1.0 Pendidikan
Abad Ke-21
Dunia pendidikan kita
sebenarnya berada di persimpangan jalan. Ini adalah kerana perubahan pesat yang
sedang berlaku dalam bidang sains dan teknologi sekarang dijangka kan
mencetuskan “krisis” dan dilema besar ke atas rupa-bentuk sistem pendidikan
negara. John Naisbitt pula telah
menghujahkan bahawa penggunaan teknologi komputer dalam pendidikan menjelang
tahun 2000 akan merevolusikan dunia pendidikan secara global. Sektor industri
pendidikan di negara sedang berubah secara dinamis dan dikira akan mengalami
banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21. Abad ke-21 membawa
masyarakat dunia ke satu lagi fasa penganjakan paradigma kehidupan. Ini
meliputi penganjakan daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat
berinformasi; penggunaan teknologi manusia kepada penciptaan teknologi tinggi;
pemusatan kuasa kepada pengagihan kuasa; konsep hierarki kepada konsep
jaringan; ekonomi tempatan kepada ekonomi antarabangsa; dan perancangan jangka pendek kepada perancangan jangka panjang.
Selain itu abad Ke-21
sering dikaitkan dengan era Teknologi Maklumat (IT) yang memungkinkan
kepantasan dan menjumudkan faktor jarak
dan masa. Perkembangan terkini dalam “open sky technology” membawa implikasi
kepada kehidupan manusia sejagat. Seperti yang kita lihat dan rasa, dunia yang
luas pada hakikatnya telah dikecilkan dengan teknologi komunikasi yang canggih
dan pantas. Malaysia, Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam, Filipina, Brunei,
Indonesia, Singapura, East Timor dan Myanmar merupakan negara-negara yang tergolong
dalam asia tenggara. Pada masa kini semua negara sedang barganding bahu untuk
maju dalam semua bidang, terutamanya dalam bidang pendidikan. Matlamat
menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau asia dan juga di peringkat
antarabangsa pada abad ke 21 ini nanti memerlukan negara ini meningkatkan
kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia atau memperolehi
status "Pendidikan bertaraf dunia ".
Pendidikan bertaraf dunia
menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis pendidikan negara,
khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan
kredentialiti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia.
Dilihat dari perspektif yang luas, ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ bermaksud
kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor
pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamis, iaitu pembangunan tenaga manusia, kepesatan
pertumbuhan ekonomi, pembaikan taraf dan kualiti kebajikan social, pemodenan
dan reformasi sosial masyarakat, kecemerlangan budaya fikir dan intelektual,
pembangunan teknologi dan sains dan kejayaan meningkatkan kadar celik huruf
yang tinggi dalam kalangan masyarakat. ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ merupakan
satu komitmen dan usaha Kementerian Pendidikan bagi memperbaiki kualiti
pendidikan negara supaya ia dapat ditingkatkan kepada satu standard yang tinggi
dan mampu menyaingi negara maju yang lain.
Sebagai sebuah negara
yang berkembang pesat dalam berbagai aspek pembangunan, sektor pendidikan perlu
berkembang dan mengalami perubahan anjakan paradigma yang dapat merintiskan
alaf baru dalam segala aspek. Ianya juga merupakan satu langkah penting bagi
mengangkat martabat dan status Malaysia dalam dunia pendidikan di peringkat
antarabangsa. Sehubungan dengan itu, perkembangan yang pesat dalam teknologi
komunikasi dan arus globalisasi ini telah mempengaruhi sistem komunikasi
global. Pendidikan abad ke 21 merupakan pendidikan yang berteraskan kepada
teknologi maklumat dan komunikasi. Ia diperlukan untuk memenuhi keperluan
masyarakat sekarang yang banyak dipengaruhi oleh dunia yang dicorakkan oleh
pembangunan teknologi seiring dengan perkembangan negara yang semakin pesat
membangun. Perubahan ini boleh berlaku di peringkat sekolah atau bilik
darjah. Walau bagaimanapun, perubahan di
peringkat sekolah atau bilik darjah memerlukan kesedaran dan kemahiran di
kalangan guru mahupun pihak pentadbir. Program pengurusan perubahan dan kajian
semula latihan guru adalah perkara-perkara asas yang perlu disediakan ke arah
pendidikan abad ke-21 bagi mewujudkan pendidikan bertaraf dunia seiring dengan
kemajuan pendidikan di negara-negara maju yang lain. Dunia abad ke-21 ini
adalah satu dunia yang baharu. Dunia pada masa kini bukan lagi terkenal.
Tambahan pula kemajuan dan bidang komunikasi ini juga telah memberikan pengaruh
yang besar kepada keadaan sosial, pentadbiran, perubatan, hubungan
antarabangsa, pengangkutan dan sebagainya tidak terkecuali bidang pendidikan
yang menjadi teras kepada perubahan abad ke-21 ini.
Kesan globalisasi
terhadap sektor pendidikan sangat ketara di negara-negara maju seperti Amerika
Syarikat, United Kingdom, Jepun, Australia, New Zealand, Jerman dan Rusia. Ini
dapat dilihat dengan pertambahan pelajar luar negara yang belajar di institut
pengajian tinggi negara-negara tersebut. Di Malaysia, Pendidikan Tertiari
menunjukkan fenomena yang sama dimana pada setiap tahun universiti-universiti
tempatan di negara kita menerima pelajar-pelajar luar dari seberang laut semakin
meningkat. Selanjutnya, dunia pada abad ke-21 menikmati sektor teknologi maklumat
dan komunikasi dalam bidang pendidikan. Di negara Malaysia, kita terus
berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran yang perlu dilihat dengan rasa
tanggungjawab oleh semua pihak. Apabila sesebuah negara meningkat dalam dunia
globalisasi ini, pada masa yang sama juga terdapat barbagai-bagai isu-isu dan
cabaran akan timbul. Apakah isu yang akan berlaku, bagaimana ianya berlaku,
apakah kesannya kepada system pendidikan negara, bagaimanakah kita menangani
perkembangan ini, dan apakah fungsi masa depan system pendidikan di Malaysia
dalam era teknologi maklumat abad ke-21 yang akan dating? Isu-isu di atas
sangatlah kritikal kerana apa yang sedang berlaku sekarang dan akan terjadi pada
masa depan akan mewarnai corak generasi Malaysia yang sedang dibentuk pada hari
ini.
