Monday 3 December 2012

TUGASAN

WIKI


E- Pembelajaran

E- pembelajaran merupakan salah satu sistem pembelajaran yang menggunakan teknologi seperti komputer dengan melibatkan saluran rangkaian internet. E- pembelajaran juga dikenali sebagai pembelajaran atas talian (online learning), pendidikan jarak jauh (distance education), pembelajaran berasaskan teknologi (technology- based learning), pembelajaran berasaskan laman web (web- based learning) dan pembelajaran berasaskan CD- ROM (computer- based learning).

E- pembelajaran melibatkan berdikari, fasilitet dan kolaboratif terhadap pembelajaran. Berdikari dalam pembelajaran merujuk kepada pelajar dapat menentukan aktiviti pembelajaran, persekitaran dan jadual untuk diri sendiri. Pelajar juga boleh mengawal dan menentukan tujuan serta masa untuk berinteraksi dengan fasilitatornya. Fasilitet pembelajaran merujuk kepada sesuatu kemudahan yang disediakan untuk pelajar dan pendidik berinteraksi dan membuat perbincangan antara satu sama lain. Contohnya, pelajar boleh berhubung dengan pendidik dan kawan- kawannya melalui emel. Selain itu, kolaboratif pembelajaran merujuk kepada pelajar dapat bekerjasama dan membuat perbincangan dengan kawan- kawannya atas talian. Dalam E- pembelajaran, pelajar boleh mengkongsikan idea, sumber maklumat dan sebagainya dengan rakan- rakannya.

E-pembelajaran meliputi dua model pembelajaran iaitu synchronously dan asynchronously. Synchronously bermaksud pembelajaran berlaku pada masa yang sama. Pelajar dapat berkomunikasi serta berbincang dengan fasilitator atas talian pada masa yang sama. Misalnya live web- cast, chat room dan sebagainya. Asynchronously bermaksud pembelajaran berlaku pada masa yang berbeza. Pelajar dapat berkomunikasi dengan fasilitator atas talian pada masa yang berbeza. Misalnya, pelajar mempelajari sesuatu kursus di laman sesawang. Ini menunjukkan pembelajaran berlaku secara berdikari adalah dikenali sebagai asynchronously manakala pembelajaran berlaku secara fasilitet dan kolaboratif adalah synchronously dan asynchronously.


Gambar rajah 1.0
Contoh E- pembelajaran: Laman web Universiti Malaysia Sabah
Sumber: lms.ums.edu.my

         Web 1.0


Dalam jurnal yang bertajuk “Web of Semantic Technology” mencatatkan bahawa pada 1989, Tim Burners-Lee memperkenalkan Web 1.0 dalam jaringan internet. Web 1.0 juga dikenali sebagai web membaca sahaja (Read Only Web) dan portal maklumat. Web 1.0 melibatkan komunikasi satu hala dengan pengguna kerana pengguna hanya dapat membaca maklumat yang disiarkan di internet.

Tujuan Web 1.0 diperkenalkan adalah untuk memberi maklumat kepada orang ramai tentang pengiklanan. Syarikat yang mempunyai katalog dan risalah dapat mengiklankan produk di laman tersebut. Iklan itu telah disiarkan pada setiap masa jika pengguna menggunakan jaringan internet. Perkara ini menyebabkan Web 1.0 juga dikenali sebagai tempat memperagakan risalah iaitu “Brochureware”. Gambar rajah 2.0 menunjukkan salah satu contoh Web 1.0 iaitu laman web Mcdonalds mengiklankan mengenai latar belakang perniagaan, produk dan perkhidmatan yang disediakan di Mcdonalds Malaysia.


Gambar rajah 2.0
Contoh Web 1.0: Laman web Mcdonalds Malaysia
Sumber: www.mcdonalds.com.my

         Web 2.0

          Web 2.0 diperkenalkan pada tahun 2004. Web 2.0 juga dikenali sebagai web membaca dan menulis sahaja (Read- Write Web). Web 2.0 membenarkan pengguna komputer berkomunikasi secara dua hala kerana pengguna dapat membaca dan menulis dalam web tersebut. Web 2.0 diperkenalkan adalah untuk memudahkan pengguna berkomunikasi atau berkolaborasi, menghasilkan data, berkongsi maklumat dan idea dengan pengguna yang lain dalam komuniti maya.

