Wednesday, 19 December 2012


1.0 Pendidikan Abad Ke-21




Dunia pendidikan kita sebenarnya berada di persimpangan jalan. Ini adalah kerana perubahan pesat yang sedang berlaku dalam bidang sains dan teknologi sekarang dijangka kan mencetuskan “krisis” dan dilema besar ke atas rupa-bentuk sistem pendidikan negara. John Naisbitt pula telah menghujahkan bahawa penggunaan teknologi komputer dalam pendidikan menjelang tahun 2000 akan merevolusikan dunia pendidikan secara global. Sektor industri pendidikan di negara sedang berubah secara dinamis dan dikira akan mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21. Abad ke-21 membawa masyarakat dunia ke satu lagi fasa penganjakan paradigma kehidupan. Ini meliputi penganjakan daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat berinformasi; penggunaan teknologi manusia kepada penciptaan teknologi tinggi; pemusatan kuasa kepada pengagihan kuasa; konsep hierarki kepada konsep jaringan; ekonomi tempatan kepada ekonomi antarabangsa; dan perancangan  jangka pendek kepada perancangan jangka panjang.


Selain itu abad Ke-21 sering dikaitkan dengan era Teknologi Maklumat (IT) yang memungkinkan kepantasan dan menjumudkan faktor  jarak dan masa. Perkembangan terkini dalam “open sky technology” membawa implikasi kepada kehidupan manusia sejagat. Seperti yang kita lihat dan rasa, dunia yang luas pada hakikatnya telah dikecilkan dengan teknologi komunikasi yang canggih dan pantas. Malaysia, Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam, Filipina, Brunei, Indonesia, Singapura, East Timor dan Myanmar merupakan negara-negara yang tergolong dalam asia tenggara. Pada masa kini semua negara sedang barganding bahu untuk maju dalam semua bidang, terutamanya dalam bidang pendidikan. Matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan  di rantau asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke 21 ini nanti memerlukan negara ini meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia atau memperolehi status "Pendidikan bertaraf dunia ".



Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredentialiti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Dilihat dari perspektif yang luas, ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamis, iaitu  pembangunan tenaga manusia, kepesatan pertumbuhan ekonomi, pembaikan taraf dan kualiti kebajikan social, pemodenan dan reformasi sosial masyarakat, kecemerlangan budaya fikir dan intelektual, pembangunan teknologi dan sains dan kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi dalam kalangan masyarakat. ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ merupakan satu komitmen dan usaha Kementerian Pendidikan bagi memperbaiki kualiti pendidikan negara supaya ia dapat ditingkatkan kepada satu standard yang tinggi dan mampu menyaingi negara maju yang lain.
Sebagai sebuah negara yang berkembang pesat dalam berbagai aspek pembangunan, sektor pendidikan perlu berkembang dan mengalami perubahan anjakan paradigma yang dapat merintiskan alaf baru dalam segala aspek. Ianya juga merupakan satu langkah penting bagi mengangkat martabat dan status Malaysia dalam dunia pendidikan di peringkat antarabangsa. Sehubungan dengan itu, perkembangan yang pesat dalam teknologi komunikasi dan arus globalisasi ini telah mempengaruhi sistem komunikasi global. Pendidikan abad ke 21 merupakan pendidikan yang berteraskan kepada teknologi maklumat dan komunikasi. Ia diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat sekarang yang banyak dipengaruhi oleh dunia yang dicorakkan oleh pembangunan teknologi seiring dengan perkembangan negara yang semakin pesat membangun. Perubahan ini boleh berlaku di peringkat sekolah atau bilik darjah.  Walau bagaimanapun, perubahan di peringkat sekolah atau bilik darjah memerlukan kesedaran dan kemahiran di kalangan guru mahupun pihak pentadbir. Program pengurusan perubahan dan kajian semula latihan guru adalah perkara-perkara asas yang perlu disediakan ke arah pendidikan abad ke-21 bagi mewujudkan pendidikan bertaraf dunia seiring dengan kemajuan pendidikan di negara-negara maju yang lain. Dunia abad ke-21 ini adalah satu dunia yang baharu. Dunia pada masa kini bukan lagi terkenal. Tambahan pula kemajuan dan bidang komunikasi ini juga telah memberikan pengaruh yang besar kepada keadaan sosial, pentadbiran, perubatan, hubungan antarabangsa, pengangkutan dan sebagainya tidak terkecuali bidang pendidikan yang menjadi teras kepada perubahan abad ke-21 ini.


Kesan globalisasi terhadap sektor pendidikan sangat ketara di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Australia, New Zealand, Jerman dan Rusia. Ini dapat dilihat dengan pertambahan pelajar luar negara yang belajar di institut pengajian tinggi negara-negara tersebut. Di Malaysia, Pendidikan Tertiari menunjukkan fenomena yang sama dimana pada setiap tahun universiti-universiti tempatan di negara kita menerima pelajar-pelajar luar dari seberang laut semakin meningkat. Selanjutnya, dunia pada abad ke-21 menikmati sektor teknologi maklumat dan komunikasi dalam bidang pendidikan. Di negara Malaysia, kita terus berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran yang perlu dilihat dengan rasa tanggungjawab oleh semua pihak. Apabila sesebuah negara meningkat dalam dunia globalisasi ini, pada masa yang sama juga terdapat barbagai-bagai isu-isu dan cabaran akan timbul. Apakah isu yang akan berlaku, bagaimana ianya berlaku, apakah kesannya kepada system pendidikan negara, bagaimanakah kita menangani perkembangan ini, dan apakah fungsi masa depan system pendidikan di Malaysia dalam era teknologi maklumat abad ke-21 yang akan dating? Isu-isu di atas sangatlah kritikal kerana apa yang sedang berlaku sekarang dan akan terjadi pada masa depan akan mewarnai corak generasi Malaysia yang sedang dibentuk pada hari ini. 