2.0 Kemahiran
Abad Ke-21
Alvin Toffler (The Third Wave, 1980),
dunia sekarang berada dalam Gelombang Ketiga
dalam
pembangunan tamadun manusia selepas melalui Revolusi Pertanian (Gelombong
Pertama) dan Revolusi Industri (Gelombong Kedua). Salah satu perkembangan utama
dalam Gelombong Ketiga ini ialah berlakunya ledakan informasi yang
melimpah-ruah sehinggakan manusia sukar hendak menghadapinya. Dunia teknologi
yang wujud pada abad ke-21 ini, dapat mengajar apa sahaja kepada sesiapa pun
pada bila-bila masa (teach anyone any
thing at any time). Kanak-kanak dan juga orang dewasa akan dapat menekan
butang TV atau komputer peribadi (PC) di rumah mereka untuk mempelajari apa
sahaja yang mereka ingin ketahu, pada bila-bila masa yang sesuai untuk mereka.
Malah program komputer ini boleh mengajar seseorang dari peringkat ke peringkat
sehinggalah dia boleh menguasai sesuatu mata pelajaran tersebut. Dengan kata
lain, perkembangan teknologi ini mengikut Diane Ravitch, sejarawan pendidikan
dan fellow di Brooking Institution, Washington D.C dalam majalah The Economist
(16 September 1993) akan memberi cabaran besar kepada idea dimana pembelajaran
dijalankan di tempat yang khusus untuk jangka waktu yang tertentu dan bagi
beberapa haridalam seminggu atau setahun seperti yang diamalkan sekarang. Ramai
orang boleh mendapat pelbagai kemahiran pada abad ke-21. Antaranya;
2.1 Kemahiran Kreativiti dan Inovasi
(Creativity and Innovation)
Teknologi
boleh mencetuskan perkembangan dinamik kreativiti dan inovasi. Teknologi bukan
sahaja suatu alat tetapi boleh mempengaruhi sistem pengurusan yang lebih
efisien dan kreatif. Pengurusan teknologi maklumat dan penggunaan teknologi
komunikasi maklumat (ICT) dapat membina imej baru organisasi inovatif. Ia juga
menjadikan organisasi pendidikan dan pembelajaran sekolah lebih berdaya saing
dan menjadi lebih produktif. Penggunaan teknologi maklumat dan ICT menjadikan
pengurusan lebih canggih dan moden. Revolusi maklumat dan perubaha teknologi
memberi kesan yang positif kepada inovasi perubahan pengurusan organisasi
pembelajaran, khususnya sekolah. Bagaimanapun penggunaan teknologi sering kali
menimbulkan masalah dari segi kesan efektif, pembiayaan, penjagaan, dan
kewangan. Masalah kekurangan infrastruktur pembelajaran dan teknologi boleh
dilihat sebagai penghalang kepada kreativiti dan inovasi teknologi maklumat
yang perlu disebarkan melalui sistem persekolahan. Usaha bagi meningkatkan
masyarakat celik teknologi maklumat juga belum begitu tercapai disebabkan
jurang perbezaan kemudahan teknologi yang wujud antara sekolah-sekolah,
terutama antara sekolah luar bandar yang begitu ketinggalan dengan sekolah
bandar yang lebih terdedah dengan kemudahan ini.
Teknologi
maklumat telah banyak digunakan dalam organisasi khasnya dalam dunia
pendidikan. Inovasi organisasi banyak dipengaruhi oleh penggunaan teknologi
maklumat dalam dunia pendidikan. Organisasi dan individu yang menolak inovasi
ini akan ketinggalan. Persoalan yang timbul ialah bagaimana Teknologi Maklumat
dapat menangani dan membantu inovasi sesebuah organisasi. Teknologi maklumat
ialah pemangkin atau alat inovasi dalam sesebuah organisasi. Faktor ilmu dan
pembelajaran merupakan penyumbang kepada Teknologi Maklumat memainkan peranan
sebagai mengurus, inovasi dan melaksanakan perubahan. Ahli-ahli sejarah
berpandangan bahawa sesuatu tamadun itu akan melalui beberapa fasa perubahan,
asimilasi, dan diversifakasi.
Sardar
(1979) berpendapat bahawa kekuatan dan kelemahan diadili oleh kebolehan atau
ketidakbolehan mengubahsuai kepada persekitaran yang berubah, dan dalam masa
yang sama tidak kehilangan identiti dan parameter asal. Abdul Aziz Yusof (2000)
pula menyatakan organisasi merupakan satu entiti yang memerlukan perubahan bagi
membolehkannya untuk terus hidup, membangun, dan berkembang. Kegagalannya
melakukan atau bertindak terhadap perubahan akan menyebabkannya menempah
kegagalan dan yang pasti akan memendekkan jangka hayat kewujudannya. Melakukan
perubahan juga di anggap sebagai menempuh ketidakpastian serta akan mendedahkan
organisasi kepada pelbagai risiko Selaras
dengan perkembangan teknologi, Kementerian Pendidikan telah membuat beberapa
inovasi dalam organisasi pendidikan.
Di
awal-awal inovasi, Kementerian Pendidikan telah membekalkan peralatan
pendidikan berasaskan teknologi seperti radio, televisyen, overhead projektor
ke sekolah bagi tujuan membantu proses pengajaran dan pembelajaran guru dan
pelajar. Pihak kementerian juga menyediakan rancangan pendidikan untuk
disiarkan ke sekolah rendah dan menengah melalui Radio dan TV Pendidikan.
Bermula pada tahun 2000, penyiaran rancangan pendidikan melalui TV
dipertingkatkan dan diperluas ke sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman
dengan menggunakan teknologi satelit. Pada awal tahun 1990-an, KPM telah
melaksanakan beberapa projek pendidikan yang berasaskan ICT dan pembekalan
komputer sebagai aktiviti utama dalam penyediaan infrastruktur ICT. Jadi jelas
menunjukkan ciri-ciri kreatif dan inovatif bukan sahaja wujud pada seseorang
individu sahaja tetapi ia berkait rapat dengan penyumbang atau faktor-faktor
lain seperti, pembangunan dan perkembangan sesebuah organisasi khasnya
organisasi pendidikan teknologi.