Ciri- ciri Web 2.0 adalah web sebagai platform, gabungan maklumat serta pengetahuan, kekuatan data, kitaran kemaskini perisian, model atur cara yang mudah, intergrasi perisian melalui pelbagai alat, rich user experiences dan sebagainya. Dalam Web 2.0, pengguna boleh menggunakan Wikipedia untuk mengkongsi ilmu pengetahuan, Youtube mengkongsikan filem, del.icio.us mengkongsikan links, Linkedin mengkongsikan profile, Flickr mengkongsikan gambar dan sebagainya.

Kemudahan yang disediakan dalam Web 2.0 adalah maklumat sentiasa dikemaskinikan, rekaan web secara fleksibel, kandungan secara kolaboratif dan modifikasi. Really simple syndication (RSS), Wikis, Mashups, Tags, Folksonomy dan Tag Clouds merupakan teknologi utama dan perkhidmatan yang disediakan dalam Web 2.0.


Gambar rajah 3.0
Contoh Web 2.0: Laman web Edmodo
Sumber: www.edmodo.com

Web 3.0

          Web 3.0 diperkenalkan pada tahun 2006. Ia juga dikenali sebagai web semantik. Tujuan web 3.0 direka adalah untuk membolehkan mesin dan manusia membaca dan memahami data atau maklumat yang disampaikan dalam web 3.0. Web 3.0 telah menyambungkan, integrasi dan analisis data untuk meningkatkan pengurusan data, kreatif serta inovasi simulasi, menyokong mobil internet dan membantu mengorganisasikan kolaborasi dalam web sosial.

          Teknologi 3D (3 Dimensi) turut diperkembangkan dalam Web 3.0. Web berasaskan 3D persekitaran telah banyak membantu dalam bidang pemasaran, pelancongan dan sebagainya. Perkara ini telah membantu pelancong mengakseskan peta dalam bentuk 3D iaitu “3D interative map” yang dilengkapi dengan model bangunan dan kemudahan. Bukan itu sahaja, Amazon.com turut menyediakan 3D shopping melalui Windowshop site.

          Web 3.0 merupakan agen kepintaran. Kebanyakkan alatan web dan web rangkaian sosial memerlukan agen kepintaran. Web 3.0 telah membantu pengguna analisis data seperti emel serta mencadangkan siapa kawan pengguna yang ingin menghantar emel. Web 3.0 juga memudahkan pengguna mencari maklumat kerana ia akan mencadangkan maklumat yang berkaitan dengan keperluan pengguna.


Gambar rajah 4.0
Contoh Web 3.0: Laman web Google Earth
Sumber: www.google.com

Web 4.0

          Web 4.0 dikenali web simbiosis telah diperkenalkan pada tahun 2010 sehingga sekarang masih dalam proses perkembangan. Simbiosis bermaksud bergantung antara satu sama lain. Dengan ini, Web 4.0 menggalakkan interaksi antara manusia dengan mesin dalam keadaan simbiosis. Web 4.0 dapat menghasilkan imej realiti dalam bentuk maya. Selain itu, Web 4.0 lebih bersifat kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) iaitu melibatkan operasi komputer selari dengan otak manusia.

Wiki

Wiki merupakan salah satu laman web kolaboratif iaitu membolehkan beberapa pengguna menghasilkan penulisan dan penyuntingan dalam web tersebut. Wiki juga membenarkan pengguna mengkongsikan idea dan memberi maklumat kepada orang ramai. Terdapat dua jenis penggunaan wiki iaitu wiki dilayari secara terbuka dan wiki dilayari dengan kata laluan. Wiki yang dilayari secara terbuka bermaksud maklumat dalam wiki tersebut boleh dilayari oleh orang ramai. Wiki yang dilayari dengan kata laluan bermaksud maklumat dalam wiki tersebut hanya boleh dilayari oleh pengguna berdaftar sahaja.

Wiki mempunyai sistem pengarangan, medium perbincangan, sistem mel, tempat penyimpanan dan sebagainya. Selain itu, gambar, bunyi, video, persembahan multimedia dan sebagainya boleh dimasukkan di dalam Wiki. Maklumat Wiki adalah disusun mengikut tajuk dan memaparkan informasi yang berkaitan untuk memudahkan pengguna melayarinya. Maklumat Wiki akan berkembang dan berubah kerana ia boleh diubah oleh pengguna yang boleh melayarinya. Penulis dan penyunting boleh mengubahkan maklumat wiki walaupun berada di lokasi yang berbeza.

Terdapat tiga jenis wiki iaitu Wiki Global, Wiki Kelas dan Wiki Professional. Wiki yang sesuai untuk pendidik mengajar di dalam kelas iaitu Wiki Kelas seperti Wikispaces, Pbworks, Wetpaint dan lain- lain lagi.



