WIKI
E- Pembelajaran
E-
pembelajaran merupakan salah satu sistem pembelajaran yang menggunakan teknologi
seperti komputer dengan melibatkan saluran rangkaian internet. E- pembelajaran
juga dikenali sebagai pembelajaran atas talian (online learning), pendidikan jarak jauh (distance education), pembelajaran berasaskan teknologi (technology- based learning), pembelajaran
berasaskan laman web (web- based learning)
dan pembelajaran berasaskan CD- ROM (computer-
based learning).
E-
pembelajaran melibatkan berdikari, fasilitet dan kolaboratif terhadap pembelajaran.
Berdikari dalam pembelajaran merujuk kepada pelajar dapat menentukan aktiviti
pembelajaran, persekitaran dan jadual untuk diri sendiri. Pelajar juga boleh
mengawal dan menentukan tujuan serta masa untuk berinteraksi dengan fasilitatornya.
Fasilitet pembelajaran merujuk kepada sesuatu kemudahan yang disediakan untuk
pelajar dan pendidik berinteraksi dan membuat perbincangan antara satu sama
lain. Contohnya, pelajar boleh berhubung dengan pendidik dan kawan- kawannya
melalui emel. Selain itu, kolaboratif pembelajaran merujuk kepada pelajar dapat
bekerjasama dan membuat perbincangan dengan kawan- kawannya atas talian. Dalam
E- pembelajaran, pelajar boleh mengkongsikan idea, sumber maklumat dan
sebagainya dengan rakan- rakannya.
E-pembelajaran
meliputi dua model pembelajaran iaitu synchronously
dan asynchronously. Synchronously bermaksud pembelajaran
berlaku pada masa yang sama. Pelajar dapat berkomunikasi serta berbincang
dengan fasilitator atas talian pada masa yang sama. Misalnya live web- cast, chat room dan sebagainya. Asynchronously
bermaksud pembelajaran berlaku pada masa yang berbeza. Pelajar dapat berkomunikasi
dengan fasilitator atas talian pada masa yang berbeza. Misalnya, pelajar
mempelajari sesuatu kursus di laman sesawang. Ini menunjukkan pembelajaran
berlaku secara berdikari adalah dikenali sebagai asynchronously manakala pembelajaran berlaku secara fasilitet dan
kolaboratif adalah synchronously dan asynchronously.
Gambar rajah 1.0
Contoh E- pembelajaran: Laman web
Universiti Malaysia Sabah
Sumber: lms.ums.edu.my
Web 1.0
Dalam jurnal
yang bertajuk “Web of Semantic Technology”
mencatatkan bahawa pada 1989, Tim Burners-Lee memperkenalkan Web 1.0 dalam
jaringan internet. Web 1.0 juga dikenali sebagai web membaca sahaja (Read Only Web) dan portal maklumat. Web
1.0 melibatkan komunikasi satu hala dengan pengguna kerana pengguna hanya dapat
membaca maklumat yang disiarkan di internet.
Tujuan Web 1.0
diperkenalkan adalah untuk memberi maklumat kepada orang ramai tentang pengiklanan.
Syarikat yang mempunyai katalog dan risalah dapat mengiklankan produk di laman
tersebut. Iklan itu telah disiarkan pada setiap masa jika pengguna menggunakan
jaringan internet. Perkara ini menyebabkan Web 1.0 juga dikenali sebagai tempat
memperagakan risalah iaitu “Brochureware”.
Gambar rajah 2.0 menunjukkan salah satu contoh Web 1.0 iaitu laman web Mcdonalds
mengiklankan mengenai latar belakang perniagaan, produk dan perkhidmatan yang
disediakan di Mcdonalds Malaysia.
Gambar rajah 2.0
Contoh Web 1.0: Laman web Mcdonalds
Malaysia
Sumber: www.mcdonalds.com.my
Web 2.0
Web 2.0 diperkenalkan pada tahun 2004. Web 2.0 juga dikenali
sebagai web membaca dan menulis sahaja (Read-
Write Web). Web 2.0 membenarkan pengguna komputer berkomunikasi secara dua
hala kerana pengguna dapat membaca dan menulis dalam web tersebut. Web 2.0
diperkenalkan adalah untuk memudahkan pengguna berkomunikasi atau berkolaborasi,
menghasilkan data, berkongsi maklumat dan idea dengan pengguna yang lain dalam
komuniti maya.
Ciri- ciri Web
2.0 adalah web sebagai platform, gabungan maklumat serta pengetahuan, kekuatan
data, kitaran kemaskini perisian, model atur cara yang mudah, intergrasi
perisian melalui pelbagai alat, rich user
experiences dan sebagainya. Dalam Web 2.0, pengguna boleh menggunakan
Wikipedia untuk mengkongsi ilmu pengetahuan, Youtube mengkongsikan filem,
del.icio.us mengkongsikan links, Linkedin
mengkongsikan profile, Flickr mengkongsikan gambar dan sebagainya.