2.0 Kemahiran Abad Ke-21

Alvin Toffler (The Third Wave, 1980), dunia sekarang berada dalam Gelombang Ketiga
dalam pembangunan tamadun manusia selepas melalui Revolusi Pertanian (Gelombong Pertama) dan Revolusi Industri (Gelombong Kedua). Salah satu perkembangan utama dalam Gelombong Ketiga ini ialah berlakunya ledakan informasi yang melimpah-ruah sehinggakan manusia sukar hendak menghadapinya. Dunia teknologi yang wujud pada abad ke-21 ini, dapat mengajar apa sahaja kepada sesiapa pun pada bila-bila masa (teach anyone any thing at any time). Kanak-kanak dan juga orang dewasa akan dapat menekan butang TV atau komputer peribadi (PC) di rumah mereka untuk mempelajari apa sahaja yang mereka ingin ketahu, pada bila-bila masa yang sesuai untuk mereka. Malah program komputer ini boleh mengajar seseorang dari peringkat ke peringkat sehinggalah dia boleh menguasai sesuatu mata pelajaran tersebut. Dengan kata lain, perkembangan teknologi ini mengikut Diane Ravitch, sejarawan pendidikan dan fellow di Brooking Institution, Washington D.C dalam majalah The Economist (16 September 1993) akan memberi cabaran besar kepada idea dimana pembelajaran dijalankan di tempat yang khusus untuk jangka waktu yang tertentu dan bagi beberapa haridalam seminggu atau setahun seperti yang diamalkan sekarang. Ramai orang boleh mendapat pelbagai kemahiran pada abad ke-21. Antaranya;



2.1 Kemahiran Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation)
Teknologi boleh mencetuskan perkembangan dinamik kreativiti dan inovasi. Teknologi bukan sahaja suatu alat tetapi boleh mempengaruhi sistem pengurusan yang lebih efisien dan kreatif. Pengurusan teknologi maklumat dan penggunaan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dapat membina imej baru organisasi inovatif. Ia juga menjadikan organisasi pendidikan dan pembelajaran sekolah lebih berdaya saing dan menjadi lebih produktif. Penggunaan teknologi maklumat dan ICT menjadikan pengurusan lebih canggih dan moden. Revolusi maklumat dan perubaha teknologi memberi kesan yang positif kepada inovasi perubahan pengurusan organisasi pembelajaran, khususnya sekolah. Bagaimanapun penggunaan teknologi sering kali menimbulkan masalah dari segi kesan efektif, pembiayaan, penjagaan, dan kewangan. Masalah kekurangan infrastruktur pembelajaran dan teknologi boleh dilihat sebagai penghalang kepada kreativiti dan inovasi teknologi maklumat yang perlu disebarkan melalui sistem persekolahan. Usaha bagi meningkatkan masyarakat celik teknologi maklumat juga belum begitu tercapai disebabkan jurang perbezaan kemudahan teknologi yang wujud antara sekolah-sekolah, terutama antara sekolah luar bandar yang begitu ketinggalan dengan sekolah bandar yang lebih terdedah dengan kemudahan ini.


Teknologi maklumat telah banyak digunakan dalam organisasi khasnya dalam dunia pendidikan. Inovasi organisasi banyak dipengaruhi oleh penggunaan teknologi maklumat dalam dunia pendidikan. Organisasi dan individu yang menolak inovasi ini akan ketinggalan. Persoalan yang timbul ialah bagaimana Teknologi Maklumat dapat menangani dan membantu inovasi sesebuah organisasi. Teknologi maklumat ialah pemangkin atau alat inovasi dalam sesebuah organisasi. Faktor ilmu dan pembelajaran merupakan penyumbang kepada Teknologi Maklumat memainkan peranan sebagai mengurus, inovasi dan melaksanakan perubahan. Ahli-ahli sejarah berpandangan bahawa sesuatu tamadun itu akan melalui beberapa fasa perubahan, asimilasi, dan diversifakasi.
Sardar (1979) berpendapat bahawa kekuatan dan kelemahan diadili oleh kebolehan atau ketidakbolehan mengubahsuai kepada persekitaran yang berubah, dan dalam masa yang sama tidak kehilangan identiti dan parameter asal. Abdul Aziz Yusof (2000) pula menyatakan organisasi merupakan satu entiti yang memerlukan perubahan bagi membolehkannya untuk terus hidup, membangun, dan berkembang. Kegagalannya melakukan atau bertindak terhadap perubahan akan menyebabkannya menempah kegagalan dan yang pasti akan memendekkan jangka hayat kewujudannya. Melakukan perubahan juga di anggap sebagai menempuh ketidakpastian serta akan mendedahkan organisasi kepada pelbagai risiko  Selaras dengan perkembangan teknologi, Kementerian Pendidikan telah membuat beberapa inovasi dalam organisasi pendidikan.
Di awal-awal inovasi, Kementerian Pendidikan telah membekalkan peralatan pendidikan berasaskan teknologi seperti radio, televisyen, overhead projektor ke sekolah bagi tujuan membantu proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar. Pihak kementerian juga menyediakan rancangan pendidikan untuk disiarkan ke sekolah rendah dan menengah melalui Radio dan TV Pendidikan. Bermula pada tahun 2000, penyiaran rancangan pendidikan melalui TV dipertingkatkan dan diperluas ke sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman dengan menggunakan teknologi satelit. Pada awal tahun 1990-an, KPM telah melaksanakan beberapa projek pendidikan yang berasaskan ICT dan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama dalam penyediaan infrastruktur ICT. Jadi jelas menunjukkan ciri-ciri kreatif dan inovatif bukan sahaja wujud pada seseorang individu sahaja tetapi ia berkait rapat dengan penyumbang atau faktor-faktor lain seperti, pembangunan dan perkembangan sesebuah organisasi khasnya organisasi pendidikan teknologi.


