Oleh yang demikian, ahli-ahli oenyelidik tidak
dapat memerhatikan secara langsung bagaimana pembelajaran berlaku dengan
meramal daripada tingkah laku manusia. Proses dalaman yang dirujuk termasuk
pemikiran, celik akal, pemprosesan maklumat, ingatan dan pengamatan.
Teori Pembelajaran Piaget
Teori Piaget berdasarkan fakta bahawa
dari peringkat lahir, kanak-kanak menguasai kemahiran dan pengetahuan secara
berperingkat bersama-sama dengan pertumbuhan fizikal. Kanak-kanak membina
struktur pemikiran atau ‘peta mental’, skema dan konsep-konsep yang berkaitan
untuk memahami alam persekitaran mereka. Piaget juga menegaskan bahawa struktur
kognitif semakin lama menjadi lebih kompleks.
Empat konsep proses pembelajaran yang
dikemukan oleh Piaget adalah:
i. Skema
·
Merujuk
kepada struktur mental yang digunakan oleh seorang kanak-kanak untuk menyusun
maklumat dan pengalaman yang diperolehi daripada interaksi dengan
persekitarannya.
· Struktur
mental berubah secara dinamik dan akan sentias menyesuaikan diri kepada
perkembangan mental dan pembelajaran yang diterima.
ii. Asimilasi
· Proses
kognitif yang mengintegrasikan maklumat dan pengalaman baru dalam skema
kognitif yang sedia ada.
·
Skema
kognitif akan berkembang dengan meningkatnya pengalaman baru tetapi struktur
asasnya tidak berubah.
· Oleh
itu,proses asimilasi cuba menempatkan konsep-konsep baru dengan bantuan skema
kognitif yang tetap ada.
iii. Akomodasi
·
Proses
mengubah struktur skema yang sedia ada untuk menyesuaikan kefahaman dengan
input atau konsep baru.
· Akomodasi
akan berlaku apabila skema kognitif tidak dapat mengasimilasikan input baru
dari persekitaran dan terpaksa membuat perubahan dengan mengeluarkan
pengetahuan lama yang dipelajari untuk mengakomodasi satu ilmu pengetahuan
terkini.
·
Skema
struktur kognitif individu sentiasa berubah dengan pengalaman seseorang semakin
bertambah.
iv. Adaptasi
· Merupakan
keadaan dimana struktur skema kognitif terus membuat perubahan sehingga
mencapai satu tahap keseimbangan di antara asimilasi dan akomodasi dengan
persekitaran.
·
Keadaan
stabil berlaku apabila kanak-kanak dapat mengaplikasikan alat yang difahami
atau dipelajari dalam persekitaran mereka.
· Maka,
skema sebagai struktur perkembangan kognitif berubah menerusi proses-proses
asimilasi dan akomodasi sehingga struktur mental menjadi stabil.
Ahli
kognitivis mempunyai persepsi yang lebih luas jika dibandingkan dengan ahli
behavioris. Perubahan dari teori pembelajaran behavioris ke teori pembelajaran
kognitif telah menjadikan pelajar kurang bergantung kepada panduan dari guru
tetapi lebih menggunakan pemikiran mereka sendiri dalam menggunakan sumber-sumber
pembelajaran yang ada.
3. Teori Pembelajaran
Kontruktivis
Teori
pembelajaran konstruktivisme adalah berasaskan pandangan bahawa proses
pembelajaran adalah aktif dan dinamik. Proses pembelajaran menurut teori ini
adalah berkembang sedikit demi sedikit sepanjang hayat seorang individu. Segala
bentuk pengalaman yang dilalui dalam kehidupan seharian seseorang individu
merupakan himpunan kesemua pengalaman yang dialami oleh manusia. Dalam proses
ini, seseorang individu akan membina ilmu pengetahuan dengan usaha sendiri dan
bukan menguasainya daripada orang lain.
Ahli
konstruktivis menyatakan bahawa apabila manusia berhadapan dengan sesuatu yang
tidak diketahui, mereka akan berkeinginan untuk memahaminya. Naluri mereka akan
mengaitkan maklumat baru dengan pengetahuan yang sedia ada supaya ia menjadi
satu informasi yang bermakna (Jonassen, 1996; Jones et al. 1993). Menurut teori konstruktivisme, pengetahuan adalah
produk minda yang dibina dengan pengalaman dan input baru yang diterima melalui
deria-deria sebagai hasil persepsi.
Bagaimana
mengaplikasikan teori kepada praktikal?
Perkembangan teori-teori
pembelajaran yang berubah hasil penemuan oleh para ahli psikologi dan ahli
ilmuan sejak kurun ke-20 telah membawa kepada trend pembelajaran yang berubah
selari dengan teori-teori ini. Hal ini demikian kerana teori-teori ini telah
memberi landasan kepada guru untuk mengatur strategi mereka dalam menyampaikan
pengajaran dengan berkesan. Cara pengajaran yang berkesan bagi memastikan para
pelajar mengalami proses pembelajaran dengan mudah.
Pada awal
perkembangan teori pembelajaran iaitu teori behavioris, ahli-ahlinya menolak
spekulasi tentang apa yang berlaku secara dalaman apabila pembelajaran berlaku.
