Tuesday, 27 November 2012

TUGASAN

POWER POINT 5 SLIDE


1.  SIVA SANKAR A/L R.MAHALINGAM  :    



2.  MASTURA BINTI NURILLAH :    




3.  KRISTINE SANDRA PEY ADUM :    





4.  JEE SING SING   : 
PENGELUARAN HASIL HUTAN





TUGASAN INFOGRAFIK

INFOGRAFIK (SIVA SANKAR)



INFOGRAFIK (MASTURA)



INFOGRAFIK (KRISTINE SANDRA)


INFOGRAFIK (JEE SING SING)


Tuesday, 2 October 2012

Hai kawan-kawan !
Mulai hari ini kami bersedia untuk menolong kawan-kawan dalam mata pelajaran Sejarah Tingkatan 2 bab 6. Kami akan sediakan peta minda, nota tambahan, latihan dan sebagainya untuk kawan-kawan menggunakan bagi mendapat keputusan yang baik dan mahir dalam mata pelajaran tersebut.


Friday, 28 September 2012

Perkembangan Perusahaan Getah


Bincangkan faktor-faktor perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu pada kurun ke 19 dan awal abad ke-20


Perusahaan getah di Tanah Melayu mengalami perkembangan yang pesat pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. Pada mulanya getah banyak ditanam di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Kesan daripada kejatuhan harga kopi telah menyebabkan ramai yang beralih kepada penanaman getah. Permintaan yang begitu tinggi terhadap getah telah menyebabkan ramai pelabur-pelabur Eropah melibatkan diri secara besar-besaran dalam perusahaan ini.


Terdapat banyak factor yang telah menyumbang kepada perkembangan perusahaan getah. Seperti yang dinyatakan sebelum ini iaitu kejatuhan harga getah telah menyebabkan penduduk Tanah Melayu beralih kepada penanaman ini. Kejatuhan harga getah ini disebabkan berlakunya lebihan keluaran di pasaran. Keadaan bertambah buruk lagi apabila pokok-pokok kopi diserang pelbagai penyakit yang memerlukan perbelanjaan tambahan untuk mengatasinya. Masalah-masalah yang timbul ini menyebabkan mereka tidak berminat lagi untuk mengusahakan tanaman kopi.


Selain itu usaha H.N Ridley dalam memajukan tanaman ini tidak boleh dipandang rendah. Beliau selaku Pengarah Botanical Garden Singapura telah menjalankan kempen penanaman getah di seluruh Tanah Melayu ketika itu. Selain daripada berkempen, beliau juga telah berusaha bagi memanjangkan jangka hayat pokok getah dengan memperkenalkan kaedah torehan yang betul yang dinamakan sebagai sistem torehan haring. Anak-anak pokok getah yang hendak dibawa ke ladang-ladang dibungkus dengan arang yang lembab bagi memastikan anak-anak getah ini tidak mati atau rosak dalam perjalanan. Hasil usaha beliau ini ternyata berhasil apabila getah menjadi tanaman penting pada abad ke 19 dan awal abad ke-20.


Kesan daripada Revolusi Perindustrian telah membawa kepada penciptaan jentera-jentera moden seperti kereta berenjin dan tayar berangin yang memerlukan getah sebagai sebahagian bahan mentah dalam pembuatan barangan tersebut. Pendawaian elektrik yang menggunakan getah sebagai bahan penebat juga memberi kesan kepada peningkatan terhadap getah. Permintaan yang tinggi ini menyebabkan harga getah meningkat naik. Keadaan ini menyebabkan pelabur Eropah mula membuka ladang-ladang di Tanah Melayu bagi meningkatkan keluaran.


Perkembangan perusahaan getah ini telah membawa kepada kemasukkan buruh dari India untuk mengusahakan tanaman ini. Mereka dibawa masuk oleh kerajaan British melalui sistem kontrak dan sistem kangani. Buruh-buruh ini digunakan kerana penduduk tempatan tidak berminat menjalankan aktiviti ini lagipun bayaran untuk tenaga buruh India ini murah. Kemasukkan tenaga buruh ini telah menyebabkan terbentuknya masyarakat majmuk di Tanah Melayu
Kerajaan British juga telah memberi galakkan untuk memperkembangkan perusahaan ini. 