2.2 Kemahiran literasi maklumat (Literacy
Information)
Kemunculan era Teknologi Makluamat dan
Komunikasi di Malaysia memberi kesan langsung terhadap sistem pendidikan.
Perkembangan dunia pendidikan yang selari dengan kemajuan teknologi menjadi
salah satu agen pemangkin bagi menongkah arus pembudayaan sains dan teknologi
bagi melahir dan membentuk masyarakat yang berkebolehan dan berkemampuan
selaran dengan visi dan misi negara. Kita harus menyedari bahawa proses
pendidikan menjelang abad ke-21 akan mengalami satu transformasi maklumat yang
efisien dan kompleks. Kita tidak dapat lari dari mendedahkan para pelajar kepada ICT kerana
ledakannya berlaku dengan pesat di seluruh dunia. ICT pada masa kini memberi
kemahiran literasi maklumat, media dan komunikasi kepada setiap orang untuk
maju dalam kehidupannya.
Literasi
maklumat adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu
yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam
apa jua format serta menggunakan maklumat tersebut secara aktif. Ia juga boleh
didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi
membantu membuat pemilihan dan penyelesaian masalah secara efektif. Doyle
(1992) mendefinasikan literasi maklumat sebagai satu kebolehan untuk mengekses,
menilai dan mengunakan maklumat dari pelbagai sumber. Bahagian Teknologi
Pendidikan (2002) pula mendefinasikan literasi maklumat sebagai “keupayaan
untuk mengkakses dan menilai maklumat bagi membuat pemilihan dan menyelesaikan
permasalahan secara efektif.” Maklumat-maklumat seperti berita semasa khususnya
yang berkaitan dengan bidang pendidikan boleh diakses melalui Web Page, World
Wide Web (WWW) atau Gopher.
2.3 Kemahiran komunikasi
(Communication)
Kemahiran
komunikasi dapat mendorong perkembangan dan kemajuan organisasi pembelajaran. Teknologi
pendidikan abad ke-21 ini juga menyebabkan pertukaran pemikiran dan idea
menerusi lisan dan tulisan. Komunikasi terbuka membolehkan maklumat diperoleh
dengan mudah tanpa banyak halangan birokrasi. Maklumat yang diperoleh dari teknologi
pada masa kini dan luar organisasi dapat digunakan untuk membantu perkembangan
kreativiti dan inovasi serta meningkatkan produktiviti dan kreativiti di
kalangan pelajar. Maklumat yang diperoleh bukan sahaja mengalir daripada atas
ke bawah tetapi juga dari bawah ke atas. Ia juga dapat menggalakkan pencarian
fakta dan maklumat terkini berhubung perkembangan organisasi. Maklumat yang
pantas dan terkini boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat bagi menangani berbagai
perkembangan organisasi pembelajaran.
2.4 Kemahiran media
Kemahiran
media ialah alat yang digunakan untuk menyalurkan sesuatu ilmu pengetahuan atau
kemahiran dari satu sumber maklumat kepada penerima. Penyampai atau pembawa
maklumat antara punca dengan penerima seperti filem, video, radio, gambar, risalah,
poster dan sebagainya (Heinich,1985). Media juga membawa maksud sebagai
peralatan atau perkakasan dan bahan (perisian) media yang telah dikenalpasti
(dipilih), dibina atau dipinda untuk menyokong atau mengendalikan sendiri
proses pengajaran dan pembelajaran (Yusup,1992). Media juga ditakrifkan sebagai
penggabungan teks atau tulisan dengan sekurang-kurangnya mengandungi salah satu
dari media-media seperti bunyi, video, grafik 3D, gambar foto dan animasi.
Dengan penggunaan teknologi kini seseorang boleh mempelbagaikan media pada masa
kini.
2.5 Pemikiran kritis dan Penyelesaian
Masalah (Critical Thinking and Problem Solving)
Pemikiran
kritis didefinisikan sebagai proses pemikiran yang bermula dengan proses
menyoal kepada masalah bagi mendapatkan serta mempertingkat pemahaman. Ia
melibatkan tiga jenis aktiviti mental iaitu analisis, sintesis dan penilaian.
Pemikiran kritis menggalakkan individu menganalisis pernyataan dengan berhati-hati,
mencari bukti yang sah serta kukuh sebelum membuat kesimpulan. Pemikiran kritis
boleh juga sebagai proses pemikiran secara teliti demi menjelaskan dan
memperbaiki kefahaman, dengan erti kata lain pemikiran kritis mendorong
individu menguji kebenaran sesuatu perkara. Seseorang yang mempunyai pemikiran
kritis ini boleh menyelesaikan masalah dengan cekap. Setiap hari kita dilanda
dengan pelbagai masalah, sama ada di tempat kerja, rumah ataupun di sekolah.
Sebagai
contoh, kerapkali kita terdengar pelajar yang diberikan kerja seperti projek
sejarah, masalah matematik, menulis karangan, mangatakan “Saya tidak tahu”
tanpa mencuba. Aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah membawa pelbagai manfaat
kepada pemantapan pemikiran kreatif dan inovatif pelajar (Fisher, 1992). Kegiatan
penyelesaian masalah tidak hanya menambah penguasaan pengetahuan,
memperkukuhkan kemahiran dan melahirkan sikap tertentu, tetapi memberi peluang
kepada guru memerhati cara pelajar mendekati masalah, berkomunikasi dan
belajar. Bagi menentukan sama ada pelajar memahami sesuatu prinsip atau butir
maklumat ialah dengan memberinya masalah untuk diselesaikan. Pada dunia
teknologi ini guru boleh mendapat pelbagai idea untuk menyelesaikan masalah
dalam pembelajaran. Aktiviti-aktiviti corak bermasalah juga memberi peluang
kepada pelajar menunjukkan kebolehannya mengaplikasikan sesuatu prinsip, kaedah
atau teori kepada penyelesaian masalah berkenaan.