Kemudahan yang
disediakan dalam Web 2.0 adalah maklumat sentiasa dikemaskinikan, rekaan web
secara fleksibel, kandungan secara kolaboratif dan modifikasi. Really simple
syndication (RSS), Wikis, Mashups, Tags, Folksonomy dan Tag Clouds merupakan
teknologi utama dan perkhidmatan yang disediakan dalam Web 2.0.
Gambar rajah 3.0
Contoh Web 2.0: Laman web Edmodo
Sumber: www.edmodo.com
Teknologi 3D (3 Dimensi) turut diperkembangkan dalam Web
3.0. Web berasaskan 3D persekitaran telah banyak membantu dalam bidang
pemasaran, pelancongan dan sebagainya. Perkara ini telah membantu pelancong
mengakseskan peta dalam bentuk 3D iaitu “3D
interative map” yang dilengkapi dengan model bangunan dan kemudahan. Bukan
itu sahaja, Amazon.com turut menyediakan 3D
shopping melalui Windowshop site.
Web 3.0
Web 3.0 diperkenalkan pada tahun 2006. Ia juga dikenali
sebagai web semantik. Tujuan web 3.0 direka adalah untuk membolehkan mesin dan
manusia membaca dan memahami data atau maklumat yang disampaikan dalam web 3.0.
Web 3.0 telah menyambungkan, integrasi dan analisis data untuk meningkatkan
pengurusan data, kreatif serta inovasi simulasi, menyokong mobil internet dan
membantu mengorganisasikan kolaborasi dalam web sosial.
Web 3.0 merupakan agen kepintaran. Kebanyakkan alatan web
dan web rangkaian sosial memerlukan agen kepintaran. Web 3.0 telah membantu
pengguna analisis data seperti emel serta mencadangkan siapa kawan pengguna
yang ingin menghantar emel. Web 3.0 juga memudahkan pengguna mencari maklumat
kerana ia akan mencadangkan maklumat yang berkaitan dengan keperluan pengguna.
Gambar
rajah 4.0
Contoh
Web 3.0: Laman web Google Earth
Sumber:
www.google.com
Web 4.0
Web 4.0 dikenali web simbiosis telah diperkenalkan pada
tahun 2010 sehingga sekarang masih dalam proses perkembangan. Simbiosis
bermaksud bergantung antara satu sama lain. Dengan ini, Web 4.0 menggalakkan
interaksi antara manusia dengan mesin dalam keadaan simbiosis. Web 4.0 dapat
menghasilkan imej realiti dalam bentuk maya. Selain itu, Web 4.0 lebih bersifat
kecerdasan buatan (Artificial
Intelligence) iaitu melibatkan operasi komputer selari dengan otak manusia.
Wiki
Wiki merupakan salah satu laman web
kolaboratif iaitu membolehkan beberapa pengguna menghasilkan penulisan dan
penyuntingan dalam web tersebut. Wiki juga membenarkan pengguna mengkongsikan
idea dan memberi maklumat kepada orang ramai. Terdapat dua jenis penggunaan wiki
iaitu wiki dilayari secara terbuka dan wiki dilayari dengan kata laluan. Wiki yang
dilayari secara terbuka bermaksud maklumat dalam wiki tersebut boleh dilayari
oleh orang ramai. Wiki yang dilayari dengan kata laluan bermaksud maklumat
dalam wiki tersebut hanya boleh dilayari oleh pengguna berdaftar sahaja.
Wiki mempunyai sistem pengarangan,
medium perbincangan, sistem mel, tempat penyimpanan dan sebagainya. Selain itu,
gambar, bunyi, video, persembahan multimedia dan sebagainya boleh dimasukkan di
dalam Wiki. Maklumat Wiki adalah disusun mengikut tajuk dan memaparkan
informasi yang berkaitan untuk memudahkan pengguna melayarinya. Maklumat Wiki
akan berkembang dan berubah kerana ia boleh diubah oleh pengguna yang boleh
melayarinya. Penulis dan penyunting boleh mengubahkan maklumat wiki walaupun
berada di lokasi yang berbeza.
Terdapat tiga jenis wiki iaitu Wiki
Global, Wiki Kelas dan Wiki Professional. Wiki yang sesuai untuk pendidik
mengajar di dalam kelas iaitu Wiki Kelas seperti Wikispaces, Pbworks, Wetpaint dan
lain- lain lagi.