Gambar rajah 5.0
Contoh Wiki Kelas: Laman web Wikispaces
Sumber: www.wikispaces.com




Gambar rajah 6.0

Contoh Wiki Kelas: Laman web Pbworks
Sumber: pbworks.com/education



Gambar rajah 7.0
Contoh Wiki Kelas: Laman web Wetpaint
Sumber: wikisineducation.wetpaint.com

Kepentingan Wiki dalam Pendidikan
          
Wiki penting dalam pendidikan kerana ia sebagai platform pembelajaran secara kolaboratif. Pembelajaran secara kolaboratif bermaksud pelajar bekerjasama mencipta atau menghasilkan sesuatu. Wiki merupakan salah satu alat yang memberi peluang kepada sekumpulan pelajar bersama- sama menyelesaikan masalah, memberi maklumat, membuat penulisan dan penyuntingan dalam web tersebut. Maklumat, idea, gambar dan video yang terkandung dalam wiki boleh dikongsi dan dipelajari oleh semua pelajar.
          
Wiki merupakan salah satu alat konstruktisme kerana ia melibatkan Bloom Digital Taxonomy. Wiki menggalakkan pelajar menggunakan 6 aras kemahiran berfikir iaitu mengingati, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Aras pertama melibatkan pelajar dapat mencari bahan dan maklumat di dalam Wiki iaitu aras mengingati. Aras kedua melibatkan pelajar memahami dan membuat ringkasan mengenai maklumat yang paut turun dari Wiki iaitu aras memahami. Aras ketiga melibatkan pelajar dalam proses penyuntingan maklumat yang terkandung dalam Wiki iaitu aras mengaplikasi. Aras keempat melibatkan pelajar menganalisis video, graf dan jadual dalam wiki iaitu aras menganalisis. Aras kelima melibatkan pelajar menilai dan memberi komen dalam perbincangan wiki yang disediakan oleh guru. Aras keenam melibatkan aktiviti mencipta laman web secara kumpulan atau individu dengan menggunakan wiki iaitu aras mencipta. Dengan ini, wiki sangat penting kerana ia dapat membantu pelajar dalam proses pembelajaran.
          
Penggunaan Wiki juga penting bagi seorang guru untuk memudahkan pengurusan kelas terutamanya projek pelajar, kerja rumah, latihan pengukuhan, maklumat terkini dan sebagainya. Dengan adanya Wiki, guru dapat menyemak dan memberi komen mengenai projek, kerja rumah dan latihan pengukuhan pelajar melalui wiki. Bukan itu sahaja, guru dapat mengumumkan berita terkini, mengkongsikan maklumat, maklum balas dengan pelajarnya melalui wiki. Bukan itu sahaja, guru juga dapat berkolaborasi dengan guru dan pelajar dari luar negara.


 Tips untuk guru menggunakan wiki

Penggunaan alatan web 2.0 seperti wiki membantu untuk melancarkan aktiviti pembelajaran dan pengajaran guru agar lebih efektif. Wiki adalah satu laman web kolaboratif di mana sesiapa sahaja boleh menambah atau mengubah kandungan yang telah sedia disiarkan. Perkembangan ini membuka satu lembaran baru dalam dunia pendidikan. Bagi penggunaan wiki di sekolah, guru menggunakan kata kunci sebagai langkah keselamatan untuk mereka menghasilkan buku teks dan sumber maklumat atau rujukan mereka sendiri agar medan perbincangan sesuatu mata pelajaran tidak berlaku penipuan dalam penyaluran maklumat. Wiki menjadi salah satu platform baru yang unik dalam penyebaran maklumat. Melalui wiki pengguna bebas memasukkan dan melakukan suntingan sendiri terhadap data yang disumbangkan kepada pengguna lain. Ensiklopedia bebas seperti wikipedia merupakan contoh terbaik bagaimana sistem wiki berfungsi sebagai sumber rujukan pendidikan dalam pelbagai bahasa. Antara contoh wiki yang terkenal adalah Wikipedia, Wikispace, Mediawiki, Twiki dan lain-lain. Selain itu, inovasi terkini diperkenalkan oleh Wikispaces sebagai salah satu platform perkongsian maklumat pendidikan. Potensi penggunaan wiki amat luas dan mampu berkembang pada masa akan datang dalam bidang yang lain. Melalui mediawiki, guru boleh menyampaikan maklumat dengan cepat dan mendapat maklum balas yang menyeluruh daripada pelajar. Tips merupakan panduan dan bimbingan yang perlu dikuasai oleh guru untuk disampaikan kepada pelajar.