2.6 Kepimpinan dan Tanggungjawab
(Leadership and Responsibility)
Kepimpinan memainkan peranan penting
ke arah pencetusan organisasi pembelajaran di sekolah. Selain daripada
mempunyai latihan, pengalaman, pendedahan dan pengetahuan yang luas dalam
bidang pendidikan, seseorang itu perlu mempunyai kepimpinan bagi membawa
perubahan sekolah melalui meluaskan kreativiti dan inovasi dalam seluruh aspek
pengurusan dan pendidikan organisasi sekolah. Pendidikan abad ke-21 ini
mewujudkan kepimpinan diri pasa setiap orang. Pemimpin perlu merangka strategi
yang berkesan bagi membawa perubahan dinamik dan menjadikan sekolah sebagai
organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif.
Organisasi
sekolah perlu mempunyai dan membentuk kepimpinan kolektif bagi memimpin
perubahan berasaskan kepada strategi dan pendekatan kreatif dan inovatif dalam
pengurusan pendidikan sekolah. Kejayaan dan perkembangan organisasi
pembelajaran banyak bergantung kepimpinan yang bersifat kreatif dan inovatif.
Pemimpin perlu berpandangan jauh, pemikiran terbuka, serta sedia mendengar
pandangan orang lain. Mereka juga perlu mempunyai kewibawaan yang baik dalam
mencorakkan berbagai pembaharuan dalam organisasi terutama di sekolah. Dengan
ciri-ciri yang ada, mereka boleh mendorong dalam meningkatkan kualiti produk,
kualiti intelektual dan kualiti prestasi pelajar. Juga berkeupayaan memotivasikan
ahlinya serta dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan ahli yang ada dalam
organisasinya.
2.7 Kemahiran interpersonal dan arah
kendiri
Kemahiran
antara perorangan atau kemahiran interpersonal merujuk kepada algoritma mental
dan berkomunikasi yang digunakan semasa komunikasi dan interaksi sosial untuk
mencapai kesan atau keputusan tertentu. Konsep asas yang berkaitan dengan
komunikasi interpersonal ialah seperti konsep kendiri, sikap, sahsiah, nilai
dan matlamat. Ia akan membantu mewujudkan seorang individu yang berkebolehan
dan berkeyakinan semasa berinteraksi dengan persekitarannya. Setiap dari kita mesti mempunyai
suatu gambaran atau pandangan tentang diri kita sendiri. Gambaran ini disebut
konsep kendiri atau imej kendiri. Ia merangkumi gambaran tentang rupa,
kesihatan, kebolehan, kelemahan dan tingkah laku kita. Konsep kendiri dibentuk
hasil daripada interaksi anda dengan orang lain dan penyesuaian diri anda
dengan alam sekitar.
Penyesuaian
yang berjaya akan menghasilkan konsep kendiri positif manakala kegagalan akan
membawa kepada konsep kendiri negatif. Konsep kendiri seseorang juga
dipengaruhi oleh tanggapan orang lain terhadap dirinya. Perlu diingatkan bahawa
konsep kendiri hanya akan terbentuk apabila kita berinteraksi dengan seseorang
dan penyesuaian diri dengan alam sekitar. Dunia teknologi ini memberi pelbagai
kesan langsung untuk kita berinteraksi dengan orang lain dan menyesuaikan diri
dari masa ke semasa supaya tidak ketinggalan zaman. Penggunaan teknologi ini
menyediakan kemudahan untuk seseorang berbincang atau bertukar-tukar pendapat
secara individu atau kumpulan yang mempunyai minat yang sama melalui on-line
discussion group atau USENET. Melaui perkhidmatan ini, pengguna boleh
menghantar dan menerima maklumat. Mesej akan diterima secara automatik dalam
mail box dan begitu juga dengan mesej yang dihantar akan diterima oleh ahli
dalam kumpulan itu. Ini juga membantu seseorang itu untuk berkomunikasi dengan
orang lain.
2.8 Kemahiran kolaborasi
Kolaborasi dengan individu yang lain
dalam kumpulan penting untuk memupuk kesedaran tanggungjawab demi mencapai
matlamat bersama.
2.9 Fleksibiliti dan mempunyai
keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and Adaptability)
Masyarakat hari ini sedang melalui
transformasi evolusi sistem kehidupan berasaskan informasi. Perkembangan bidang
informasi telah menuntut bukan sahaja maklumat melalui media cetak tetapi
melalui media elektronik. Dalam hal ini Malaysia turut tidak ketinggalan.
Projek Koridor Raya Multimedia (MSC) telah diumumkan oleh Tun Dr.Mahathir.
Teknologi yang canggih seperti ini telah memberi fleksibiliti dan keupayaan
bagi menyesuaikan diri.
2.10 Berinisiatif dan Mempunyai
Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)
Revolusi teknologi ini akan menjadikan
seseorang itu mempunyai jati diri, mampu mengurus masa dan membuat perancangan
mengikut keperluan kendiri dan juga organisasi.
2.10 Kemahiran Sosial dan
Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)
Masyarakat
akan peka dan prihatin tentang budaya yang berbeza serta hormat dan bersikap toleransi
dalam perhubungan sosial antara budaya.
2.11 Produktiviti dan Akauntabiliti
(Productivity and Accountability)
Perkembangan
pantas dalam bidang teknologi akan mendatangkan kesan yang menyeluruh dan
mengkagumkan ke atas masyarakat dunia termasuklah dalam bidang pendidikan.
Kemahiran produktiviti dan akauntabiliti juga akan wujud disebabkan teknologi
yang kian maju. Akauntabiliti mempunyai hubungan dengan beberapa fenomena
termasuk pengadilan dan pembuatan keputusan, penilaian perlaksanaan, perundingan,
pengurusan sumber manusia, pengambilan risiko, keselamatan dan motivasi. Seseorang dapat membuat sesuatu produktiviti
yang cekap, canggih, baharu dalam dunia teknologi ini. Pengguna teknologi mempunyai
kadar produktiviti yang tinggi dan berintegriti dalam melaksanakan tugasan.
Pada masa akan dating teknologi akan memainkan peranan penting dalam bidang
kerjaya.