Galakkan ini diberi dalam bentuk cukai dan duti ke atas tanah yang rendah. Kerajaan British juga telah menubuhkan Jabatan Pertanian pada tahun 1905 bagi membuat penyelidikan tentang jenis-jenis pisau yang sesuai dan masa yang elok untuk melakukan torehan. Selain itu Jabatan ini telah mencadangkan jarak yang sesuai untuk penanaman getah dan tanaman penutup bumi yang boleh ditanam diantara pokok-pokok getah. Sesungguhnya galakan dan kajian ini telah menarik minat mereka untuk beralih kepada tanaman getah.


Perkembangan pesat penanaman getah di Tanah Melayu juga disebabkan oleh kedatangan pelabur-pelabur Eropah untuk membuka ladang-ladang getah baru. Pelabur-pelabur ini mengusahakan tanaman getah ini secara besar-besaran seperti yang dilakukan oleh Guthrie dan Dunlop. Hasil daripada perkembangan ini, pengeluaran getah telah meningkat dan Tanah MElayu telah muncul sebegai pengeluar getah asli utama di dunia.
Pada tahun 1926, kerajaan British telah menubuhkan Institut Penyelidikan Getah. Hasil daripada penubuhan ini, Institut ini telah Berjaya menghasilkan cara penanaman getah yang baik dengan memperkenalkan klon-klon getah bermutu tinggi. Selain itu penggunaan baja kimia juga diperkenalkan. Teknik memekatkan susu getah, kawalan penyakit dan penggunaan racun telah ternyata member sumbangan yang besar dalam memajukan serta meningkatkan industry tanaman getah di Tanah Melayu.


Kesimpulannya, perkembangan ekonomi Tanah Melayu sebenarnya seiring dengan perkembagan perusahaan getah. Walau bagaimanapun menjelang lewat 1920-an ekonomi Tanah Melayu telah merundum kesan daripada kemelesetan terhadap perusahaan getah. Amerika Syarikat telah mengurangkan penggunaan getah akibat kemelesetan ini. Berikutan itu, kerajaan British telah mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk menstabilkan harga getah.

Thursday, 27 September 2012

Zaman Neolitik




Pengenalan
Zaman Neolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Baru. Zaman ini dianggarkan berlangsung di seluruh dunia di antara 5,000 SM sehingga 3,000 SM. Tamadun awal manusia dikatakan bermula pada akhir Zaman Neolitik ini. Daripada pelbagai bidang, Zaman Neolitik telah menunjukkan perubahan yang amat besar. Contoh petempatan orang Neolitik ialah Lembah Indus, Lembah Hwang-Ho, Lembangan Sungai Eupharates dan Tigris dan sebagainya.

Ciri-ciri :




1)Tempat Tinggal
Manusia Neolitik tinggal di rumah yang dibina oleh diri sendiri. Rumah mereka dibuat daripada batu-bata, kayu dan sebagainya. Bukti yang menunjukkan manusia Neolitik tinggal di rumah ialah penemuan tiang-tiang kayu yang ditinggalkan oleh orang zaman ini di Switzerland. Tiang-tiang ini telah ternampak apabila air tasik besar ini menjadi tohor. Setelah dikaji, didapati rumah ini disambungkan antara satu sama lain dan tebing tasik dengan titi-titi yang boleh diangkat pada waktu malam untuk menjaga keselamatan.

2)Cara Hidup
Orang Neolitik hidup secara tetap di rumah yang didirikan. Kini, cara hidup mereka juga lebih teratur. Rumah-rumah dibina untuk membentuk sebuah kampung. Kampung ini biasanya terletak di tepi sungai atau laut. Setiap kampung mempunyai seorang ketua yang akan menyelesaikan sebarang pertikaian yang berkaitan dengan pertanian dan hak milik tanah. Benteng dibina untuk melindungi kampung itu daripada serangan musuh atau binatang liar. Faktor utama yang mendorong orang Neolitik hidup secara tetap ialah mereka perlu menjaga tanaman dan binatang ternakan mereka daripada dimusnah oleh binatang dan serangga perosak.