Guru menggunakan wiki adalah untuk membantu melancarkan pembelajaran dan pengajaran. Hal ini kerana, wiki merupakan dokumen hidup di internet yang boleh dikemas kini oleh sesiapa sahaja yang menggunakannya secara serentak. Pemilihan wiki sebagai alat pembelajaran ialah sebagai sumber rujukan yang membolehkan akses mudah untuk guru-guru ke kandungan mata pelajaran yang dikaji dan diajar. Wiki juga boleh diakses dari mana-mana sahaja pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat, sangat fleksibel yang mana merupakan alat komunikasi baru dan kerjasama lebih fleksibel dalam kalangan guru-guru. Wiki merupakan tempat untuk menggabungkan sumber-sumber web. Bagi menghasilkan interaksi jitu dalam penyampaian maklumat kepada pelajar, adalah penting bagi seorang guru itu untuk menguasai kelebihan dan kebaikan alat pengajaran yang berunsurkan internet terutamanya wiki. Hal ini selaras dengan tuntutan Pelan Pembangunan Pendidikan yang memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia dan menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan yang berkualiti bertaraf antarabangsa. Justeru, dalam menjadikan budaya menuntut ilmu dalam kalangan pelajar guru perlu mempersiapkan diri dengan dunia pendidikan internet terutamanya melalui wiki. Tips untuk guru menggunakan wiki ialah sentiasa membuat pembaharuan atau ‘update’  nota yang disampaikan melalui wiki, menggunakan wiki sebagai medan penyebaran atau penyampaian kerja rumah, latihan dan hasil perbincangan. Guru menggunakan wiki sebagai kelas maklumat. Di mana selain berhubungan dengan pelajar, guru juga boleh meminta ibu bapa melihat hasil kerja anak-anak mereka di wiki. Hal ini kerana, dengan menggunakan wiki, guru boleh memasukkan semua maklumat seperti memaklumkan kelas yang di ajar, memasukkan berita-berita terkini aktiviti sekolah dan memasukkan aktiviti kurikulum di sekolah seperti memuat naik lembaran kerja dan rancangan pengajaran. 

Seterusnya tips untuk guru menggunakan wiki ialah guru perlu membangunkan projek khas untuk seluruh kelas yang diajarnya. Pelajar diberikan tugasan secara berkumpulan dalam tiga hingga lima orang. Pada masa ini, guru hanya perlu menyemak hasil kerja mereka melalui web wiki dengan mengarahkan pelajar menghantar topik penyelidikan mereka dengan membuat pautan kepada sesama rakan kelas bagi bertukar-tukar maklumat. Guru juga menggunakan wiki untuk mata pelajaran tertentu iaitu, guru menyediakan maklumat untuk pelajar, kerja rumah, tugasan, kalender aktiviti kelas dan perbincangan atau chatting sekiranya ada persoalan yang ditimbulkan. Guru juga boleh menggunakan wiki sebagai medan penyebaran maklumat kejohanan sukan sekolah, tarikh dan menyediakan ruang maklumat kenalan. Akhirnya guru boleh menggunakan wiki sebagai ruangan sahabat pena dengan membuat kolaborasi dengan kelas-kelas dari sekolah lain yang terdapat di Malaysia dan luar negara seperti Australia, China dan lain-lain. Selain itu, guru boleh menggunakan wiki sebagai penyumbangan nota untuk kegunaan ulang kaji kepada pelajar.

Tips-tips lain untuk guru menggunakan wiki ialah membaca maklumat-maklumat lain yang terdapat dalam internet terutamanya sumbar daripada wikipedia agar tidak berlaku penyampaian maklumat yang salah kepada pelajar dan hanya menyampaikan maklumat benar serta betul kepada pelajar. Tips seterusnya ialah guru perlu memeriksa maklumat yang diperoleh sama ada penulis asal menggunakan sumber rujukan daripada buku dan internet yang boleh dipercayai sahaja. Sebelum menggunakan wiki guru perlu juga memeriksa penulis yang menghasilkan satu-satu maklumat, melihat sama ada penulis berkenaan sememangnya pakar dan mahir dalam penulisan yang dihasilkan. Guru juga perlu mempunyai link yang banyak dalam wiki yang dihasilkan agar pelajar dapat memperoleh maklumat tambahan dalam medium perbincangan semasa menggunakan wiki. Oleh itu, melalui perancangan guru menggunakan sepenuhnya kelebihan wiki, banyak memberi manfaat kepada pendidikan di Malaysia, seterusnya guru mampu berdaya saing dengan guru-guru dari negara-negara luar dalam menggunakan teknologi dalam pendidikan. Kesimpulannya, guru perlu menggunakan wiki dan menguasainya dengan baik, agar dapat meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran melalui bahan nota interaktif yang dibangunkan oleh guru dan kemudahan untuk berinteraksi dengan pelajar. Latihan secara intensif dan infrastruktur ICT akan dimantapkan dari semasa ke semasa bagi memastikan perlaksanaan e-pembelajaran terus maju ke hadapan melalui pembangunan bahan nota interaktif e-kandungan yang lebih pesat selaras tuntutan global.
         