3.0 Pelajar
Abad Ke-21
Kurikulum
adalah ‘core’ kepada ‘business’ pendidikan. Ia merupakan satu rancangan
pendidikan yang membendung segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma
serta unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat
untuk diwariskan kepada ahli-ahli dari satu generasi kepada satu generasi lain.
Rancangan pendidikan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan individu dan
engara. Dalam Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979)
kedua-dua keperluan dihuraikan seperti berikut :
" Peranan kurikulum dalam
pendidikan adalah untuk membina perkembangan murid yang lengkap dari segi
jasmani, rohani, akal dan emosi serta menyemai, menanam dan memupuk nilai-nilai
akhlak yang diingini, di samping menyampaikan ilmu pengetahuan. Dalam konteks
negara Malaysia, kurikulum itu juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang
mendokong cita-cita negara dalam mweujudkan perpaduan yang berpandukan
Rukunegara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan
negara. "(Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979)).
Dalam
proses menyediakan warganegara Malaysia dengan pendidikan yang lengkap bagi
mengisi dua keperluan utama iaitu keperluan individu dan keperluan negara,
kurikulum perlu dirancang dan diurus dengan teliti. Ini amat penting untuk
menentukan supaya kurikulum ini sesuai dengan keperluan dan berkualiti cemerlang.
Pembangunan tenaga manusia dan tenaga rakyat menjelang abad ke 21 tidak terhad
kepada penyediaan dan pembekalan tenaga pekerja yang berketrampilan dalam
sektor-sektor perindustrian dan perdagangan sahaja. Dalam dunia teknologi ini,
pelajar generasi abad ke-21 telah menjadi lebih profesional dan amat memahami
tugasan mereka sebagai pelajar. Sementara kaedah pembelajaran tidak lagi
tertumpu kepada guru sebagai punca maklumat utama. Mereka mesti mampu mencari
maklumat daripada pelbagai sumber.
Namun
ada juga sesetengah sekolah mampu melaksanakannya tetapi terdapat sesetengah
sekolah masih bergelut dengan soal asas pembelajaran, iaitu kemampuan murid
untuk membaca, menulis dan mengira (3M) masih pada peringkat yang
mendukacitakan. Perubahan diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat
sekarang yang banyak dipengaruhi oleh dunia yang dicorakkan oleh pembangunan
teknologi. Pemikiran ini merujuk pada pandangan bahawa pembelajaran patut
memanfaatkan teknologi untuk pedagogi terkini yang lebih prihatin kepada
ciri-ciri pelajar sekarang. Penekanan perubahan pendidikan yang dimaksudkan
mengaitkan kemahiran abad ke-21 dengan peranan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT).
Kebanyakan
kemahiran abad ke-21 adalah berdasarkan kepada pendedahan terhadap ICT. Jika
dahulu, literasi cuma merangkumi membaca, menulis, dan mengira, literasi abad
ke-21 melibatkan literasi digital. Guru memainkan peranan utama dalam
membimbing pelajar untuk melayari internet, mencari laman sesawang, memilih
perisian yang sesuai dan mengumpul serta mengulas maklumat. Dengan bimbingan
guru juga kesedaran global pada era digital sepatutnya mudah dicapai dan
seharusnya meningkat. Pembelajaran berasaskan projek (project-based learning)
adalah satu pendekatan P&P yang boleh memupuk kemahiran tersebut.
Topik-topik tertentu dalam mata pelajaran Sejarah dan Sains contohnya boleh
diberi sebagai tugasan projek di mana pelajar perlu mendapatkan maklumat
daripada pelbagai sumber. Tugasan menerusi pembelajaran berasaskan projek juga
menggalakkan komunikasi interaktif.
Pelajar
berbincang dan berkongsi maklumat mengenai projek bersama rakan dan guru secara
bersemuka atau atas talian menerusi pelbagai alat media sosial seperti e-mel,
Facebook, Edmodo atau blog. Sumber terbaik bagi membina kemahiran komunikasi
interaktif seperti kemahiran sosial dan peribadi, semangat berpasukan dan
kolaborasi adalah menerusi lima bentuk teknologi era digital iaitu mobility
(bergerak) seperti telefon pintar, connectivity (penyambungan) seperti WiFi,
rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter, enjin carian seperti Google dan
Yahoo, dan portal perkongsian maklumat seperti Wikipedia dan YouTube. Sudah
wujud di mana para pelajar Cuma belajar di rumah kediaman mereka sahaja (home
schooling) dan tidak perlu lagi pergi ke sekolah. Ini semua dapat dilakukan
melalui teknologi computer pada abad ke-21. Komputer boleh digunakan oleh
seorang pelajar untuk berinteraksi dengan pelajar lain di tempat lain di dunia,
melakukan kerja rumah, melihat perpustakaan university, menelaah buku klasik
dan sastera melalui fail-fail internet, bekerjasama dalam projek-projek
akademik dengan rakan mereka di tempat lain dan bermacam-macam jenis lagi
pengajian yang boleh mereka ikuti.
Walaupun
teknologi abad ke-21 ini tidak dapat mengganti hubungan guru dengan murid
seperti yang wujud sekarang, ianya boleh memberi alternative kepada pendidikan
yang lebih menarik, beragam dan kreatif. Penggunaan teknologi dalam proses
pengajaran da pembelajaran membolehkan pelajar muat turun bahan-bahan pembelajaran
melalui PBK (Pembelajaran Berbantukan Komputer). Ini sekaligus mengubah proses
pendidikan yang konvensional dan melahirkan suasana pembelajaran yang
konduksif. Pelbagai bahan rujukan dan penyelidikan boleh diperolehi dengan
mudah melalui virtual library seperti yang terdapat dalam Pro Quest dan EBSCO
Host. Pembelajaran secara pautan ke internet dan link dapat melahirkan tahap
kepuasan yang tinggi dalam kalangan pelajar berbanding pembelajaran di bilik
darjah. Institusi pendidikan masa kini mempunyai perpustakaan atau pusat sumber
yang dilengkapi dengan computer beserta dengan web browser seperti Internet
Explorer dan mempunyai akses ke internet bagi kegunaan para pelajar. Ini
membolehkan maklumat dapat diakses tanpa memerlukan kemahiran khusus dan
semudah mencari maklumat dari sebuah ensaiklopedia. Selain itu, program
aplikasi bagi menyalin teks dan animasi termasuk video clip serta mengecilkan
saiz fail boleh diperolehi melalui muat turun atau download ke dalam compact
disc secara percuma. Tidak hairanlah dengan teknologi terkini yang semakin
maju, generasi masa kini (pelajar) dan akan dating boleh melayari web page
berteknologi tiga dimensi atau 3D dengan menggunakan perisian Virtual Reality
Markup Language (VRML). Perubahan
dramatik dalam dunia pendidikan seperti di atas dapat dilakukan melalui
kemajuan pesat dalam dua bidang teknologi iaitu optik gentian (fibre-optics)
dan digitalisasi (digitalization).