3)Kegiatan Harian
Masyarakat Neolitik mencapai perkembangan dalam bidang pertanian yang mengagumkan. Kini mereka menjadi petani dengan menanam sayur-sayuran dan bijirin seperti barli, jagung dan gandum. Selain itu, mereka juga menternak binatang seperti kambing, lembu dan memelihara anjing. Selain daripada bercucuk tanam dan menternak binatang, masyarakat ini juga terus memburu, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Tujuan mereka melakukan kegiatan ini ialah untuk mendapatkan bekalan makanan tambahan. Selain itu, masyarakat ini juga mula menghasilkan alat tenunan, kain dan tembikar.



4)Peralatan
Orang Neolitik telah mencipta alat-alat yang lebih elok dan halus seperti kapak, beliung dan pisau daripada batu dan juga logam untuk memburu, memotong dan bercucuk tanam. Selain itu, teknologi baru dalam bidang pertanian seperti bajak, tajak atau cangkul juga diperbuat daripada granit juga dicipta. Penggunaan peralatan yang disebutkan di atas telah membantu masyarakat ini menghasilkan pelbagai jenis tanaman. Orang Neolitik juga pandai menganyam bakul. Bakul yang dianyum ini digunakan untuk menyimpan bijirin, mengangkap ikan dan memburu binatang. Selain itu, masyarakat Neolitik juga pandai membuat alat tembikar daripada tanih yang dikeringkan. Alat tembikar ini digunakan untuk memasak, mengisi makanan dan menyimpan air. Hasil tembikar ini menjadi lebih bermutu apabila roda ceper digunakan.

5)Kepercayaan
Masyarakat primitif ini mengamalkan kepercayaan animisme, iaitu percaya bahawa semua benda di alam ini mempunyai roh. Selain itu, mereka juga percaya bahawa semangat atau tuhan mengawal alam semesta. Sebab itulah mereka cuba memuja semangat yang mengawal alam semesta seperti banjir dan kemarau yang dianggap pemusnah pertanian. Masyarakat Neolitik juga mengamalkan adat dan upacara yang lebih maju dripada masyarakat sebelum ini. Contohnya, upacara pengebumian dan sebagainya.

6)Pakaian
Masyarakat Neolitik mula menenun kain daripada bulu binatang dan gentian-gentian tumbuhan dengan menggunakan alat tenunan. Kini, mereke telah mula berpakaian kain dan jarang sekali mereka berpakaian kulit binatang. Mereka mendapati pakaian yang dibuat daripada kain adalah lebih selesa jika dipakai. Selain itu, berpakaian kain juga dapat menunjukkan bahawa mereka ini lebih tinggi tamadunnya kalau dibandingkan dengan orang yang berpakaian kulit binatang.

7)Aktiviti Perdagangan
Sejak Zaman Neolitik, aktiviti perdagangan telahpun mula dijalankan. Perdagangan dijalankan di antara kampung-kampung. Mereka saling menukar barang yang dikehendaki. Sistem tukar barang dikenali sebagai sistem barter. Selain perdagangan antara kampung dijalankan, mereka juga menjalankan aktiviti perdagangan dengan masyarakat yang berhampiran. Pada zaman ini, wang memang langsung tidak digunakan. Sistem yang diamalkan juga menemui pelbagai masalah, contohnya, kehendak yang serentak sukar dicapai di antara satu sama lain, unit ukuran atau kadar pertukaran sukar ditentukan dan sebagainya.

8)Organisasi Sosial
Organisasi sosial dalam bentuk kekeluargaan telahpun wujud pada zaman ini. Setiap keluarga mempunyai seorang ketua yang akan memimpin keluarga ini untuk melakukan aktiviti harian. Daripada kumpulan ketua keluarga ini, seorang akan dipilih untuk memimpin kampung ini. Tanggungjawabnya adalah menyelesaikan pertikaian di antara penduduk kampung dalam pelbagai perkara. Beliau juga dikenali sebagai ketua kampung.