Gambar
rajah 5.0
Contoh
Wiki Kelas: Laman web Wikispaces
Sumber:
www.wikispaces.com
Gambar
rajah 7.0
Contoh
Wiki Kelas: Laman web Wetpaint
Sumber:
wikisineducation.wetpaint.com
Kepentingan Wiki dalam Pendidikan
Wiki penting dalam pendidikan kerana ia sebagai platform pembelajaran
secara kolaboratif. Pembelajaran secara kolaboratif bermaksud pelajar
bekerjasama mencipta atau menghasilkan sesuatu. Wiki merupakan salah satu alat
yang memberi peluang kepada sekumpulan pelajar bersama- sama menyelesaikan
masalah, memberi maklumat, membuat penulisan dan penyuntingan dalam web
tersebut. Maklumat, idea, gambar dan video yang terkandung dalam wiki boleh
dikongsi dan dipelajari oleh semua pelajar.
Wiki merupakan salah satu alat konstruktisme kerana ia
melibatkan Bloom Digital Taxonomy.
Wiki menggalakkan pelajar menggunakan 6 aras kemahiran berfikir iaitu mengingati,
memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Aras pertama
melibatkan pelajar dapat mencari bahan dan maklumat di dalam Wiki iaitu aras mengingati.
Aras kedua melibatkan pelajar memahami dan membuat ringkasan mengenai maklumat
yang paut turun dari Wiki iaitu aras memahami. Aras ketiga melibatkan pelajar
dalam proses penyuntingan maklumat yang terkandung dalam Wiki iaitu aras
mengaplikasi. Aras keempat melibatkan pelajar menganalisis video, graf dan
jadual dalam wiki iaitu aras menganalisis. Aras kelima melibatkan pelajar
menilai dan memberi komen dalam perbincangan wiki yang disediakan oleh guru.
Aras keenam melibatkan aktiviti mencipta laman web secara kumpulan atau
individu dengan menggunakan wiki iaitu aras mencipta. Dengan ini, wiki sangat
penting kerana ia dapat membantu pelajar dalam proses pembelajaran.
Penggunaan Wiki juga penting bagi seorang guru untuk
memudahkan pengurusan kelas terutamanya projek pelajar, kerja rumah, latihan pengukuhan,
maklumat terkini dan sebagainya. Dengan adanya Wiki, guru dapat menyemak dan
memberi komen mengenai projek, kerja rumah dan latihan pengukuhan pelajar
melalui wiki. Bukan itu sahaja, guru dapat mengumumkan berita terkini,
mengkongsikan maklumat, maklum balas dengan pelajarnya melalui wiki. Bukan itu
sahaja, guru juga dapat berkolaborasi dengan guru dan pelajar dari luar negara.
Tips untuk guru menggunakan wiki
Penggunaan
alatan web 2.0 seperti wiki membantu untuk melancarkan aktiviti pembelajaran
dan pengajaran guru agar lebih efektif. Wiki adalah satu laman web kolaboratif
di mana sesiapa sahaja boleh menambah atau mengubah kandungan yang telah sedia
disiarkan. Perkembangan ini membuka satu lembaran baru dalam dunia pendidikan. Bagi
penggunaan wiki di sekolah, guru menggunakan kata kunci sebagai langkah
keselamatan untuk mereka menghasilkan buku teks dan sumber maklumat atau rujukan
mereka sendiri agar medan perbincangan sesuatu mata pelajaran tidak berlaku
penipuan dalam penyaluran maklumat. Wiki menjadi salah satu platform baru yang
unik dalam penyebaran maklumat. Melalui wiki pengguna bebas memasukkan dan
melakukan suntingan sendiri terhadap data yang disumbangkan kepada pengguna
lain. Ensiklopedia bebas seperti wikipedia merupakan contoh terbaik bagaimana
sistem wiki berfungsi sebagai sumber rujukan pendidikan dalam pelbagai bahasa. Antara
contoh wiki yang terkenal adalah Wikipedia, Wikispace, Mediawiki, Twiki dan
lain-lain. Selain itu, inovasi terkini diperkenalkan oleh Wikispaces sebagai
salah satu platform perkongsian maklumat pendidikan. Potensi penggunaan wiki
amat luas dan mampu berkembang pada masa akan datang dalam bidang yang lain. Melalui
mediawiki, guru boleh menyampaikan maklumat dengan cepat dan mendapat maklum
balas yang menyeluruh daripada pelajar. Tips merupakan panduan dan bimbingan
yang perlu dikuasai oleh guru untuk disampaikan kepada pelajar.