2.2 Kemahiran literasi maklumat (Literacy Information)
          Kemunculan era Teknologi Makluamat dan Komunikasi di Malaysia memberi kesan langsung terhadap sistem pendidikan. Perkembangan dunia pendidikan yang selari dengan kemajuan teknologi menjadi salah satu agen pemangkin bagi menongkah arus pembudayaan sains dan teknologi bagi melahir dan membentuk masyarakat yang berkebolehan dan berkemampuan selaran dengan visi dan misi negara. Kita harus menyedari bahawa proses pendidikan menjelang abad ke-21 akan mengalami satu transformasi maklumat yang efisien dan kompleks. Kita tidak dapat lari dari  mendedahkan para pelajar kepada ICT kerana ledakannya berlaku dengan pesat di seluruh dunia. ICT pada masa kini memberi kemahiran literasi maklumat, media dan komunikasi kepada setiap orang untuk maju dalam kehidupannya.
Literasi maklumat adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua format serta menggunakan maklumat tersebut secara aktif. Ia juga boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi membantu membuat pemilihan dan penyelesaian masalah secara efektif. Doyle (1992) mendefinasikan literasi maklumat sebagai satu kebolehan untuk mengekses, menilai dan mengunakan maklumat dari pelbagai sumber. Bahagian Teknologi Pendidikan (2002) pula mendefinasikan literasi maklumat sebagai “keupayaan untuk mengkakses dan menilai maklumat bagi membuat pemilihan dan menyelesaikan permasalahan secara efektif.” Maklumat-maklumat seperti berita semasa khususnya yang berkaitan dengan bidang pendidikan boleh diakses melalui Web Page, World Wide Web (WWW) atau Gopher.

2.3 Kemahiran komunikasi (Communication)


Kemahiran komunikasi dapat mendorong perkembangan dan kemajuan organisasi pembelajaran. Teknologi pendidikan abad ke-21 ini juga menyebabkan pertukaran pemikiran dan idea menerusi lisan dan tulisan. Komunikasi terbuka membolehkan maklumat diperoleh dengan mudah tanpa banyak halangan birokrasi. Maklumat yang diperoleh dari teknologi pada masa kini dan luar organisasi dapat digunakan untuk membantu perkembangan kreativiti dan inovasi serta meningkatkan produktiviti dan kreativiti di kalangan pelajar. Maklumat yang diperoleh bukan sahaja mengalir daripada atas ke bawah tetapi juga dari bawah ke atas. Ia juga dapat menggalakkan pencarian fakta dan maklumat terkini berhubung perkembangan organisasi. Maklumat yang pantas dan terkini boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat bagi menangani berbagai perkembangan organisasi pembelajaran.

2.4 Kemahiran media
Kemahiran media ialah alat yang digunakan untuk menyalurkan sesuatu ilmu pengetahuan atau kemahiran dari satu sumber maklumat kepada penerima. Penyampai atau pembawa maklumat antara punca dengan penerima seperti filem, video, radio, gambar, risalah, poster dan sebagainya (Heinich,1985). Media juga membawa maksud sebagai peralatan atau perkakasan dan bahan (perisian) media yang telah dikenalpasti (dipilih), dibina atau dipinda untuk menyokong atau mengendalikan sendiri proses pengajaran dan pembelajaran (Yusup,1992). Media juga ditakrifkan sebagai penggabungan teks atau tulisan dengan sekurang-kurangnya mengandungi salah satu dari media-media seperti bunyi, video, grafik 3D, gambar foto dan animasi. Dengan penggunaan teknologi kini seseorang boleh mempelbagaikan media pada masa kini.


2.5 Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving)
Pemikiran kritis didefinisikan sebagai proses pemikiran yang bermula dengan proses menyoal kepada masalah bagi mendapatkan serta mempertingkat pemahaman. Ia melibatkan tiga jenis aktiviti mental iaitu analisis, sintesis dan penilaian. Pemikiran kritis menggalakkan individu menganalisis pernyataan dengan berhati-hati, mencari bukti yang sah serta kukuh sebelum membuat kesimpulan. Pemikiran kritis boleh juga sebagai proses pemikiran secara teliti demi menjelaskan dan memperbaiki kefahaman, dengan erti kata lain pemikiran kritis mendorong individu menguji kebenaran sesuatu perkara. Seseorang yang mempunyai pemikiran kritis ini boleh menyelesaikan masalah dengan cekap. Setiap hari kita dilanda dengan pelbagai masalah, sama ada di tempat kerja, rumah ataupun di sekolah.
Sebagai contoh, kerapkali kita terdengar pelajar yang diberikan kerja seperti projek sejarah, masalah matematik, menulis karangan, mangatakan “Saya tidak tahu” tanpa mencuba. Aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah membawa pelbagai manfaat kepada pemantapan pemikiran kreatif dan inovatif pelajar (Fisher, 1992). Kegiatan penyelesaian masalah tidak hanya menambah penguasaan pengetahuan, memperkukuhkan kemahiran dan melahirkan sikap tertentu, tetapi memberi peluang kepada guru memerhati cara pelajar mendekati masalah, berkomunikasi dan belajar. Bagi menentukan sama ada pelajar memahami sesuatu prinsip atau butir maklumat ialah dengan memberinya masalah untuk diselesaikan. Pada dunia teknologi ini guru boleh mendapat pelbagai idea untuk menyelesaikan masalah dalam pembelajaran. Aktiviti-aktiviti corak bermasalah juga memberi peluang kepada pelajar menunjukkan kebolehannya mengaplikasikan sesuatu prinsip, kaedah atau teori kepada penyelesaian masalah berkenaan.