9)Teknologi Baru
Zaman Neolitik telah mencapai perkembangan yang amat pesat dalam bidang infrastruktur. Pada zaman ini, roda buat pertama kali digunakan. Roda telah dicipta untuk menjadikan sistem perhubungan yang lebih cepat. Sebagai contoh, roda dipasang di kereta kuda membolehkan kereta kuda berjalan dengan lebih cepat. Selain ciptaan roda, kapal layar juga telah diciptakan. Ciptaan kapal layar membolehkan mereka berhubung antara satu sama lain dengan mudah walaupun dipisah oleh lautan yang luas. Bukti penggunaan kapal layar ialah perjumpaan pelabuhan awal seperti Santubong dan Kuala Selinsing.

Saturday, 22 September 2012

SEJARAH MELAKA


SEJARAH MELAKA


Melaka amat dikenali kerana keunikan sejarahnya. Sejarah Melaka bermula apabila Parameswara putera raja dari Palembang telah terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14. Setelah ditumpaskan oleh Majapahit, baginda telah lari mencari perlindungan ke Temasik yang pada ketika itu dikuasai oleh Siam. Setelah diusir dari Temasik oleh penjajah dari Siam, pada tahun 1396, beliau dan pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke Muar dan kemudiannya ke Sungai Ujong sebelum singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara sungai Melaka.
Setelah tiba di Bertam, baginda telah melihat anjing perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih. Baginda amat kagum dengan keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat keputusan untuk membuka negeri di situ. Baginda telah bertanyakan nama pohon tempat baginda bersandar dan pengikutnya memberitahu bahawa nama pohon tersebut adalah pohon Melaka. Maka baginda telah membuat keputusan untuk menamakan negerinya sempena nama pohon tersebut.
Pilihan Parameswara begitu tepat sekali kerana kedudukan Melaka yang strategik. Lokasinya di tengah-tengah tebing Selat Melaka yang menghubungkan negara China ke India dan Timur telah menjadikannya tempat yang amat sesuai sebagai pusat perdagangan. Kedatangan pedagang-pedagang Arab serta pedagang-pedagang dari Timur dan Barat telah menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang sibuk dengan ratusan kapal yang singgah setiap tahun. Parameswara yang telah memeluk Islam melalui seorang ulama dari Jeddah pada tahun 1414 telah meletakkan asas kemajuan negeri Melaka sebagai pusat perdagangan dan pengembangan agama Islam yang terulung di rantau ini.
Melaka terus terkenal sebagai pusat perdagangan Melayu di Timur. Antara barang dagangan yang boleh didapati di Melaka adalah sutera dan porselin dari China, kain dari Gujerat serta Coromandel di India, kapur barus dari Borneo, cendana dari Timor, buah pala dan bunga cengkih dari Molucas, emas dan lada hitam dari Sumatera serta timah dari Tanah Melayu.

Mengikut riwayat Sejarah Melayu, Parameswara merupakan putera raja Palembang kurun ke empat-belas yang melarikan diri dari musuhnya iaitu orang-orang Jawa. Baginda telah melarikan diri ke Temasik (sekarang dikenali sebagai Singapura) dan menjadikan dirinya sebagai raja. Tidak lama kemudian, baginda dihalau dari Temasik oleh penjajah dari Siam dan dengan pengikut-pengikutnya sampai ke pantai barat Semenanjung Tanah Melayu untuk mencari tempat untuk berselindung. Pada mulanya mereka menjadikan Muar, Johor sebagai tempat untuk bermastautin tetapi keadaannya tidak sesuai kerana terdapat terlalu banyak biawak. Baginda kemudian memilih tempat kedua untuk membina istana tetapi ianya tidak berkekalan. 

Parameswara kemudian menjelajah ke tempat lain. Dalam satu rombongan memburu, baginda sampai ke sebuah sungai bernama Bertam. Di sana, beliau terlihat seekor kancil yang dikejar oleh anjing-anjing pemburu baginda telah menendang salah seekor daripada anjingnya jatuh ke dalam sungai. Baginda amat terkejut dengan keberanian kancil tersebut dan dengan serta-merta menamakan tempat tersebut dengan nama Melaka, sempena dengan nama pokok di mana baginda sedang berteduh. 