Guru menggunakan wiki adalah untuk
membantu melancarkan pembelajaran dan pengajaran. Hal ini kerana, wiki
merupakan dokumen hidup di internet yang boleh dikemas kini oleh sesiapa sahaja
yang menggunakannya secara serentak. Pemilihan wiki sebagai alat pembelajaran
ialah sebagai sumber rujukan yang membolehkan akses mudah untuk guru-guru ke
kandungan mata pelajaran yang dikaji dan diajar. Wiki juga boleh diakses dari
mana-mana sahaja pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat, sangat fleksibel
yang mana merupakan alat komunikasi baru dan kerjasama lebih fleksibel dalam
kalangan guru-guru. Wiki merupakan tempat untuk menggabungkan sumber-sumber
web. Bagi menghasilkan interaksi jitu dalam penyampaian maklumat kepada
pelajar, adalah penting bagi seorang guru itu untuk menguasai kelebihan dan
kebaikan alat pengajaran yang berunsurkan internet terutamanya wiki. Hal ini
selaras dengan tuntutan Pelan Pembangunan Pendidikan yang memanfaatkan ICT bagi
meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia dan menyediakan kesamarataan
akses kepada pendidikan yang berkualiti bertaraf antarabangsa. Justeru, dalam
menjadikan budaya menuntut ilmu dalam kalangan pelajar guru perlu mempersiapkan
diri dengan dunia pendidikan internet terutamanya melalui wiki. Tips untuk guru
menggunakan wiki ialah sentiasa membuat pembaharuan atau ‘update’ nota yang
disampaikan melalui wiki, menggunakan wiki sebagai medan penyebaran atau
penyampaian kerja rumah, latihan dan hasil perbincangan. Guru menggunakan wiki
sebagai kelas maklumat. Di mana selain berhubungan dengan pelajar, guru juga
boleh meminta ibu bapa melihat hasil kerja anak-anak mereka di wiki. Hal ini
kerana, dengan menggunakan wiki, guru boleh memasukkan semua maklumat seperti
memaklumkan kelas yang di ajar, memasukkan berita-berita terkini aktiviti sekolah
dan memasukkan aktiviti kurikulum di sekolah seperti memuat naik lembaran kerja
dan rancangan pengajaran.
Seterusnya tips untuk guru menggunakan
wiki ialah guru perlu membangunkan projek khas untuk seluruh kelas yang
diajarnya. Pelajar diberikan tugasan secara berkumpulan dalam tiga hingga lima
orang. Pada masa ini, guru hanya perlu menyemak hasil kerja mereka melalui web
wiki dengan mengarahkan pelajar menghantar topik penyelidikan mereka dengan
membuat pautan kepada sesama rakan kelas bagi bertukar-tukar maklumat. Guru
juga menggunakan wiki untuk mata pelajaran tertentu iaitu, guru menyediakan
maklumat untuk pelajar, kerja rumah, tugasan, kalender aktiviti kelas dan
perbincangan atau chatting sekiranya
ada persoalan yang ditimbulkan. Guru juga boleh menggunakan wiki sebagai medan
penyebaran maklumat kejohanan sukan sekolah, tarikh dan menyediakan ruang
maklumat kenalan. Akhirnya guru boleh menggunakan wiki sebagai ruangan sahabat
pena dengan membuat kolaborasi dengan kelas-kelas dari sekolah lain yang
terdapat di Malaysia dan luar negara seperti Australia, China dan lain-lain. Selain
itu, guru boleh menggunakan wiki sebagai penyumbangan nota untuk kegunaan ulang
kaji kepada pelajar.
Tips-tips lain untuk guru menggunakan wiki
ialah membaca maklumat-maklumat lain yang terdapat dalam internet terutamanya
sumbar daripada wikipedia agar tidak berlaku penyampaian maklumat yang salah
kepada pelajar dan hanya menyampaikan maklumat benar serta betul kepada
pelajar. Tips seterusnya ialah guru perlu memeriksa maklumat yang diperoleh
sama ada penulis asal menggunakan sumber rujukan daripada buku dan internet
yang boleh dipercayai sahaja. Sebelum menggunakan wiki guru perlu juga
memeriksa penulis yang menghasilkan satu-satu maklumat, melihat sama ada
penulis berkenaan sememangnya pakar dan mahir dalam penulisan yang dihasilkan.
Guru juga perlu mempunyai link yang
banyak dalam wiki yang dihasilkan agar pelajar dapat memperoleh maklumat
tambahan dalam medium perbincangan semasa menggunakan wiki. Oleh itu, melalui
perancangan guru menggunakan sepenuhnya kelebihan wiki, banyak memberi manfaat
kepada pendidikan di Malaysia, seterusnya guru mampu berdaya saing dengan
guru-guru dari negara-negara luar dalam menggunakan teknologi dalam pendidikan.