Mereka percaya bahawa pembelajaran hanya bergantung kepada tingkah laku yang
boleh dilihat. Maka, teori hanya akan lebih mudah diaplikasikan untuk
menerangkan tugasan yang ringkas dan mudah. Pada awal perkembangan teori
behavioris, alat teknologi terawal yang digunakan dalam bilik darjah adalah
seperti radio dan tayangan filem. Alat-alat teknologi seperti ini merupakan
cara yang ringkas digunakan oleh guru untuk memindahkan maklumat dari satu
tempat ke tempat yang lain. Teknologi pendidikan awal ini disokong oleh
ahli-ahli objektivis dan epistimologi dalam bentuk pengajaran yang berasaskan
kepada teori pembelajaran behaviorisme.
Pada zaman
ini, pelajar dianggap sebagai botol kosong yang menunggu untuk diisi oleh guru
dengan bantuan alat-alat teknologi yang ada pada masa itu. Berasaskan kepada
teori pembelajaran behavioris, pembelajaran adalah berdasarkan kepada kadar
penerimaan sesuatu ilmu pengetahuan dan penyiapan tugasan untuk menunjukkan
bahawa mereka telah mempelajari sesuatu ilmu tersebut. Bruner (2004) menegaskan
bahawa peneguhan positif dan negatif membimbing pelajar dalam proses
pembelajaran. Penggunaan komputer dan internet pada asalnya menyokong teori
pembelajaran ini dengan cara menggalakkan individu meneroka dan berlatih
perisian dalam teknologi komputer ini. Ini menyebabkan teori behaviorisme
mempunyai aplikasi yang terhad dalam pengajaran kemahiran tahap tinggi. Ahli
behavioris tidak bersetuju dengan pendapat pelajar memproses maklumat dalam
pembelajaran mereka.
Ahli
kognitivis mempunyai persepsi yang lebih luas jika dibandingkan dengan ahli
behavioris. Teori pembelajaran kognitif menerapkan idea-idea behaviorisme dan
teori pemprosesan maklumat sehingga membentuk satu teori pembelajaran yang
lebih besar. Menurut Wilson (2000), interaksi berasaskan komuniti merupakan
komponen utama yang ditegaskan dalam teori pembelajaran kognitif ini. Perubahan
dari teori pembelajaran behavioris ke teori pembelajaran kognitif telah
menjadikan pelajar kurang bergantung kepada panduan dari guru tetapi lebih
menggunakan pemikiran mereka sendiri dalam menggunakan sumber-sumber
pembelajaran yang ada.
Teori kognitif boleh diadaptasikan untuk membantu
pembelajaran kepada pelajar pada abad ke-21 ini dengan pelbagai cara. Guru
haruslah menyampaikan pengajarann dengan berstruktur dan teratur agar pelajar
boleh menghubungkaitkan setiap tajuk pembelajaran dengan tajuk yang sebelumnya.
Misalnya dalam penggunaan kemudahan teknologi dalam pembelajaran, guru boleh
memberi penerangan tentang konsep dan teori yang hendak diajar. Kemudian,
maklumat yang disampaikan oleh guru ini akan diterima oleh para pelajar. Untuk
memastikan maklumat yang telah disampaikan diterima dan difahami oleh pelajar,
guru harus melaksanakan aktiviti lanjutan seperti mencari gambar-gambar di
internet. Pelajar juga boleh mengabungkan maklumat yang telah diajar oleh guru
dengan maklumat yang dicari dan difikirkan oleh pelajar itu sendiri. Hasil
kerja yang dilakukan oleh pelajar boleh dipaparkan di laman web dengan
menggunakan aplikasi web 2.0. Cara ini bukan sahaja akan mengembangkan daya
pemikiran pelajar malah mempercepatkan proses pembelajaran berlaku.
Sejajar dengan perkembangan internet dan telekomunikasi
yang semakin pesat, maka guru pada abad ini mula beralih kepada pengajaran
dengan menggunakan teori pembelajaran konstruktivis sebagai asas. Perubahan idea yang melangkaui pemikiran ahli
kognitivis, ahli konstruktivis mengutamakan penglibatan pelajar dalam pengalaman
yang bermakna untuk proses pembelajaran berlaku. Beralih lebih jauh dari pemindahan
maklumat secara pasif, teori konstruktivisme lebih mementingkan perpindahan
maklumat secara aktif untuk menyelesaikan masalah serta meneroka benda baru.
Ahli konstruktivisme turut menggalakkan pelajar mempunyai interpretasi mereka
yang tersendiri terhadap maklumat yang diterima dari pelbagai sumber.
Pada abad ke-21 ini, ‘video
conference’ merupakan cara yang tidak asing lagi digunakan oleh individu
yang berada di dua lokasi yang berbeza untuk bersemuka dan berkomunikasi dengan
mudah. Komunikasi melalui ‘video conference’
merupakan satu contoh bagaimana komunikasi boleh digunakan untuk membina
pemikiran dan kemahiran dalam projek maya (Waters, 2008). Satu contoh dalam
menggunakan teknologi ini dalam pendidikan di sekolah ialah membina model
bangunan dalam kelas. Reka bentuk ini ditunjukkan dan diterangkan kepada pelajar
di sekolah lain melalui video conference supaya pelajar di sekolah tersebut
boleh membina semula model bangunan tersebut. Pada akhir projek tersebut,
kedua-dua sekolah tersebut berkomunikasi melalui ‘video conference’ untuk menilai dan membuat refleksi tentang
aktiviti tersebut. Interaksi sebegini bersesuaian untuk jangka masa projek dan
dapat menggalakkan guru dan pelajar dari dua sekolah yang berbeza berkongsi
pendapat. Sistem video conferencing dan pengurusan pengajaran sebegini
membenarkan interaksi yang mendalam berlaku antara individu-individu dari
seluruh pelusuk dunia.
No comments:
Post a Comment