2.6 Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)
          Kepimpinan memainkan peranan penting ke arah pencetusan organisasi pembelajaran di sekolah. Selain daripada mempunyai latihan, pengalaman, pendedahan dan pengetahuan yang luas dalam bidang pendidikan, seseorang itu perlu mempunyai kepimpinan bagi membawa perubahan sekolah melalui meluaskan kreativiti dan inovasi dalam seluruh aspek pengurusan dan pendidikan organisasi sekolah. Pendidikan abad ke-21 ini mewujudkan kepimpinan diri pasa setiap orang. Pemimpin perlu merangka strategi yang berkesan bagi membawa perubahan dinamik dan menjadikan sekolah sebagai organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif.
Organisasi sekolah perlu mempunyai dan membentuk kepimpinan kolektif bagi memimpin perubahan berasaskan kepada strategi dan pendekatan kreatif dan inovatif dalam pengurusan pendidikan sekolah. Kejayaan dan perkembangan organisasi pembelajaran banyak bergantung kepimpinan yang bersifat kreatif dan inovatif. Pemimpin perlu berpandangan jauh, pemikiran terbuka, serta sedia mendengar pandangan orang lain. Mereka juga perlu mempunyai kewibawaan yang baik dalam mencorakkan berbagai pembaharuan dalam organisasi terutama di sekolah. Dengan ciri-ciri yang ada, mereka boleh mendorong dalam meningkatkan kualiti produk, kualiti intelektual dan kualiti prestasi pelajar. Juga berkeupayaan memotivasikan ahlinya serta dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan ahli yang ada dalam organisasinya.

2.7 Kemahiran interpersonal dan arah kendiri
Kemahiran antara perorangan atau kemahiran interpersonal merujuk kepada algoritma mental dan berkomunikasi yang digunakan semasa komunikasi dan interaksi sosial untuk mencapai kesan atau keputusan tertentu. Konsep asas yang berkaitan dengan komunikasi interpersonal ialah seperti konsep kendiri, sikap, sahsiah, nilai dan matlamat. Ia akan membantu mewujudkan seorang individu yang berkebolehan dan berkeyakinan semasa berinteraksi dengan persekitarannya. Setiap dari kita mesti mempunyai suatu gambaran atau pandangan tentang diri kita sendiri. Gambaran ini disebut konsep kendiri atau imej kendiri. Ia merangkumi gambaran tentang rupa, kesihatan, kebolehan, kelemahan dan tingkah laku kita. Konsep kendiri dibentuk hasil daripada interaksi anda dengan orang lain dan penyesuaian diri anda dengan alam sekitar.
Penyesuaian yang berjaya akan menghasilkan konsep kendiri positif manakala kegagalan akan membawa kepada konsep kendiri negatif. Konsep kendiri seseorang juga dipengaruhi oleh tanggapan orang lain terhadap dirinya. Perlu diingatkan bahawa konsep kendiri hanya akan terbentuk apabila kita berinteraksi dengan seseorang dan penyesuaian diri dengan alam sekitar. Dunia teknologi ini memberi pelbagai kesan langsung untuk kita berinteraksi dengan orang lain dan menyesuaikan diri dari masa ke semasa supaya tidak ketinggalan zaman. Penggunaan teknologi ini menyediakan kemudahan untuk seseorang berbincang atau bertukar-tukar pendapat secara individu atau kumpulan yang mempunyai minat yang sama melalui on-line discussion group atau USENET. Melaui perkhidmatan ini, pengguna boleh menghantar dan menerima maklumat. Mesej akan diterima secara automatik dalam mail box dan begitu juga dengan mesej yang dihantar akan diterima oleh ahli dalam kumpulan itu. Ini juga membantu seseorang itu untuk berkomunikasi dengan orang lain.

2.8 Kemahiran kolaborasi
          Kolaborasi dengan individu yang lain dalam kumpulan penting untuk memupuk kesedaran tanggungjawab demi mencapai matlamat bersama.

2.9 Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and Adaptability)
          Masyarakat hari ini sedang melalui transformasi evolusi sistem kehidupan berasaskan informasi. Perkembangan bidang informasi telah menuntut bukan sahaja maklumat melalui media cetak tetapi melalui media elektronik. Dalam hal ini Malaysia turut tidak ketinggalan. Projek Koridor Raya Multimedia (MSC) telah diumumkan oleh Tun Dr.Mahathir. Teknologi yang canggih seperti ini telah memberi fleksibiliti dan keupayaan bagi menyesuaikan diri.

2.10 Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)
          Revolusi teknologi ini akan menjadikan seseorang itu mempunyai jati diri, mampu mengurus masa dan membuat perancangan mengikut keperluan kendiri dan juga organisasi.

2.10 Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)
Masyarakat akan peka dan prihatin tentang budaya yang berbeza serta hormat dan bersikap toleransi dalam perhubungan sosial antara budaya.

2.11 Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)
Perkembangan pantas dalam bidang teknologi akan mendatangkan kesan yang menyeluruh dan mengkagumkan ke atas masyarakat dunia termasuklah dalam bidang pendidikan. Kemahiran produktiviti dan akauntabiliti juga akan wujud disebabkan teknologi yang kian maju. Akauntabiliti mempunyai hubungan dengan beberapa fenomena termasuk pengadilan dan pembuatan keputusan, penilaian perlaksanaan, perundingan, pengurusan sumber manusia, pengambilan risiko, keselamatan dan motivasi.  Seseorang dapat membuat sesuatu produktiviti yang cekap, canggih, baharu dalam dunia teknologi ini. Pengguna teknologi mempunyai kadar produktiviti yang tinggi dan berintegriti dalam melaksanakan tugasan. Pada masa akan dating teknologi akan memainkan peranan penting dalam bidang kerjaya.