Kesimpulannya, guru perlu menggunakan wiki dan menguasainya dengan baik, agar
dapat meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran melalui bahan nota
interaktif yang dibangunkan oleh guru dan kemudahan untuk berinteraksi dengan
pelajar. Latihan secara intensif dan infrastruktur ICT akan dimantapkan dari
semasa ke semasa bagi memastikan perlaksanaan e-pembelajaran terus maju ke
hadapan melalui pembangunan bahan nota interaktif e-kandungan yang lebih pesat
selaras tuntutan global.
Bagaimana
Guru dan Pelajar Boleh Menggunakan Wiki
Kepesatan
teknologi ICT memberi peluang kepada guru dan pelajar untuk memanfaatkan
perisian web 2.0 terutamanya Wiki. Guru dan pelajar merupakan agen penggerak
kepada sistem pendidikan yang berkonsepkan e-pembelajaran. Dengan menggunakan
wiki sebagai medium perantaran, capaian maklumat untuk mendapatkan nota
tambahan daripada pembelajaran, guru perlu lebih pantas agar pelajar memperoleh
yang tepat. Wiki merupakan alat komunikasi dan jaringan kerjasama dalam laman
web yang boleh digunakan bagi menggalakkan untuk pelajar dengan orang lain
dalam satu persekitaran kolaboratif (Kevin & Joseph, 2007). Wiki boleh
digunakan sebagai satu alat yang sesuai untuk mendapatkan input berterusan bagi
sesuatu kajian atau projek. Wiki sangat penting dalam dunia pendidikan terutamanya
kepada guru dan pelajar. Guru dan pelajar boleh mendapat pelbagai manfaat
dengan menggunakan wiki untuk pembelajaran. Hal ini kerana wiki mempunyai
kebaikan kepada pendidikan.
Antara kebaikan wiki dalam pendidikan
yang boleh digunakan oleh guru dan pelajar ialah, wiki sebagai alat pendokumenan berterusan untuk membina
projek kajian yang telah di arahkan oleh guru. Pelajar boleh mencari
pelbagai maklumat daripada Wikipedia untuk menyiapkan projek. Hal ini kerana,
dalam wiki bukan sahaja sumber dari dalam negara boleh diperoleh, tetapi sumber
maklumat juga boleh diperoleh dari luar negara yang semestinya lebih banyak
sumber. Selain itu, pelajar boleh menggunakan wiki sebagai menambahkan
ringkasan pendapat mereka mengenai bahan-bahan bacaan sebagai bahan tambahan
yang diperoleh daripada perhubungan secara kolaborasi yang meluas. Guru
menggunakan wiki untuk menerbitkan sumber-sumber kursus seperti sukatan
pelajaran dan lampiran edaran kemudian pelajar boleh menyunting serta
memberikan komen atau pendapat secara langsung untuk dibaca oleh semua yang
membuka wiki tersebut. Guru boleh memanfaatkan wiki dengan menggunakannya
sebagai satu pangkalan pengetahuan yang membolehkan sesama guru boleh berkongsi
refleksi dan pendapat mengenai amalan pengajaran dan membenarkan pengurusan
versi dan pendokumenan. Melalui wiki juga, guru boleh membuat pemetaan konsep. Ia berguna untuk
mengembangkan pemikiran idea dan penyuntingan topik wiki tertentu seterusnya
boleh menghasilkan satu rangkaian sumber.
Pelbagai kemungkinan boleh dilakukan oleh
guru yang menggunakan wiki dalam penyampaian isi pendidikan kepada pelajar. Guru menggunakan wiki sebagai alat
persembahan untuk menggantikan perisian biasa dan pelajar boleh memberi
komen secara langsung serta mengubah persembahan yang diberikan oleh guru dalam
wiki sebagai nota tambahan. Wiki sebagai alat untuk pengarangan bahan rujukan
yang dilakukan secara berkumpulan akan membolehkan kumpulan sering bekerjasama
menyiapkan suatu dokumen dengan menghantar e-mail yang disertakan fail untuk diedit
oleh setiap ahli kumpulan. Kemudian ahli kumpulan akan bersama-sama berusaha
untuk menyelaraskan hasil suntingan tersebut agar hasil kerja semua orang dapat
disertakan dengan sama rata dan bagi mengelakkan pertindihan maklumat yang
dihasilkan dan menjimatkan masa tanpa perlu menghantarnya kepada setiap ahli
kumpulan sebaliknya hanya memasukkannya ke dalam web wiki. Pengguna dalam
kumpulan ini secara tidak langsung dapat merapatkan ahli kumpulan dan
membolehkan mereka membina dan menyunting dokumen dalam satu halaman wiki
terkumpul.