Bagaimana Guru dan Pelajar Boleh Menggunakan Wiki

Kepesatan teknologi ICT memberi peluang kepada guru dan pelajar untuk memanfaatkan perisian web 2.0 terutamanya Wiki. Guru dan pelajar merupakan agen penggerak kepada sistem pendidikan yang berkonsepkan e-pembelajaran. Dengan menggunakan wiki sebagai medium perantaran, capaian maklumat untuk mendapatkan nota tambahan daripada pembelajaran, guru perlu lebih pantas agar pelajar memperoleh yang tepat. Wiki merupakan alat komunikasi dan jaringan kerjasama dalam laman web yang boleh digunakan bagi menggalakkan untuk pelajar dengan orang lain dalam satu persekitaran kolaboratif (Kevin & Joseph, 2007). Wiki boleh digunakan sebagai satu alat yang sesuai untuk mendapatkan input berterusan bagi sesuatu kajian atau projek. Wiki sangat penting dalam dunia pendidikan terutamanya kepada guru dan pelajar. Guru dan pelajar boleh mendapat pelbagai manfaat dengan menggunakan wiki untuk pembelajaran. Hal ini kerana wiki mempunyai kebaikan kepada pendidikan. 

Antara kebaikan wiki dalam pendidikan yang boleh digunakan oleh guru dan pelajar ialah, wiki sebagai alat pendokumenan berterusan untuk membina projek kajian yang telah di arahkan oleh guru. Pelajar boleh mencari pelbagai maklumat daripada Wikipedia untuk menyiapkan projek. Hal ini kerana, dalam wiki bukan sahaja sumber dari dalam negara boleh diperoleh, tetapi sumber maklumat juga boleh diperoleh dari luar negara yang semestinya lebih banyak sumber. Selain itu, pelajar boleh menggunakan wiki sebagai menambahkan ringkasan pendapat mereka mengenai bahan-bahan bacaan sebagai bahan tambahan yang diperoleh daripada perhubungan secara kolaborasi yang meluas. Guru menggunakan wiki untuk menerbitkan sumber-sumber kursus seperti sukatan pelajaran dan lampiran edaran kemudian pelajar boleh menyunting serta memberikan komen atau pendapat secara langsung untuk dibaca oleh semua yang membuka wiki tersebut. Guru boleh memanfaatkan wiki dengan menggunakannya sebagai satu pangkalan pengetahuan yang membolehkan sesama guru boleh berkongsi refleksi dan pendapat mengenai amalan pengajaran dan membenarkan pengurusan versi dan pendokumenan. Melalui wiki juga, guru boleh membuat  pemetaan konsep. Ia berguna untuk mengembangkan pemikiran idea dan penyuntingan topik wiki tertentu seterusnya boleh menghasilkan satu rangkaian sumber.

Pelbagai kemungkinan boleh dilakukan oleh guru yang menggunakan wiki dalam penyampaian isi pendidikan kepada pelajar. Guru menggunakan wiki sebagai alat persembahan untuk menggantikan perisian biasa dan pelajar boleh memberi komen secara langsung serta mengubah persembahan yang diberikan oleh guru dalam wiki sebagai nota tambahan. Wiki sebagai alat untuk pengarangan bahan rujukan yang dilakukan secara berkumpulan akan membolehkan kumpulan sering bekerjasama menyiapkan suatu dokumen dengan menghantar e-mail yang disertakan fail untuk diedit oleh setiap ahli kumpulan. Kemudian ahli kumpulan akan bersama-sama berusaha untuk menyelaraskan hasil suntingan tersebut agar hasil kerja semua orang dapat disertakan dengan sama rata dan bagi mengelakkan pertindihan maklumat yang dihasilkan dan menjimatkan masa tanpa perlu menghantarnya kepada setiap ahli kumpulan sebaliknya hanya memasukkannya ke dalam web wiki. Pengguna dalam kumpulan ini secara tidak langsung dapat merapatkan ahli kumpulan dan membolehkan mereka membina dan menyunting dokumen dalam satu halaman wiki terkumpul.