Kedua-duanya
diperlukan untuk jaringan-jaringan (networks) menyalurkan perkhidmatan elektronik
ke rumah-rumah, pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah. Digitalisasi bermakna
menukar informasi – video, audio atau teks kepada bentuk signal binary yang
lebih mudah untuk ditransmisikan, disimpan dan dimanipulasikan. Informasi ini
kemudiannya boleh dimampatkan supaya lebih
banyak data dapat dihantar dengan menggunakan kapasiti penghantaran yang
telah ditetapkan iaitu bandwidth; 10 rangkaian TV misalnya dapat disalurkan
berbanding dengan sebuah rangkaian pada masa yang lepas. Optik gentian sebesar
rambut pula boleh membawa 1000 kali lebih banyak maklumat berbanding dengan
semua frekuensi radio dikumpulkan bersama; malah boleh menyalurkan
berates-ratus rangkaian TV sekaligus ke ruang tamu kita. Pembesaran bandwidth
ini membolehkan berlakunya komunikasi dua hala atau “inter-aktiviti”. Teknologi
ini membolehkan seseorang pelajar pada abad ke-21 mempelajari sesuatu melalui
gerakbalasnya sendiri tanpa perlu bergantung kepada bimbingan gurunya. Malah,
ianya membolehkan pelajar menentukan apa, banyak mana, bagaimana dan lama mana
dia akan belajar.
Maka
para pelajar kita hendaklah dipersiapkan mental mereka untuk menerima
pendidikan abad ke-21 ini secara beransur-ansur. Kementerian Pendidikan
Malaysia telah pun mengorak langkah dalam hal ini melalui program
pengkomputeran di sekolah-sekolah. Selain daripada itu, Kerajaan juga telah
memperkenalkan mata pelajaran kemahiran hidup sebagai satu usaha mewujudkan
pelajar celik teknologi di mana mesin dan alat elektronik tidak akan menjadi
sesuatu yang asing pada mereka. Para penuntut perlu didedahkan kepada teknologi
maklumat ini seluas mungkin supaya mereka tidak menjadi technophobic. Jelas sekali bahawa pembangunan abad ke-21 dalam
kalangan pelajar memerlukan perubahan pada pendekatan pendidikan. Perubahan ini
boleh berlaku di peringkat sekolah atau bilik darjah. Walau bagaimanapun, perubahan di peringkat
sekolah atau bilik darjah memerlukan kesedaran dan kemahiran dalam kalangan
guru dan pentadbir. Program pengurusan perubahan dan kajian semula program latihan
guru adalah perkara-perkara asas yang perlu disediakan ke arah pendidikan,
persekolahan dan kemahiran abad ke-21.
4.0 Guru
Abad Ke-21
Guru
merupakan pendidik yang berperanan menyampaikan ilmu bagi membangunkan insan agar
selari dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Namun dalam melaksanaka
ntugas mengaja di dalam kelas,guru sudah pastinya menghadapi masalah. Profesion
perguruan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar serta sistem
pendidikan perlu berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara. Falsafah
Pendidikan Negara itu sendiri iaitu suatu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani. Oleh yang demikian, rumusan dapat dibuat, bahawa yang dimaksudkan
dengan kemahiran adab ke-21 (21st Century Skill) ini telahpun disimpulkan di
dalam bait-bait falsafah pendidikan itu sendiri. Kemahiran abad ke-21 ini
adalah kemahiran-kemahiran yang meliputi kemahiran berkomunikasi, kemahiran 3M
(membaca,mengira dan menulis), kemahiran sains dan teknologi, kemahiran
interpersonal dan intrapersonal dan sebagainya.
4.1 Ciri-ciri guru pada abad ke-21
4.1.1 Menguasai pelbagai bidang
Penting
bagi seseorang pendidik untuk sentiasa bersedia menguasai ilmu bagi menjadikan
diri mereka relevan dan sesuai dengan perubahan yang berlaku. Ini kerana guru
yang mempunyai kombinasi beberapa ilmu pelajaran lebih baik berbanding dengan
guru yang cuma menjurus kepada satu bidang sahaja. Dalam konteks pengajaran
Pendidikan Islam, seseorang guru itu perlu ‘berani’ mencuba sesuatu yang baru
seperti menggabungkan pengetahuan Sains (Komputer) dengan Pendidikan Islam
(Pendekatan Bersepadu). Sebagai contohnya seorang guru yang mengajar subjek
sejarah juga memerlukan ilmu pengajaran dalm subjek lain. Bagi memastikan
seseorang pendidik (guru) itu mampu menguasai pelbagai bidang, mereka (guru)
hendaklah mengamalkan pembelajaran berterusan supaya guru sentiasa mengikuti
perubahan yang berlaku dan menjadikan diri sentiasa bersedia menghadapi
pelbagai cabaran. Seorang guru memerlukan ilmu yang pelbagai untuk menjadikan
mereka berkebolehan dalam semua bidang yang diceburi dan bidang yang tidak
diceburinya.