3.0 Pelajar Abad Ke-21
Kurikulum adalah ‘core’ kepada ‘business’ pendidikan. Ia merupakan satu rancangan pendidikan yang membendung segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma serta unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan kepada ahli-ahli dari satu generasi kepada satu generasi lain. Rancangan pendidikan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan individu dan engara. Dalam Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) kedua-dua keperluan dihuraikan seperti berikut :
" Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan murid yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi serta menyemai, menanam dan memupuk nilai-nilai akhlak yang diingini, di samping menyampaikan ilmu pengetahuan. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum itu juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mweujudkan perpaduan yang berpandukan Rukunegara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara. "(Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979)).

Dalam proses menyediakan warganegara Malaysia dengan pendidikan yang lengkap bagi mengisi dua keperluan utama iaitu keperluan individu dan keperluan negara, kurikulum perlu dirancang dan diurus dengan teliti. Ini amat penting untuk menentukan supaya kurikulum ini sesuai dengan keperluan dan berkualiti cemerlang. Pembangunan tenaga manusia dan tenaga rakyat menjelang abad ke 21 tidak terhad kepada penyediaan dan pembekalan tenaga pekerja yang berketrampilan dalam sektor-sektor perindustrian dan perdagangan sahaja. Dalam dunia teknologi ini, pelajar generasi abad ke-21 telah menjadi lebih profesional dan amat memahami tugasan mereka sebagai pelajar. Sementara kaedah pembelajaran tidak lagi tertumpu kepada guru sebagai punca maklumat utama. Mereka mesti mampu mencari maklumat daripada pelbagai sumber.
Namun ada juga sesetengah sekolah mampu melaksanakannya tetapi terdapat sesetengah sekolah masih bergelut dengan soal asas pembelajaran, iaitu kemampuan murid untuk membaca, menulis dan mengira (3M) masih pada peringkat yang mendukacitakan. Perubahan diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat sekarang yang banyak dipengaruhi oleh dunia yang dicorakkan oleh pembangunan teknologi. Pemikiran ini merujuk pada pandangan bahawa pembelajaran patut memanfaatkan teknologi untuk pedagogi terkini yang lebih prihatin kepada ciri-ciri pelajar sekarang. Penekanan perubahan pendidikan yang dimaksudkan mengaitkan kemahiran abad ke-21 dengan peranan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).


Kebanyakan kemahiran abad ke-21 adalah berdasarkan kepada pendedahan terhadap ICT. Jika dahulu, literasi cuma merangkumi membaca, menulis, dan mengira, literasi abad ke-21 melibatkan literasi digital. Guru memainkan peranan utama dalam membimbing pelajar untuk melayari internet, mencari laman sesawang, memilih perisian yang sesuai dan mengumpul serta mengulas maklumat. Dengan bimbingan guru juga kesedaran global pada era digital sepatutnya mudah dicapai dan seharusnya meningkat. Pembelajaran berasaskan projek (project-based learning) adalah satu pendekatan P&P yang boleh memupuk kemahiran tersebut. Topik-topik tertentu dalam mata pelajaran Sejarah dan Sains contohnya boleh diberi sebagai tugasan projek di mana pelajar perlu mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber. Tugasan menerusi pembelajaran berasaskan projek juga menggalakkan komunikasi interaktif.
Pelajar berbincang dan berkongsi maklumat mengenai projek bersama rakan dan guru secara bersemuka atau atas talian menerusi pelbagai alat media sosial seperti e-mel, Facebook, Edmodo atau blog. Sumber terbaik bagi membina kemahiran komunikasi interaktif seperti kemahiran sosial dan peribadi, semangat berpasukan dan kolaborasi adalah menerusi lima bentuk teknologi era digital iaitu mobility (bergerak) seperti telefon pintar, connectivity (penyambungan) seperti WiFi, rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter, enjin carian seperti Google dan Yahoo, dan portal perkongsian maklumat seperti Wikipedia dan YouTube. Sudah wujud di mana para pelajar Cuma belajar di rumah kediaman mereka sahaja (home schooling) dan tidak perlu lagi pergi ke sekolah. Ini semua dapat dilakukan melalui teknologi computer pada abad ke-21. Komputer boleh digunakan oleh seorang pelajar untuk berinteraksi dengan pelajar lain di tempat lain di dunia, melakukan kerja rumah, melihat perpustakaan university, menelaah buku klasik dan sastera melalui fail-fail internet, bekerjasama dalam projek-projek akademik dengan rakan mereka di tempat lain dan bermacam-macam jenis lagi pengajian yang boleh mereka ikuti.