Guru menggunakan wiki untuk menyumbang bahan pengajaran secara aktif dan
juga membolehkan guru-guru mendapatkan semula maklumat itu dengan pantas.
Melalui perhubungan kolaborasi dalam kalangan guru akan memudahkan guru
mendapatkan bahan pengajaran dan menjimatkan masa kerana sememangnya guru-guru
sangat sibuk dengan aktiviti sekolah dan pengajaran di dalam bilik darjah.
Selain itu guru-guru juga dapat menjimatkan masa daripada berkumpul pada sesuatu
tempat dan masa yang sama. Justeru, wiki sangat berguna kepada guru dalam
pengajaran di sekolah dan menjimatkan masa guru daripada kesibukan. Guru hanya
perlu melihat hasil kerja pelajarnya daripada laman web wiki dan membuat
pantauan dan memberikan nasihat kepada pelajar. Tambahan pula, masa yang
diperuntukkan untuk pengajaran yang dilaksanakan dalam bilik darjah hanya sedikit
dan ini menyebabkan pelajar memahami dengan singkat. Tambahan pula, ini adalah
mustahil untuk guru dapat menerangkan semua pelajaran dengan mengharapkan pelajarannya
faham 100% semasa pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, melalui jaringan web
2.0 wiki dapat membantu pelajar lebih faham kerana mereka boleh mendapatkan
maklumat tambahan yang telah disediakan oleh guru.
Sebelum guru menggunakan wiki sebagai
platform bagi penilaian hasil kerja, latihan dan tugasan pelajar, guru perlu
mewujudkan terlebih dahulu wiki dan menjemput semua pelajar untuk menyertai
wiki yang ditubuhkan. Selepas itu, guru perlu memberi tunjuk ajar kepada
pelajar bagaimana untuk mencipta wiki mereka sendiri dan melibatkan diri
pelajar di dalam perbincangan pada wiki. Tanpa tunjuk ajar daripada guru,
pelajar hanya akan memuat naik dokumen mereka daripada menggunakan editor untuk
berkongsi isi kandungan kerja mereka. Tambahan pula, pelajar juga pasti akan
menggunakan alat perbincangan yang berbeza bagi setiap orang sekiranya mereka
tidak diberi tunjuk ajar untuk menggunakan alatan kepada kandungan secara
terus. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, wiki berfungsi menghubungkan
atau rangkaian yang membolehkan idea dikolaborasi antara setiap orang dengan
membenarkan kedua-dua jenis penggunaan alatan perbincangan berlangsung di bawah
ini disertakan contoh web 2.0 wiki yang telah digunakan sebagai perhubungan
iaitu penggunaan laman wikispaces.
Langkah pembukaan wikispace ini terdiri
daripada lima langkah bagi membinanya iaitu; langkah satu guru perlu terlebih
dahulu membuka akaun wiki kemudian meminta pelajarnya untuk menyertai.
Pertamanya cikgu boleh pergi ke http://www.wikispacees.com/site/for/techear
seperti ditunjukkan dalam rajah 1 di bawah. Kemudian guru meneruskan kepada
langkah yang kedua iaitu guru perlu mendaftar masuk atau membuat pendaftaran
terlebih dahulu seperti contoh rajah 1. Pada peringkat ini, guru perlu mengisi
segala maklumat yang diperlukan dan mengisi mengikut prosedur yang ditetapkan
dalam wikispaces. Langkah pembukaan wiki diteruskan lagi kepada bahagian
suntingan iaitu dalam bahagian ini, guru dan pelajar menyunting bahan yang
diperoleh dan yang ingin dikongsi bersama. Guru perlu melengkapkan semua data
bagi melengkapkan pendaftaran dan boleh digunakan. Seterusnya langkah keempat
ialah papan perbincangan. Dalam bahagian ini guru boleh mengeluarkan isu untuk
dibincangkan kepada pelajar. Kemudian guru akan meminta para pelajarnya
menghadiri untuk mendaftar masuk bagi berbincangan. Selanjutnya, langkah yang
kelima ialah guru akan mengurus bahagian pertambahan pelajar dan mengurus
senarai ahli yang terdapat dalam kelas dan memastikan setiap pelajar dalam
kelas menyertai atau menjadi ahli dalam wikispaces yang dibangunkan oleh guru.
Rajah
8.0
Rajah 9.0 (a/b/c/d/e/f)
Rajah 10.0
Rajah 11.0
Contoh
Wiki Pendidikan dan Toturial Pendidikan
1.1
Contoh Wiki pendidikan
Contoh
wiki pendidikan yang ada pada hari ini semakin pesat berlangsung. Lantaran
ledakan teknologi maklumat banyak contoh wiki pendidikan yang wujud bak
cendawan. Di bawah ini merupakan sebahagian contoh wiki digunakan mata pelajaran
atau satu-satu kursus. Contoh wiki rajah 5 di bawah adalah daripada pelajar
Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Selain daripada UTEM yang memanfaatkan web
2.0 wiki dalam pendidikan UMS, UNIMAS, UPM dan lain-lain universiti juga turut
berkembang. Contohnya di UMS, pelajar DPLI menggunakan Edmodo sebagai medium
perhubungan dengan pensyarah.