Kesultanan Melaka memerintah negeri Melaka selama 110 tahun sehingga ditewaskan oleh pihak Portugis pada tahun 1511

1400 - Parameswara, putera raja dari Palembang, setelah ditumpaskan oleh Majapahit menuju ke Temasik (nama asal Singapura) dan akhirnya membuka negeri Melaka. 

1403
 - Laksamana Yin Ching dalam misi perdagangannya telah singgah di Melaka dan menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan China - Melaka. 

1405
 - Parameswara menghantar utusannya ke China bagi mengukuhkan hubungan diplomatik yang sedia terjalin. 

1409
 - Laksamana Cheng Ho (Zheng He), ketua Armada perdagangan China dan para pembesar tiba di Melaka bagi mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara. 

1411
 - Parameswara diiringi pembesar Melaka dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang serta ditemani oleh Laksamana Cheng Ho belayar untuk melawat Yung Lo, Maharaja dinasti Ming di Cina. 

1414
 - Parameswara berkahwin dengan Puteri Pasai. Baginda memeluk agama Islam dan memakai gelaran Sultan Iskandar Shah (1414-1424). 

1424
 - Parameswara mangkat dan anakandanya, Sri Maharaja, menaiki takhta dan menukar namanya menjadi Sultan Muhammad Shah (1424-1444). Baginda telah memerintah mengikut ajaran Islam, mengasaskan etika istana dan menyebarkan Islam. 

1444
 - Raja Ibrahim, putera bongsu Sultan Muhammad Shah, menjadi pemerintah selepas kemangkatan ayahandanya. 

1445
 - Raja Ibrahim dibunuh dan dimakamkan dengan gelaran Sultan Abu Syahid. 

1446
 - Raja Kassim, kekanda Sultan Abu Syahid, menaiki takhta dan memakai gelaran Sultan Muzaffar Shah (1446-1458) dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri. 

1447
 - Serangan Siam yang pertama ke atas Melaka berlaku, tetapi disekat oleh angkatan perang Melaka. Pihak Siam ditewaskan tidak jauh dari Muar. 

1456
 - Tun Perak dilantik menjadi Bendahara atau Perdana Menteri dengan gelaran Bendahara Paduka Raja. Beliau menjadi terkenal kerana pentadbiran yang baik dan bertanggungjawab dalam memajukan Melaka. Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu. 

1458
 - Sultan Mansur Shah menaiki takhta. Maharaja China menghantar Laksamana Cheng Ho yang membawa Puteri Hang Li Po dan dikahwinkan dengan Baginda. Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpateh Puteh dengan segolongan pengiring ke negeri Cina untuk mengiring Hang Li Po. 

1477
 - Sultan Mansur Shah mangkat dan Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488) menaiki takhta pada umur 15 tahun. Baginda merupakan seorang yang tegas dalam melaksanakan tugasnya. 

1488
 - Sultan Alauddin diracun mati di Pagoh. Kemudian Sultan Mahmud Shah (1488-1511) menaiki takhta atas jasa Tun Perak dan juga Hang Tuah. 

1498
 - Tun Perak meninggal dunia. 

1500 - Tun Mutahir, sepupu Tun Perak, dilantik sebagai Bendahara bergelar Bendahara Seri Maharaja dan menjadi bendahara yang paling berkuasa di kalangan para pembesar kesultanan Melaka. 

1509 - 
Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di rantau Asia Tenggara. Atas sebab perselisihan faham, angkatannya diserang oleh Melaka dan 20 anak kapalnya ditahan oleh orang tempatan. 

1510
 - Bendahara Tun Mutahir dan keluarganya dibunuh atas titah Sultan Mahmud Shah kerana beliau enggan menyerahkan anaknya Tun Fatimah kepada baginda. Menyedari kesilapannya, Sultan Mahmud Shah turun takhta untuk sementara waktu dan digantikan oleh anaknya, Sultan Ahmad Shah. 