Walaupun teknologi abad ke-21 ini tidak dapat mengganti hubungan guru dengan murid seperti yang wujud sekarang, ianya boleh memberi alternative kepada pendidikan yang lebih menarik, beragam dan kreatif. Penggunaan teknologi dalam proses pengajaran da pembelajaran membolehkan pelajar muat turun bahan-bahan pembelajaran melalui PBK (Pembelajaran Berbantukan Komputer). Ini sekaligus mengubah proses pendidikan yang konvensional dan melahirkan suasana pembelajaran yang konduksif. Pelbagai bahan rujukan dan penyelidikan boleh diperolehi dengan mudah melalui virtual library seperti yang terdapat dalam Pro Quest dan EBSCO Host. Pembelajaran secara pautan ke internet dan link dapat melahirkan tahap kepuasan yang tinggi dalam kalangan pelajar berbanding pembelajaran di bilik darjah. Institusi pendidikan masa kini mempunyai perpustakaan atau pusat sumber yang dilengkapi dengan computer beserta dengan web browser seperti Internet Explorer dan mempunyai akses ke internet bagi kegunaan para pelajar. Ini membolehkan maklumat dapat diakses tanpa memerlukan kemahiran khusus dan semudah mencari maklumat dari sebuah ensaiklopedia. Selain itu, program aplikasi bagi menyalin teks dan animasi termasuk video clip serta mengecilkan saiz fail boleh diperolehi melalui muat turun atau download ke dalam compact disc secara percuma. Tidak hairanlah dengan teknologi terkini yang semakin maju, generasi masa kini (pelajar) dan akan dating boleh melayari web page berteknologi tiga dimensi atau 3D dengan menggunakan perisian Virtual Reality Markup Language (VRML).  Perubahan dramatik dalam dunia pendidikan seperti di atas dapat dilakukan melalui kemajuan pesat dalam dua bidang teknologi iaitu optik gentian (fibre-optics) dan digitalisasi (digitalization).
Kedua-duanya diperlukan untuk jaringan-jaringan (networks) menyalurkan perkhidmatan elektronik ke rumah-rumah, pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah. Digitalisasi bermakna menukar informasi – video, audio atau teks kepada bentuk signal binary yang lebih mudah untuk ditransmisikan, disimpan dan dimanipulasikan. Informasi ini kemudiannya boleh dimampatkan supaya lebih  banyak data dapat dihantar dengan menggunakan kapasiti penghantaran yang telah ditetapkan iaitu bandwidth; 10 rangkaian TV misalnya dapat disalurkan berbanding dengan sebuah rangkaian pada masa yang lepas. Optik gentian sebesar rambut pula boleh membawa 1000 kali lebih banyak maklumat berbanding dengan semua frekuensi radio dikumpulkan bersama; malah boleh menyalurkan berates-ratus rangkaian TV sekaligus ke ruang tamu kita. Pembesaran bandwidth ini membolehkan berlakunya komunikasi dua hala atau “inter-aktiviti”. Teknologi ini membolehkan seseorang pelajar pada abad ke-21 mempelajari sesuatu melalui gerakbalasnya sendiri tanpa perlu bergantung kepada bimbingan gurunya. Malah, ianya membolehkan pelajar menentukan apa, banyak mana, bagaimana dan lama mana dia akan belajar.

Maka para pelajar kita hendaklah dipersiapkan mental mereka untuk menerima pendidikan abad ke-21 ini secara beransur-ansur. Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun mengorak langkah dalam hal ini melalui program pengkomputeran di sekolah-sekolah. Selain daripada itu, Kerajaan juga telah memperkenalkan mata pelajaran kemahiran hidup sebagai satu usaha mewujudkan pelajar celik teknologi di mana mesin dan alat elektronik tidak akan menjadi sesuatu yang asing pada mereka. Para penuntut perlu didedahkan kepada teknologi maklumat ini seluas mungkin supaya mereka tidak menjadi technophobic. Jelas sekali bahawa pembangunan abad ke-21 dalam kalangan pelajar memerlukan perubahan pada pendekatan pendidikan. Perubahan ini boleh berlaku di peringkat sekolah atau bilik darjah.  Walau bagaimanapun, perubahan di peringkat sekolah atau bilik darjah memerlukan kesedaran dan kemahiran dalam kalangan guru dan pentadbir. Program pengurusan perubahan dan kajian semula program latihan guru adalah perkara-perkara asas yang perlu disediakan ke arah pendidikan, persekolahan dan kemahiran abad ke-21.

4.0 Guru Abad Ke-21


Guru merupakan pendidik yang berperanan menyampaikan ilmu bagi membangunkan insan agar selari dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Namun dalam melaksanaka ntugas mengaja di dalam kelas,guru sudah pastinya menghadapi masalah. Profesion perguruan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar serta sistem pendidikan perlu berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara. Falsafah Pendidikan Negara itu sendiri iaitu suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh yang demikian, rumusan dapat dibuat, bahawa yang dimaksudkan dengan kemahiran adab ke-21 (21st Century Skill) ini telahpun disimpulkan di dalam bait-bait falsafah pendidikan itu sendiri. Kemahiran abad ke-21 ini adalah kemahiran-kemahiran yang meliputi kemahiran berkomunikasi, kemahiran 3M (membaca,mengira dan menulis), kemahiran sains dan teknologi, kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan sebagainya.

4.1 Ciri-ciri guru pada abad ke-21
4.1.1 Menguasai pelbagai bidang
Penting bagi seseorang pendidik untuk sentiasa bersedia menguasai ilmu bagi menjadikan diri mereka relevan dan sesuai dengan perubahan yang berlaku. Ini kerana guru yang mempunyai kombinasi beberapa ilmu pelajaran lebih baik berbanding dengan guru yang cuma menjurus kepada satu bidang sahaja. Dalam konteks pengajaran Pendidikan Islam, seseorang guru itu perlu ‘berani’ mencuba sesuatu yang baru seperti menggabungkan pengetahuan Sains (Komputer) dengan Pendidikan Islam (Pendekatan Bersepadu). Sebagai contohnya seorang guru yang mengajar subjek sejarah juga memerlukan ilmu pengajaran dalm subjek lain. Bagi memastikan seseorang pendidik (guru) itu mampu menguasai pelbagai bidang, mereka (guru) hendaklah mengamalkan pembelajaran berterusan supaya guru sentiasa mengikuti perubahan yang berlaku dan menjadikan diri sentiasa bersedia menghadapi pelbagai cabaran. Seorang guru memerlukan ilmu yang pelbagai untuk menjadikan mereka berkebolehan dalam semua bidang yang diceburi dan bidang yang tidak diceburinya.