Rajah 12.0: Medium
pelajar UTEM
Rajah 13.0: Medium
pelajar UNIMAS
Pelajar-pelajar
daripada UNIMAS menggunakan medium ini sebagai kegunaan mencari maklumat.
Contoh rajah di atas adalah salah satu kursus yang mengarahkan pelajar untuk
menggunakan web 2.0 sebagai medan perbincangan iaitu bagi mata pelajaran
pembelajaran statistik. Di mana pensyarah meminta pelajar ini membuat
perbandingan di antara perbezaan penyelidikan secara kualitatif dan
kuantitatif. Pelajar-pelajar yang mengikuti kursus ini diminta untuk mencari
pelbagai bahan baik dari buku mahupun dari internet untuk menjawab persoalan
yang diajukan oleh pensyarah mereka.
Media wiki juga merupakan salah satu
contoh medium wiki sebagai perhubungan yang memudahkan kolaborasi antara guru
dan pelajar. Media wiki adalah pakej perisian wiki yang menggunakan GNU.
Digunakan dan dijana khusus untuk wikipedia dan projek-projek lain wiki seperti
yayasan wikimedia yang digunakan secara meluas pada hari ini. Media wiki ini
sangat berguna kepada pelajar dan guru dalam melancarkan perhubungan.
1.2
Tutorial Wiki Pendidikan
Tutorial
pendidikan dapat membantu pelajar cara menggunakan wiki dengan baik, bagi tujuan
perhubungan di antara guru dan pelajar. Tutorial wiki adalah pengenalan bagi
pengguna yang baru menggunakan wiki dan para pengguna bersedia untuk
menggunakannya. Terdapat 8 tutorial yang boleh dipelajari sebagai manual
panduan kepada mereka yang baru berkenalan dengan dunia wiki. Bermula daripada
penyuntingan sehinggalah kepada penambahbaikan wiki. Tutorial yang pertama
ialah bahagian penyuntingan. Penyuntingan merupakan ciri-ciri asas dalam
memulakan wiki. Setiap bahagian dalam wiki yang dibangunkan pasti mempunyai
perkataan suntingan bagai tujuan menyunting atau mengedit kandungan bahan
tertentu sekiranya mempunyai tambahan. Di mana mana-mana laman web yang
mengandungi atau boleh disunting dikenali dengan wiki. Contoh wiki yang boleh
disunting ialah seperti rajah di bawah ini, pelajar boleh membuat suntingan
dengan menekan pada perkataan sunting sebelah kanan. Selepas menyunting, tidak
digalakkan untuk terus mempamerkan pandangan, sebaiknya terlebih dahulu perlu
di lihat secara pratonton atau membuat ringkasan terlebih dahulu.
Tutorial kedua ialah pemformatan dalam
membina dan menggunakan wiki. Menulis artikel dalam wiki adalah berbeza dengan
penulisan yang biasa. Menggunakan cara penulisan wiki adalah sama dengan HTML
pada halaman web. Namun demikian, penulisan wiki juga boleh dipautkan terus
dengan penulisan HTML. Dalam bahagian pemformatan wiki, apa yang terdapat ialah
bahagian penyusunan dan pengelasan bagi setiap subtajuk yang akan dibincangkan.
Tutorial wiki yang ketiga ialah pautan wikipedia. Pautan adalah sebuah hasil
tulisan atau objek yang jika di klik akan membawa pengguna ke laman yang lain,
sama ada bahan tersebut dalam wiki sendiri atau pautan dari luar wiki. Ini
merupakan kelebihan yang terdapat dalam wiki iaitu, adanya pautan dalaman yang
boleh menghubungkan artikel dengan artikel yang lain dalam wikipedia. Hal ini
dapat membantu pengguna mengakses maklumat yang berkaitan dengan artikel
berkaitan yang dibaca. Tutorial keempat ialah pautan laman berkaitan. Wiki
mempunyai laman berkaitan untuk topik-topik lain yang bersifat ensiklopedia.
Tutorial yang kelima ialah, perhubungan dengan dunia luar iaitu pautan luar.