Guru menggunakan wiki untuk menyumbang bahan pengajaran secara aktif dan juga membolehkan guru-guru mendapatkan semula maklumat itu dengan pantas. Melalui perhubungan kolaborasi dalam kalangan guru akan memudahkan guru mendapatkan bahan pengajaran dan menjimatkan masa kerana sememangnya guru-guru sangat sibuk dengan aktiviti sekolah dan pengajaran di dalam bilik darjah. Selain itu guru-guru juga dapat menjimatkan masa daripada berkumpul pada sesuatu tempat dan masa yang sama. Justeru, wiki sangat berguna kepada guru dalam pengajaran di sekolah dan menjimatkan masa guru daripada kesibukan. Guru hanya perlu melihat hasil kerja pelajarnya daripada laman web wiki dan membuat pantauan dan memberikan nasihat kepada pelajar. Tambahan pula, masa yang diperuntukkan untuk pengajaran yang dilaksanakan dalam bilik darjah hanya sedikit dan ini menyebabkan pelajar memahami dengan singkat. Tambahan pula, ini adalah mustahil untuk guru dapat menerangkan semua pelajaran dengan mengharapkan pelajarannya faham 100% semasa pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, melalui jaringan web 2.0 wiki dapat membantu pelajar lebih faham kerana mereka boleh mendapatkan maklumat tambahan yang telah disediakan oleh guru.

Sebelum guru menggunakan wiki sebagai platform bagi penilaian hasil kerja, latihan dan tugasan pelajar, guru perlu mewujudkan terlebih dahulu wiki dan menjemput semua pelajar untuk menyertai wiki yang ditubuhkan. Selepas itu, guru perlu memberi tunjuk ajar kepada pelajar bagaimana untuk mencipta wiki mereka sendiri dan melibatkan diri pelajar di dalam perbincangan pada wiki. Tanpa tunjuk ajar daripada guru, pelajar hanya akan memuat naik dokumen mereka daripada menggunakan editor untuk berkongsi isi kandungan kerja mereka. Tambahan pula, pelajar juga pasti akan menggunakan alat perbincangan yang berbeza bagi setiap orang sekiranya mereka tidak diberi tunjuk ajar untuk menggunakan alatan kepada kandungan secara terus. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, wiki berfungsi menghubungkan atau rangkaian yang membolehkan idea dikolaborasi antara setiap orang dengan membenarkan kedua-dua jenis penggunaan alatan perbincangan berlangsung di bawah ini disertakan contoh web 2.0 wiki yang telah digunakan sebagai perhubungan iaitu penggunaan laman wikispaces.

Langkah pembukaan wikispace ini terdiri daripada lima langkah bagi membinanya iaitu; langkah satu guru perlu terlebih dahulu membuka akaun wiki kemudian meminta pelajarnya untuk menyertai. Pertamanya cikgu boleh pergi ke http://www.wikispacees.com/site/for/techear seperti ditunjukkan dalam rajah 1 di bawah. Kemudian guru meneruskan kepada langkah yang kedua iaitu guru perlu mendaftar masuk atau membuat pendaftaran terlebih dahulu seperti contoh rajah 1. Pada peringkat ini, guru perlu mengisi segala maklumat yang diperlukan dan mengisi mengikut prosedur yang ditetapkan dalam wikispaces. Langkah pembukaan wiki diteruskan lagi kepada bahagian suntingan iaitu dalam bahagian ini, guru dan pelajar menyunting bahan yang diperoleh dan yang ingin dikongsi bersama. Guru perlu melengkapkan semua data bagi melengkapkan pendaftaran dan boleh digunakan. Seterusnya langkah keempat ialah papan perbincangan. Dalam bahagian ini guru boleh mengeluarkan isu untuk dibincangkan kepada pelajar. Kemudian guru akan meminta para pelajarnya menghadiri untuk mendaftar masuk bagi berbincangan. Selanjutnya, langkah yang kelima ialah guru akan mengurus bahagian pertambahan pelajar dan mengurus senarai ahli yang terdapat dalam kelas dan memastikan setiap pelajar dalam kelas menyertai atau menjadi ahli dalam wikispaces yang dibangunkan oleh guru.
Rajah 8.0


Rajah 9.0 (a/b/c/d/e/f)



Rajah 10.0



Rajah 11.0






Contoh Wiki Pendidikan  dan Toturial Pendidikan

1.1         Contoh Wiki pendidikan

Contoh wiki pendidikan yang ada pada hari ini semakin pesat berlangsung. Lantaran ledakan teknologi maklumat banyak contoh wiki pendidikan yang wujud bak cendawan. Di bawah ini merupakan sebahagian contoh wiki digunakan mata pelajaran atau satu-satu kursus. Contoh wiki rajah 5 di bawah adalah daripada pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Selain daripada UTEM yang memanfaatkan web 2.0 wiki dalam pendidikan UMS, UNIMAS, UPM dan lain-lain universiti juga turut berkembang. Contohnya di UMS, pelajar DPLI menggunakan Edmodo sebagai medium perhubungan dengan pensyarah.
                            