1511
 - Alfonso D’Albuquerque, wizurai Portugis di Goa, tiba di Melaka pada 10 Ogos dan membuat permintaan membina sebuah markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh sultan. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Semenjak itu, Portugis memerintah Melaka selama 130 tahun. 

1512
 - Albuquerque kembali ke Goa pada bulan Januari selepas menyiapkan “A Famosa”, kota kubu yang mempunyai ketinggian menara 5 tingkat. Kemudian Sultan Mahmud Shah menyerang Portugis di Melaka. 

1513
  - Patih Unus, seorang pahlawan Jawa yang kemudiannya menjadi Sultan Demak di Sumatera, menyerang Portugis di Melaka. 

1516
 - Laksamana Hang Nadim, anak kepada Hang Tuah, menyerang Melaka. 

1518/19
  - Askar-askar Sultan Mahmud Shah mengepung bandar Melaka selama 3 bulan. 

1523
 - Sultan Mahmud Shah menyerang Melaka. 

1524
 - Laksamana Hang Nadim mengepung Melaka dan memotong bekalan makanannya. 

1537
 - Serangan orang Acheh yang pertama ke atas Portugis di Melaka. 

1545
 - Paderi Francis Xavier tiba di Melaka buat pertama kalinya. Selepas itu beliau telah melawat Melaka sebanyak 5 kali. 

1551
 - Gabungan Johor, Japara dan Perak telah menyerang Melaka dan mengepungnya selama 3 bulan. 

1553
 - Paderi Francis Xavier mati di Pulau Sanction berdekatan dengan Canton, Cina dan dikebumikan di Gereja St. Paul. Selepas 9 bulan, mayatnya telah dialih dan dikebumikan di Goa. 

1567/68
 - Dengan pertolongan Johor, Acheh menyerang kubu Portugis di Melaka. Namun, sekali lagi mereka telah dikalahkan. 

1571
 - Acheh membuat percubaan untuk menyerang Portugis di Melaka, tetapi percubaan mereka sekali lagi gagal kerana ribut taufan yang melanda. 

1575
 - Japara telah menyerang kubu Portugis di Melaka. 

1585 / 86
 - Johor telah menyerang Melaka. 

1588
 - Pelawat Inggeris yang pertama bernama Ralph Ritch telah tiba di Melaka. 

1597
 - Belanda menyerang Melaka. 


1606 - Gabungan Belanda dan Johor menyerang kubu pertahanan Portugis di Melaka. Walaupun begitu, pasukan bantuan askar Portugis yang tiba tepat pada masanya dari Goa dapat menyelamatkan Melaka. 

1615 / 16
 - Acheh melancarkan serangan sekali lagi ke atas Melaka. 

1628 / 29
 - Acheh berkuasa ke atas Melaka selama 8 bulan sebelum berundur. 

1636
 - Kapal Belanda memusnahkan kapal-kapal Portugis di pelabuhan Melaka. 

1641
 - Belanda dan orang Melayu Johor sekali lagi menyerang. Selepas pertempuran yang sengit, Portugis diarahkan untuk menyerah kalah. Belanda kemudian memerintah Melaka selama 154 tahun. 

1645
 - Tokong Cheng Hoon Teng telah dibina oleh Ketua orang Cina, Lee Wei King. Ia adalah tokong tertua yang masih wujud lagi di Malaysia. 

1645 / 70
 - Perang dalaman berlaku antara Belanda dengan Naning 

1650
 - Stadthuys atau “Rumah Negeri”, tempat tinggal bagi Gabenor Belanda yang juga menjadi pusat pentadbiran telah dibina. 

1710 - Gereja St. Peter, sebuah Gereja Kristian di Malaysia dibina oleh Belanda. Ia mempunyai reka bentuk gabungan Timur dan Barat. 

1753
 - Gereja Christ siap dibina. 

1756
 - Orang Bugis yang diketuai Oleh Daing Kamboja, menyerang Melaka. 

1784
 - Raja Haji telah mendarat di Melaka tetapi kemudiannya dibunuh. 

1795 
- British mengambil alih Melaka daripada Belanda. 
1806 - British membuat rombakan terhadap segala tinggalan Portugis di Melaka. Meraka telah merancang untuk memindahkan pusat perdagangan dan populasi ke Pulau Pinang untuk melemahkan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan. 