Pautan ini melibatkan perhubungan dengan luar dengan wiki. Contohnya jika
hendak membuat pautan ke laman web luar perlu menaip alamat URL (contohnya
Google) perlu menaip htpp://www.google.co.my. Wiki akan secara automatik
menganggap pautan tersebut sebagai pautan dan akan memaparkan alamat laman web
mentah. Seterusnya carian maklumat akan lebih mudah dan cepat.
Tutorial
yang keenam ialah berkaitan dengan halaman perbincangan. Laman perbincangan ini
merupakan salah satu kemudahan di wikipedia yang membolehkan pengguna untuk
mendapatkan maklumat yang dicari dan membincangkan satu-satu artikel dan
isu-isu lain. Tutorial ketujuh ialah peringatan. Sebarang maklumat yang telah
disunting, perlu dikaji keaslian sumber yang menulisnya. Hal ini kerana, wikipedia
merupakan sumber yang bersifat terbuka dan sesiapa sahaja boleh memberi
pendapat, menyunting dan mengedit. Oleh itu, setiap bahan yang diperoleh
daripada wiki, perlu difahami dengan betul. Tutorial kelapan ialah pendaftaran.
Bagi yang membuka wikipedia secara berkumpulan perlulah mendaftar contohnya
wikispace
Kesimpulan
Kepesatan teknologi sekarang, pembelajaran
bukan hanya bersandarkan kepada nota rujukan, pembacaan dari buku dan tunjuk
ajar dari guru mahupun pensyarah tetapi dengan ledakan maklumat dan sebaran
maklumat tanpa sempadan membolehkan pelajar sangat mudah memperoleh maklumat
sebagai nota tambahan. Dengan pengenalan medium web 2.0 yang menggantikan web
1.0 merupakan bukti yang nyata yang teknologi dalam dunia pendidikan juga turut
berubah. Sebelum ini, pelajar hanya belajar daripada sekolah, dalam kelas,
perbincangan dengan guru dalam kelas dan sesama rakan dalam kelas sahaja tetapi
pada hari melalui pelbagai jaringan perhubungan dalam web 2.0 membolehkan
pelajar berhubungan dengan sesiapa sahaja dengan mudah tanpa batasan.
Perhubungan di antara pelajar dan guru tidak habis di kelas sahaja, tetapi
berlanjutan ke peringkat seterusnya dengan pengaplikasian medium-medium
teknologi pendidikan seperti wiki, blog, youtube, google, dan sebagainya akan
lebih memudahkan perhubungan di antara guru dan pelajar berkenaan pengajaran
dan pembelajaran. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, guru dan pelajar boleh
memanfaatkan kelebihan dan kebaikan penggunaan web 2.0 khususnya WIKI. Melalui
wiki sahaja pelajar boleh mendapatkan pelbagai sumber maklumat sebagai nota
tambahan dan membantu dalam menyelesaikan kerja sekolah yang tidak dapat disiap.
Guru juga boleh menggunakan web wiki 2.0 sebagai tempat untuk perhubungan
dengan pelajar, kerana ia lebih menjimatkan masa kerana boleh sahaja
berhubungan terus tanpa perlu berjumpa di sesuatu tempat dengan pelajar. Oleh
yang demikian, sememangnya wiki perlu dimanfaatkan oleh guru untuk membantu
pelajar dalam pelajarannya.
Bibliografi:
Aghaei, S., Nematbakhsh, M. A., & Farsani, H. K. (2012).
EVOLUTION OF THE WORLD WIDE WEB: FROM WEB 1.0 TO WEB 4.0. International
Journal of Web Semantic Technology (IJWesT) Vol.3 , 1-10.
Churches, A. (2009, April 1). Educational Origami.
Retrieved November 30, 2012, from Bloom's Digital Taxonomy:
http://edorigami.wikispaces.com/file/view/bloom%27s+Digital+taxonomy+v3.01.pdf
Embi, M. A. (2011). Web 2.0 Tools in Education: A Quick
Guide. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Othman, N. F. (2010). Kajian tahap Penggunaan Aplikasi Web
2.0 dalam Kalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam di Malaysia.
Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.
Smaldino, S. E., Lowther, D. L., & Russell, J. D. (2012).
Instructional Technology and Media for Learning (Tenth Edition). United
States of America: Pearson Education.
The Herridge Group. (2003, August). The Herridge Group.
Retrieved November 12, 2012, from Articles & White Papers:
http://www.herridgegroup.com/pdfs/eLearning%20a%20Definition.pdf
West, J. A., & West, M. L. (2009). Using Wikis for
Online Collaboration. United States of America: Jossey- Bass.
Web 2.0. (n.d.). Retrieved Oktober 5, 2012, from http://blog.uad.ac.id/damba-saputra
Web 2.0. (n.d.). Retrieved Oktober 5, 2012, from http://blog.uad.ac.id/damba-saputra
No comments:
Post a Comment