Rajah 12.0: Medium pelajar UTEM
           




Rajah 13.0: Medium pelajar UNIMAS




Pelajar-pelajar daripada UNIMAS menggunakan medium ini sebagai kegunaan mencari maklumat. Contoh rajah di atas adalah salah satu kursus yang mengarahkan pelajar untuk menggunakan web 2.0 sebagai medan perbincangan iaitu bagi mata pelajaran pembelajaran statistik. Di mana pensyarah meminta pelajar ini membuat perbandingan di antara perbezaan penyelidikan secara kualitatif dan kuantitatif. Pelajar-pelajar yang mengikuti kursus ini diminta untuk mencari pelbagai bahan baik dari buku mahupun dari internet untuk menjawab persoalan yang diajukan oleh pensyarah mereka. 

Media wiki juga merupakan salah satu contoh medium wiki sebagai perhubungan yang memudahkan kolaborasi antara guru dan pelajar. Media wiki adalah pakej perisian wiki yang menggunakan GNU. Digunakan dan dijana khusus untuk wikipedia dan projek-projek lain wiki seperti yayasan wikimedia yang digunakan secara meluas pada hari ini. Media wiki ini sangat berguna kepada pelajar dan guru dalam melancarkan perhubungan.

1.2         Tutorial Wiki Pendidikan

Tutorial pendidikan dapat membantu pelajar cara menggunakan wiki dengan baik, bagi tujuan perhubungan di antara guru dan pelajar. Tutorial wiki adalah pengenalan bagi pengguna yang baru menggunakan wiki dan para pengguna bersedia untuk menggunakannya. Terdapat 8 tutorial yang boleh dipelajari sebagai manual panduan kepada mereka yang baru berkenalan dengan dunia wiki. Bermula daripada penyuntingan sehinggalah kepada penambahbaikan wiki. Tutorial yang pertama ialah bahagian penyuntingan. Penyuntingan merupakan ciri-ciri asas dalam memulakan wiki. Setiap bahagian dalam wiki yang dibangunkan pasti mempunyai perkataan suntingan bagai tujuan menyunting atau mengedit kandungan bahan tertentu sekiranya mempunyai tambahan. Di mana mana-mana laman web yang mengandungi atau boleh disunting dikenali dengan wiki. Contoh wiki yang boleh disunting ialah seperti rajah di bawah ini, pelajar boleh membuat suntingan dengan menekan pada perkataan sunting sebelah kanan. Selepas menyunting, tidak digalakkan untuk terus mempamerkan pandangan, sebaiknya terlebih dahulu perlu di lihat secara pratonton atau membuat ringkasan terlebih dahulu.


Tutorial kedua ialah pemformatan dalam membina dan menggunakan wiki. Menulis artikel dalam wiki adalah berbeza dengan penulisan yang biasa. Menggunakan cara penulisan wiki adalah sama dengan HTML pada halaman web. Namun demikian, penulisan wiki juga boleh dipautkan terus dengan penulisan HTML. Dalam bahagian pemformatan wiki, apa yang terdapat ialah bahagian penyusunan dan pengelasan bagi setiap subtajuk yang akan dibincangkan. Tutorial wiki yang ketiga ialah pautan wikipedia. Pautan adalah sebuah hasil tulisan atau objek yang jika di klik akan membawa pengguna ke laman yang lain, sama ada bahan tersebut dalam wiki sendiri atau pautan dari luar wiki. Ini merupakan kelebihan yang terdapat dalam wiki iaitu, adanya pautan dalaman yang boleh menghubungkan artikel dengan artikel yang lain dalam wikipedia. Hal ini dapat membantu pengguna mengakses maklumat yang berkaitan dengan artikel berkaitan yang dibaca. Tutorial keempat ialah pautan laman berkaitan. Wiki mempunyai laman berkaitan untuk topik-topik lain yang bersifat ensiklopedia. Tutorial yang kelima ialah, perhubungan dengan dunia luar iaitu pautan luar. Pautan ini melibatkan perhubungan dengan luar dengan wiki. Contohnya jika hendak membuat pautan ke laman web luar perlu menaip alamat URL (contohnya Google) perlu menaip htpp://www.google.co.my. Wiki akan secara automatik menganggap pautan tersebut sebagai pautan dan akan memaparkan alamat laman web mentah. Seterusnya carian maklumat akan lebih mudah dan cepat.