1808
 - Ketibaan Stamford Raffles menyelamatkan Melaka daripada kejatuhan yang teruk. 

1818 
- Dengan berakhirnya Perang Napoleon, Melaka kembali kepada pemerintahan Belanda di bawah perjanjian Venice. 

1819 - 
Sultan Hussain Mohammad Shah dari Johor menyerahkan Singapura kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris. Kemudian makam sultan diletakkan di kawasan Masjid Tengkera. 

1824
 - Perjanjian Anglo-Belanda atau Perjanjian London meletakkan Melaka di bawah pemerintahan British. 

1826 - Perjanjian Selat ditandatangani, yang mana Pulau Pinang, Singapura dan juga Melaka di jadikan Negeri-negeri Selat yang berada dalam sistem pentadbiran yang sama. 

1867
 - Pentadbiran Negeri-negeri Selat dipindahkan daripada Gabenor - ketua jabatan di India kepada Pejabat Kolonial di London dan Melaka menjadi tanah jajahan British. 

1895
 - Penanaman getah secara ladang dilakukan oleh Tan Chay Yan di Bukit Lintang, Melaka. 

1904 - Permaisuri Victoria datang untuk memperingati Jubli Intan Seri Paduka Baginda 

1942
  - Jepun menjajah Melaka. 

1945 - 
Melaka telah dikembalikan kepada pemerintahan British selepas Jepun menyerah kalah kepada British di Singapura. 

1948
 - Komunis menyerang dan menguasai Malaya selama 14 hari. Pihak British mengisytiharkan darurat dan situasi ini berakhir pada tahun 1960. 

1956
 - Perisytiharan Hari Kemerdekaan dibuat oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaya yang pertama di Padang Banda Hilir (Padang Pahlawan), Melaka pada 20 Februari. Dalam tahun yang sama, Melaka menjadi sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara merdeka. 

1957 - 
Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos. Komisioner Residen British, H.G. Hammet menyerahkan dokumen kemerdekaan kepada gabenor tempatan yang pertama. 

1963
 - Pembentukan Malaysia pada 16 September. Melaka menjadi sebahagian daripada Malaysia. Singapura, Sabah dan Sarawak juga menyertainya. 

1989
 - Melaka telah diisytiharkan sebagai Bandaraya Bersejarah pada 15 April. 


Friday, 21 September 2012


KONSEP TEKNOLOGI

1. Gailbrath (1967) Teknologi ialah keupayaan menggunakan pengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yg tersusun (other organized knowledge) yg digunakan secara sistematik sehingga mampu mempamerkan amalan yg praktikal dalam melaksanakan tugasan sehingga tugas tersebut mencapai kejayaan.

2. Evan & Nation(2000) Teknologi ialah suatu seni @ sains bagaimana alat itu digunakan untuk tujuan-tujuannya.

3. Teknologi ialah proses, kaedah, dan idea bagi memastikan penggunaan sesuatu ilmu dan alat atau bahan itu mencapai kejayaan.

PERKAITAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Teknologi dalam P&P ialah suatu usaha meningkatkan keberkesanan dan kualiti terhadap ilmu pengetahuan.

2. Department of Audio Visual Instrusion (DAVI) 1963 – Definisi pertama tentang teknologi dalam P&P ialah komunikasi audiovisual.

3. Association for Educational Communication and Technology (AECT) 1994 – Komunikasi audiovisual ialah cabang teori dan amalan yg bermula dengan reka bentuk dan kegunaan mesej yg mengawal proses pembelajaran.

4. Teori Kognitif dan Konstruktif – Mereka bentuk, membina, mengguna pakai, mengurus, menilai, menganalisis serta mengguna pakai teori dan amalan daripada bidang-bidang lain.

DOMAIN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Fasa Pertama (AECT) 1977 – Pengurusan pengajaran, Pengembangan pengajaran, dan Sumber pembelajaran.

2. Fasa Kedua (Seel dan Richey) 1994 – Teori dan amalan berhubung dengan reka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan, dan penilaian proses serta sumber untuk pembelajaran.