4.1.2  Mengikuti Perkembangan tentang Dasar dan Isu Pendidikan
Seseorang guru yang berpengetahuan akan sentiasa mengikuti perkembangan yang berlaku khususnya perkembangan tentang dasar serta isu-isu berkaitan dengan pendidikan yang akan memberi impak kepada profesion perguruan serta perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran. Dasar-dasar seperti dasar sains dan teknologi (sekolah berasaskan ICT) perlu diteliti dan difahami bagi membentuk guru yang berwibawa sekali gus membantu kepada melahirkan generasi yang berkualiti dan berkemahiran. Perkembangan tentang isu-isu semasa yang berkaitan dengan dunia pendidikan perlu dikuasai oleh pendidik untuk memastikan profesion perguruan dapat dijalankan dengan lancer melalui proses pengajaran dan pembelajaran.Bagi melahirkan generasi berkualiti seorang pendidik perlulah mempunyai sifat berwibawa dengan memahami dengan dasar-dasar seperti sains dan teknologi(ICT).


4.1.3  Mahir Dalam Pedagogi (Pengajaran&Pembelajaran)
Kekuatan profesion perguruan dalam memastikan hasrat melahirkan generasi berkemahiran abad-21 juga bergantung kepada kecekapan seseorang guru itu menguasai pengetahuan pedagogi. Pengetahuan pedagogi ini bukanlah berdasarkan kepada pengalaman atau pengetahuan ‘lapuk’ tradisional yang mana sistem P&P diamalkan terlalu bergantung kepada guru (teachers-centred).  Bagi melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran abad-21 ini, seseorang guru itu ‘wajib’ mencuba untuk mangadaptasikan pedagogi inovasi teknologi di dalam P&P contohnya pembelajaran berbantukan komputer.



Malah guru-guru bukan sahaja perlu mahir dalam bidang yang mereka ceburi tetapi juga mestilah berkebolehan menggunakan teknologi computer secara kreatif dan inovatif. Perhubungan mereka dengan pelajar-pelajar juga akan bertukar wajah. Selain daripada itu, minda dan sikap perlu disesuaikan dengan cabaran baru dunia informasi. Mereka hendaklah melihat revolusi sistem pendidikan ini sebagai satu peluang untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti pendidikan bukannya sebagai ancaman kepada masa depan karier mereka. Semua ini memerlukan latihan dan latihan semula yang berterusan kerana kemajuan teknologi pada hari ini sentiasa berubah dengan begitu tangkas sekali. Ini kerana pengetahuan dan kebolehan guru mengadaptasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang inovatif akan memberikan kesan positif kepada perkembangan dan pencapaian pelajar.

4.1.4  Menggunakan Teknologi Terkini
Dunia sekarang adalah dunia teknologi. Seorang pendidik juga harus seiring dengan perkembangan dunia teknologi ini untuk membolehkan diri mereka bersedia dalam penguasaan dan penggunaan teknologi  semasa. Selain itu, seseorang guru itu seharusnya mengorak langkah dan mengambil peluang untuk melengkapkan diri dengan ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat dalam pelbagai bidang. Guru akan menjadi pebimbing dan jurulatih untuk membantu para pelajar menggunakan pelbagai perkakasan baru dan perisian-perisian pendidikan yang bakal berada dalam pasaran bagaikan cendawan tumbuh ditimpa hujan.
Para guru akan mengajar murid-murid mereka bagaimana mengurus sumber-sumber teknologi ini dengan bijaksana. Kalau dahulunya guru-guru bergantung kepada buku teks untuk menyebarkan ilmu pengetahuan, pada masa depan mereka sebaliknya akan memilih beraneka jenis perisian pendidikan yang mengajar bahasa, sejarah,geografi dan berbagai-bagai bidang disiplin yang lain. Di kala terdapatnya guru-guru yang mahir dalam mereka coursewares, yang lainya akan menjadi master teachers yang beraksi di skrin sementara majority guru yang lain akan memainkan peranan baru sebagai pengarah pembelajaran (directors of learning) dan penjaga kesejahteraan pelajar ( guardians of children’s well-being). Penggunaan teknologi itu bukan sahaja dijadikan sebagai satu mekanisme di dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi juga bagi menyelesaikan urusan harian.



    Projektor Baharu

4.1.5 Menerapkan nilai-nilai murni(akhlak)
Pendedahan teknologi pendidik juga perlulah selari dengan penerapan nilai-nilai murni. Seorang pendidik perlulah beretika untuk mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara, ia juga penting  dalam menjaga hubungan sesama manusia.

5.0 Bilik Darjah

           
Penggunaan komputer peribadi dan alat-alat teknologi yang berkaitan perlu diperluaskan di segenap lapisan masyarakat untuk memastikan kejayaan rancangan besar ini. Pusat-pusat kemudahan komputer hendaklah dibina di pecan-pekan luar bandar dan sekolah-sekolah pedalaman untuk memenuhi keperluan pelajar yang kurang berada. Dengan cara ini juga, kita bukan sahaja akan dapat mendemokrasikan peluang-peluang pendidikan tetapi juga membudayakan kecintaan kepada ilmu dalam masyarakat Malaysia di segenap peringkat.  Dalam bidang pendidikan, usaha mempertingkatkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran terus dipergiatkan bagi melahirkan generasi yang celik komputer dan sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa. Selaras dengan kesungguhan kerajaan menggalakkan penggunaan komputer dalam bilik darjah semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Masalah kurangnya tumpuan murid di dalam kelas dapat diatasi dengan penggunaan teknologi komputer.
Antara kebaikannnya ialah terdapatnya hubungan interaktif kerana komputer membolehkan wujudnya hubungan diantara rangsangan dengan jawapan. Komputer dapat menggalakkan inspirasi dan meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah dari segi mengeja perkataan suku kata terbuka seperti buku, meja, bola dan mata. Murid menyesuaikan gambar dengan perkataan yang diberi dan pada masa yang sama mereka boleh menyemak jawapan mereka. Kebaikan seterusnya ialah dengan menggunakan komputer akan terdapat pengulangan. Komputer membolehkan murid atau guru mengulangi apabila perlu untuk memperkuatkan lagi pembelajaran dan memperbaiki ingatan. Aktiviti pengulangan amat memerlukan kebebasan daripada para murid (Clements,1995). Antara contoh aktiviti ialah pengulangan menyebut suku kata tertutup seperti bas, dam, gam dan beg.
            Dengan komputer, perisian pendidikan boleh diprogramkan supaya pelajar-pelajar dilibatkan secara aktif dengan cara memilih berbagai menu yang disediakan untuk menjawab soalan-soalan tertentu dan komputer akan bertindak balas dengan memaparkan maklumat yang tertentu berdasarkan apa yang dipilh atau ditaipkan oleh pelajar-pelajar tersebut. Teknologi yang digunakan dalam bilik darjah juga menyebabkan pelajar mengawal sendiri pembelajarannya. Perisian pendidikan yang bermutu tinggi seharusnya membenarkan pelajar mengawal kadar dan aliran pelajaran yang hendak dipelajarinya. Pelajar juga perlulah dibenarkan untuk bermaik dalam bilik darjah dengan sesuatu pemboleh ubah atau ‘parameter’ bagi sesuatu konsep dan melihat kesan perubahan tersebut. Contohnya, pelajar-pelajar dibenarkan untuk mengubah sesuatu nilai pada sesuatu graf dan melihat perubahan kepada graf yang dihasilkan, kesan daripada perunahan nilai tersebut. Ini dikenali juga sebagai simulasi berkomputer