Tutorial yang keenam ialah berkaitan dengan halaman perbincangan. Laman perbincangan ini merupakan salah satu kemudahan di wikipedia yang membolehkan pengguna untuk mendapatkan maklumat yang dicari dan membincangkan satu-satu artikel dan isu-isu lain. Tutorial ketujuh ialah peringatan. Sebarang maklumat yang telah disunting, perlu dikaji keaslian sumber yang menulisnya. Hal ini kerana, wikipedia merupakan sumber yang bersifat terbuka dan sesiapa sahaja boleh memberi pendapat, menyunting dan mengedit. Oleh itu, setiap bahan yang diperoleh daripada wiki, perlu difahami dengan betul. Tutorial kelapan ialah pendaftaran. Bagi yang membuka wikipedia secara berkumpulan perlulah mendaftar contohnya wikispace

Kesimpulan

Kepesatan teknologi sekarang, pembelajaran bukan hanya bersandarkan kepada nota rujukan, pembacaan dari buku dan tunjuk ajar dari guru mahupun pensyarah tetapi dengan ledakan maklumat dan sebaran maklumat tanpa sempadan membolehkan pelajar sangat mudah memperoleh maklumat sebagai nota tambahan. Dengan pengenalan medium web 2.0 yang menggantikan web 1.0 merupakan bukti yang nyata yang teknologi dalam dunia pendidikan juga turut berubah. Sebelum ini, pelajar hanya belajar daripada sekolah, dalam kelas, perbincangan dengan guru dalam kelas dan sesama rakan dalam kelas sahaja tetapi pada hari melalui pelbagai jaringan perhubungan dalam web 2.0 membolehkan pelajar berhubungan dengan sesiapa sahaja dengan mudah tanpa batasan. Perhubungan di antara pelajar dan guru tidak habis di kelas sahaja, tetapi berlanjutan ke peringkat seterusnya dengan pengaplikasian medium-medium teknologi pendidikan seperti wiki, blog, youtube, google, dan sebagainya akan lebih memudahkan perhubungan di antara guru dan pelajar berkenaan pengajaran dan pembelajaran. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, guru dan pelajar boleh memanfaatkan kelebihan dan kebaikan penggunaan web 2.0 khususnya WIKI. Melalui wiki sahaja pelajar boleh mendapatkan pelbagai sumber maklumat sebagai nota tambahan dan membantu dalam menyelesaikan kerja sekolah yang tidak dapat disiap. Guru juga boleh menggunakan web wiki 2.0 sebagai tempat untuk perhubungan dengan pelajar, kerana ia lebih menjimatkan masa kerana boleh sahaja berhubungan terus tanpa perlu berjumpa di sesuatu tempat dengan pelajar. Oleh yang demikian, sememangnya wiki perlu dimanfaatkan oleh guru untuk membantu pelajar dalam pelajarannya.  

Bibliografi:

Aghaei, S., Nematbakhsh, M. A., & Farsani, H. K. (2012). EVOLUTION OF THE WORLD WIDE WEB: FROM WEB 1.0 TO WEB 4.0. International Journal of Web Semantic Technology (IJWesT) Vol.3 , 1-10.

Churches, A. (2009, April 1). Educational Origami. Retrieved November 30, 2012, from Bloom's Digital Taxonomy: http://edorigami.wikispaces.com/file/view/bloom%27s+Digital+taxonomy+v3.01.pdf

Embi, M. A. (2011). Web 2.0 Tools in Education: A Quick Guide. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Othman, N. F. (2010). Kajian tahap Penggunaan Aplikasi Web 2.0 dalam Kalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam di Malaysia. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.

Smaldino, S. E., Lowther, D. L., & Russell, J. D. (2012). Instructional Technology and Media for Learning (Tenth Edition). United States of America: Pearson Education.

The Herridge Group. (2003, August). The Herridge Group. Retrieved November 12, 2012, from Articles & White Papers:
http://www.herridgegroup.com/pdfs/eLearning%20a%20Definition.pdf

West, J. A., & West, M. L. (2009). Using Wikis for Online Collaboration. United States of America: Jossey- Bass.

Web 2.0. (n.d.). Retrieved Oktober 5, 2012, from http://blog.uad.ac.id/damba-saputra