4.1.2 Mengikuti Perkembangan tentang Dasar
dan Isu Pendidikan
Seseorang
guru yang berpengetahuan akan sentiasa mengikuti perkembangan yang berlaku
khususnya perkembangan tentang dasar serta isu-isu berkaitan dengan pendidikan
yang akan memberi impak kepada profesion perguruan serta perjalanan proses
pengajaran dan pembelajaran. Dasar-dasar seperti dasar sains dan teknologi
(sekolah berasaskan ICT) perlu diteliti dan difahami bagi membentuk guru yang
berwibawa sekali gus membantu kepada melahirkan generasi yang berkualiti dan
berkemahiran. Perkembangan tentang isu-isu semasa yang berkaitan dengan dunia
pendidikan perlu dikuasai oleh pendidik untuk memastikan profesion perguruan
dapat dijalankan dengan lancer melalui proses pengajaran dan pembelajaran.Bagi
melahirkan generasi berkualiti seorang pendidik perlulah mempunyai sifat
berwibawa dengan memahami dengan dasar-dasar seperti sains dan teknologi(ICT).
4.1.3 Mahir Dalam Pedagogi
(Pengajaran&Pembelajaran)
Kekuatan
profesion perguruan dalam memastikan hasrat melahirkan generasi berkemahiran
abad-21 juga bergantung kepada kecekapan seseorang guru itu menguasai
pengetahuan pedagogi. Pengetahuan pedagogi ini bukanlah berdasarkan kepada
pengalaman atau pengetahuan ‘lapuk’ tradisional yang mana sistem P&P
diamalkan terlalu bergantung kepada guru (teachers-centred). Bagi melahirkan modal insan yang mempunyai
kemahiran abad-21 ini, seseorang guru itu ‘wajib’ mencuba untuk mangadaptasikan
pedagogi inovasi teknologi di dalam P&P contohnya pembelajaran berbantukan
komputer.
Malah
guru-guru bukan sahaja perlu mahir dalam bidang yang mereka ceburi tetapi juga
mestilah berkebolehan menggunakan teknologi computer secara kreatif dan
inovatif. Perhubungan mereka dengan pelajar-pelajar juga akan bertukar wajah.
Selain daripada itu, minda dan sikap perlu disesuaikan dengan cabaran baru
dunia informasi. Mereka hendaklah melihat revolusi sistem pendidikan ini
sebagai satu peluang untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti pendidikan
bukannya sebagai ancaman kepada masa depan karier mereka. Semua ini memerlukan
latihan dan latihan semula yang berterusan kerana kemajuan teknologi pada hari
ini sentiasa berubah dengan begitu tangkas sekali. Ini kerana pengetahuan dan
kebolehan guru mengadaptasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang inovatif
akan memberikan kesan positif kepada perkembangan dan pencapaian pelajar.
4.1.4 Menggunakan Teknologi Terkini
Dunia
sekarang adalah dunia teknologi. Seorang pendidik juga harus seiring dengan
perkembangan dunia teknologi ini untuk membolehkan diri mereka bersedia dalam
penguasaan dan penggunaan teknologi
semasa. Selain itu, seseorang guru itu seharusnya mengorak langkah dan
mengambil peluang untuk melengkapkan diri dengan ilmu berasaskan teknologi
serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat
dalam pelbagai bidang. Guru akan menjadi pebimbing dan jurulatih untuk membantu
para pelajar menggunakan pelbagai perkakasan baru dan perisian-perisian
pendidikan yang bakal berada dalam pasaran bagaikan cendawan tumbuh ditimpa
hujan.
Para
guru akan mengajar murid-murid mereka bagaimana mengurus sumber-sumber
teknologi ini dengan bijaksana. Kalau dahulunya guru-guru bergantung kepada
buku teks untuk menyebarkan ilmu pengetahuan, pada masa depan mereka sebaliknya
akan memilih beraneka jenis perisian pendidikan yang mengajar bahasa,
sejarah,geografi dan berbagai-bagai bidang disiplin yang lain. Di kala
terdapatnya guru-guru yang mahir dalam mereka coursewares, yang lainya akan
menjadi master teachers yang beraksi di skrin sementara majority guru yang lain
akan memainkan peranan baru sebagai pengarah pembelajaran (directors of
learning) dan penjaga kesejahteraan pelajar ( guardians of children’s
well-being). Penggunaan teknologi itu bukan sahaja dijadikan sebagai satu
mekanisme di dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi juga bagi menyelesaikan
urusan harian.
Projektor Baharu
4.1.5 Menerapkan nilai-nilai murni(akhlak)
Pendedahan
teknologi pendidik juga perlulah selari dengan penerapan nilai-nilai murni.
Seorang pendidik perlulah beretika untuk mewujudkan kesejahteraan dan
keharmonian negara, ia juga penting
dalam menjaga hubungan sesama manusia.
5.0 Bilik
Darjah
Penggunaan
komputer peribadi dan alat-alat teknologi yang berkaitan perlu diperluaskan di
segenap lapisan masyarakat untuk memastikan kejayaan rancangan besar ini.
Pusat-pusat kemudahan komputer hendaklah dibina di pecan-pekan luar bandar dan
sekolah-sekolah pedalaman untuk memenuhi keperluan pelajar yang kurang berada.
Dengan cara ini juga, kita bukan sahaja akan dapat mendemokrasikan
peluang-peluang pendidikan tetapi juga membudayakan kecintaan kepada ilmu dalam
masyarakat Malaysia di segenap peringkat.
Dalam bidang pendidikan, usaha mempertingkatkan penggunaan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran terus dipergiatkan bagi melahirkan generasi yang celik
komputer dan sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa. Selaras dengan
kesungguhan kerajaan menggalakkan penggunaan komputer dalam bilik darjah semasa
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Masalah kurangnya tumpuan murid
di dalam kelas dapat diatasi dengan penggunaan teknologi komputer.
Antara
kebaikannnya ialah terdapatnya hubungan interaktif kerana komputer membolehkan wujudnya
hubungan diantara rangsangan dengan jawapan. Komputer dapat menggalakkan inspirasi
dan meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan
ialah dari segi mengeja perkataan suku kata terbuka seperti buku, meja, bola dan
mata. Murid menyesuaikan gambar dengan perkataan yang diberi dan pada masa yang
sama mereka boleh menyemak jawapan mereka. Kebaikan seterusnya ialah dengan menggunakan
komputer akan terdapat pengulangan. Komputer membolehkan murid atau guru mengulangi
apabila perlu untuk memperkuatkan lagi pembelajaran dan memperbaiki ingatan. Aktiviti
pengulangan amat memerlukan kebebasan daripada para murid (Clements,1995). Antara
contoh aktiviti ialah pengulangan menyebut suku kata tertutup seperti bas, dam,
gam dan beg.