PERANAN DAN KEPENTINGAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Pembelajaran Kendiri
2. Meningkatkan Keberkesanan Pembelajaran
3. Peluang Belajar Untuk Semua.


REKA BENTUK PENGAJARAN

KONSEP REKA BENTUK PENGAJARAN

1. Satu proses sistematis menterjemahkan prinsip-prinsip umum P&P kepada bentuk perancangan bahan dan penyampaian pembelajaran.
-- 3 kategori RP :
RP sebagai Satu Proses (Briggs, 1977)
RP sebagai Satu Disiplin (Duffy dan Jonassen, 1991)
RP sebagai Satu Sains (Richey, 1986)

2. Yusup Hashim (1998) - RP mengandungi 4 bidang:
Reka bentuk sistem pengajaran
Reka bentuk strategi
Reka bentuk mesej
Ciri-ciri pelajar

MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN

1. Richey (1986) – menggariskan 6 elemen asas, iaitu :
Menentukan keperluan pelajar
Menentukan matlamat dan objektif
Membina prosedur penilaian
Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian
Mencuba sistem pengajaran
Menilai keseluruhan sistem

2. Gustalfon (1991) – membahagikan RP kepada 3 model berorientasikan :
Bilik Darjah (tugas guru sebagai pelaksana sistem)
Produk
Sistem

MODEL ADDIE
- Merupakan proses generik yg perlu diubah suai sebelum dapat digunakan, menjadi asas kepada semua model RP.
A (Analysis) - Analisis
D (Design) - Bentuk
D (Development) - Perkembangan
I (Implementation) - Pelaksanaan
E (Evaluation) - Penilaian

MODEL ASSURE

- Heinech et al (1982) - Model RP berasaskan bilik darjah.
- Dapat membantu guru merancang P&P dengan baik dan berkesan.
A (Analyses learner) – Analisis pelajar
S (State objectives) – Nyatakan objektif
S (Select method, media and materials) – Pilih kaedah, media & bahan sumber
U (Utilise media and materials) – Gunakan media & bahan sumber
R (Require learner response / participation) – Libatkan pelajar
E (Evaluate and revise materials)- Nilai & semak semula

MODEL GAGNE, BRIGGS DAN WAGER (1992)

Tentukan matlamat pengajaran
Laksanakan analisis pengajaran
Kenal pasti ciri-ciri pelajar
Bentuk objektif pengajaran pembelajaran
Pilih kaedah pengajaran
Sediakan bahan pengajaran
Rancang dan laksanakan penilaian formatif
Rancang dan laksanakan penilaian sumatif

PERANAN DAN KEPENTINGAN REKA BENTUK PENGAJARAN

1. Meningkatkan pencapaian pelajar.
2. Menjadikan P&P bilik darjah lebih teratur
3. Memungkinkan objektif P&P dan hasil pembelajaran mudah tercapai.
4. Membantu dalam proses membuat keputusan.
5. Menjadikan penyampaian P&P selaras bagi kumpulan yg pelbagai.
6. Menjimatkan masa dan peruntukan yg besar, cth: Pendidikan Jarak Jauh

REKA BENTUK MESEJ

1. Heinech et al (2002) – media sebagai alat yg membantu proses komunikasi.

2. Reiser dan Gagne (1983) – media sebagai sebarang cara fizikal yg memungkinkan mesej disampaikan.

3. Torkelson (1972) – membahagikan media kepada 3 komponen :
Mesej – isi kandungan @ maklumat yg hendak disampaikan.
Bentuk mesej – merujuk kepada cara maklumat disimpan; dalam bentuk yg sebenar, dalam bentuk abstrak, simbol, visual, gambaran dan bentuk bahasa.
Saluran mesej – alat fizikal yg digunakan dalam penyampain mesej, dalam bentuk elektrikal, mekanikal dan digital.

4. Gagne dan Briggs (1974) – 6 kategori media berdasarkan rangsangan fizikal media :
Perkataan / struktur bahasa
Bentuk bunyi bukan bahasa
Perkataan bercetak
Gambar statik
Gambar bergerak
Sampel sebenar