Teknologi pendidikan abad ke-21 ini menarik dan mengekalkan minat terhadap pelajaran terutama dalam bilik darjah. Pendidikan berpandukan teknologi menggabung jalinkan elemen-elemen seperti teks, grafik, animasi, bunyi dan video sebagai rangsangan bagi menarik perhatian dan minat pelajar terhadap isi pelajaran yang disampaikan di dalam bilik darjah. Pendekatan yang berunsur perminan pendidikan pula mampu menggalakkan pelajar untuk terus menggunakan perisian pendidikan itu di samping mengekalkan minat pelajar terhadap isi pelajaran yang dipelajari. Guru juga dapat memberi latihtubi melalui computer ini.
Perisian latihtubi menyediakan kemudahan latihan bagi menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran. Lazimnya pelajar-pelajar menggunakan perisisan ini selepas sesuatu kemahiran atau pengetahuan telah diajarkan terlebih dahulu kepada mereka. Guru juga boleh meminta pelajr-pelajar menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh komputer dan komputer akan menilai serta memberi maklum balas yang sesuai berdasarkan kepada jawapan yang diberikan. Walau bagaimanapun perisian latihtubi mempunyai beberapa batasan tertentu seperti tidak boleh digunakan melebihi 15 minit setiap hari untuk mengelakkan kebosanan; tidak boleh digunakan untuk keseluruhan pengajaran ; dan digunakan setelah penaksiran dilakukan terhadap tahap pencapaian pelajar.


Komputer juga berfungsi sebagai tutorial di dalam bilik darjah sebagai menyampaikan bahan pengajaran baru dalam langkah-langkah kecil yang berurutan. Ia seolah-olah seperti seorang guru yang mengajar seorang pelajar tentang satu tajuk iaitu situasi satu sama satu dengan hanya menggunakan CD-ROM seperti Clip Art Corel Draw, Dangerous Creature, Complete Bird Encyclopedia, Animals Encyclopedia dan Encarta. Perisian tutorial boleh diajar secara langsung oleh komputer setelah guru mendedahkan pelajar kepada bahan pelajaran tersebut. Perisian yang berkesan mempunyai aspek-aspek seperti jumlah maklumat yang disampaikan pada satu sesi yang dihadkan; peluang untuk mengulangkaji maklumat baru; pembetulan dibuat dengan segera; dan mempunyai komponen pengurusan yang mengawasi kemajuan pelajar pada setiap tahap pembelajarn.


Penggunaan ICT dalam bidang pendidikan adalah selaras dengan hasrat Malaysia untuk meningkatkan kualiti pendidkan bertaraf dunia ICT dan penggunaan komputer dalam pengajaran di bilik darjah membolehkan pembangunan pendidikan di negara ini menjadi lebih kompetitif dan dapat bersaing diperingkat antarabangsa. Pendidikan di Malaysia perlu melangkah kehadapan bagi mengantarabangsakan status pendidikannya diperingkat global. Peranan institusi pendidikan bagi meningkatkan kadar celik computer yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran komputer kearah melahirkan masyarakat siber bergantung pada profesion keguruan. Kaedah pengajaran tradisional chalk dan talk perlu diubah untuk disesuaikan dengan kaedah mengajar menggunakan peralatan ICT seperti menggunakan projektor, komputer dan persembahan power point bagi mengatasi masalah pengajaran yang dihadapi di dalam kelas. Walaupun terdapat kelemahan, cabaran serta peluang dalam penggunaan komputer di dalam bilik darjah, seharusnya guru mengambil peluang ini untuk mempertingkatkan lagi kemahiran dalam bidang IT dan seterusnya dapat meningkatkan profesionalisme keguruan.

6.0 Rujukan

a)    Abdullah Hassan & Ainin Mohd. 2005. Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah. Penang : RISB Industry Sdn.Bhd.

b)   Naffi Mat. 2011. Dilema Guru. Kuala Lumpur : Prin-Ad Snd. Bhd.

c)    Naim Haji Ahmad & Zaheril Zainudin.2006. Bicara Media 2.Negeri Sembilan :
Ampang Press Sdn.Bhd.

d)    Richard A.Villa & Jacqueline S.Thousand. 2005. Creating an Inclusive School 2nd Edition. USA.

e)    Wan Liz Ozman Wan Omar. 2000. Mengurus Agenda Abad 21 Cabaran dan Persiapan Dalam Era Globalisasi. Kuala Lumpur : Pencetakan dan Perniagaan Berlian Sdn.Bhd.