Dengan komputer, perisian pendidikan
boleh diprogramkan supaya pelajar-pelajar dilibatkan secara aktif dengan cara
memilih berbagai menu yang disediakan untuk menjawab soalan-soalan tertentu dan
komputer akan bertindak balas dengan memaparkan maklumat yang tertentu
berdasarkan apa yang dipilh atau ditaipkan oleh pelajar-pelajar tersebut.
Teknologi yang digunakan dalam bilik darjah juga menyebabkan pelajar mengawal
sendiri pembelajarannya. Perisian pendidikan yang bermutu tinggi seharusnya
membenarkan pelajar mengawal kadar dan aliran pelajaran yang hendak
dipelajarinya. Pelajar juga perlulah dibenarkan untuk bermaik dalam bilik
darjah dengan sesuatu pemboleh ubah atau ‘parameter’ bagi sesuatu konsep dan
melihat kesan perubahan tersebut. Contohnya, pelajar-pelajar dibenarkan untuk
mengubah sesuatu nilai pada sesuatu graf dan melihat perubahan kepada graf yang
dihasilkan, kesan daripada perunahan nilai tersebut. Ini dikenali juga sebagai
simulasi berkomputer
Teknologi
pendidikan abad ke-21 ini menarik dan mengekalkan minat terhadap pelajaran
terutama dalam bilik darjah. Pendidikan berpandukan teknologi menggabung
jalinkan elemen-elemen seperti teks, grafik, animasi, bunyi dan video sebagai
rangsangan bagi menarik perhatian dan minat pelajar terhadap isi pelajaran yang
disampaikan di dalam bilik darjah. Pendekatan yang berunsur perminan pendidikan
pula mampu menggalakkan pelajar untuk terus menggunakan perisian pendidikan itu
di samping mengekalkan minat pelajar terhadap isi pelajaran yang dipelajari. Guru
juga dapat memberi latihtubi melalui computer ini.
Perisian
latihtubi menyediakan kemudahan latihan bagi menguasai sesuatu pengetahuan atau
kemahiran. Lazimnya pelajar-pelajar menggunakan perisisan ini selepas sesuatu
kemahiran atau pengetahuan telah diajarkan terlebih dahulu kepada mereka. Guru
juga boleh meminta pelajr-pelajar menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh
komputer dan komputer akan menilai serta memberi maklum balas yang sesuai
berdasarkan kepada jawapan yang diberikan. Walau bagaimanapun perisian
latihtubi mempunyai beberapa batasan tertentu seperti tidak boleh digunakan
melebihi 15 minit setiap hari untuk mengelakkan kebosanan; tidak boleh
digunakan untuk keseluruhan pengajaran ; dan digunakan setelah penaksiran
dilakukan terhadap tahap pencapaian pelajar.
Komputer
juga berfungsi sebagai tutorial di dalam bilik darjah sebagai menyampaikan
bahan pengajaran baru dalam langkah-langkah kecil yang berurutan. Ia
seolah-olah seperti seorang guru yang mengajar seorang pelajar tentang satu
tajuk iaitu situasi satu sama satu dengan hanya menggunakan CD-ROM seperti Clip Art Corel Draw, Dangerous Creature, Complete Bird Encyclopedia,
Animals Encyclopedia dan Encarta.
Perisian tutorial boleh diajar secara langsung oleh komputer setelah guru
mendedahkan pelajar kepada bahan pelajaran tersebut. Perisian yang berkesan
mempunyai aspek-aspek seperti jumlah maklumat yang disampaikan pada satu sesi
yang dihadkan; peluang untuk mengulangkaji maklumat baru; pembetulan dibuat
dengan segera; dan mempunyai komponen pengurusan yang mengawasi kemajuan
pelajar pada setiap tahap pembelajarn.
Penggunaan
ICT dalam bidang pendidikan adalah selaras dengan hasrat Malaysia untuk meningkatkan
kualiti pendidkan bertaraf dunia ICT dan penggunaan komputer dalam pengajaran di
bilik darjah membolehkan pembangunan pendidikan di negara ini menjadi lebih kompetitif
dan dapat bersaing diperingkat antarabangsa. Pendidikan di Malaysia perlu melangkah
kehadapan bagi mengantarabangsakan status pendidikannya diperingkat global. Peranan
institusi pendidikan bagi meningkatkan kadar celik computer yang melibatkan pengetahuan
dan kemahiran komputer kearah melahirkan masyarakat siber bergantung pada profesion
keguruan. Kaedah pengajaran tradisional chalk
dan talk perlu diubah untuk disesuaikan
dengan kaedah mengajar menggunakan peralatan ICT seperti menggunakan projektor,
komputer dan persembahan power point bagi mengatasi masalah pengajaran yang dihadapi
di dalam kelas. Walaupun terdapat kelemahan, cabaran serta peluang dalam penggunaan
komputer di dalam bilik darjah, seharusnya guru mengambil peluang ini untuk mempertingkatkan
lagi kemahiran dalam bidang IT dan seterusnya dapat meningkatkan profesionalisme
keguruan.
6.0 Rujukan
a)
Abdullah
Hassan & Ainin Mohd. 2005. Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah. Penang :
RISB Industry Sdn.Bhd.
b)
Naffi
Mat. 2011. Dilema Guru. Kuala Lumpur : Prin-Ad Snd. Bhd.
c)
Naim
Haji Ahmad & Zaheril Zainudin.2006. Bicara
Media 2.Negeri Sembilan :
Ampang Press Sdn.Bhd.
d)
Richard
A.Villa & Jacqueline S.Thousand. 2005. Creating an Inclusive School 2nd
Edition. USA.
e)
Wan
Liz Ozman Wan Omar. 2000. Mengurus Agenda Abad 21 Cabaran dan Persiapan Dalam
Era Globalisasi. Kuala Lumpur : Pencetakan dan Perniagaan Berlian Sdn.Bhd.
No comments:
Post a Comment