Friday, 28 September 2012
Thursday, 27 September 2012
Zaman Neolitik
Pengenalan
Zaman
Neolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Baru. Zaman ini dianggarkan
berlangsung di seluruh dunia di antara 5,000 SM sehingga 3,000 SM. Tamadun awal
manusia dikatakan bermula pada akhir Zaman Neolitik ini. Daripada pelbagai
bidang, Zaman Neolitik telah menunjukkan perubahan yang amat besar. Contoh
petempatan orang Neolitik ialah Lembah Indus, Lembah Hwang-Ho, Lembangan Sungai
Eupharates dan Tigris dan sebagainya.
Ciri-ciri :
1)Tempat
Tinggal
Manusia
Neolitik tinggal di rumah yang dibina oleh diri sendiri. Rumah mereka dibuat
daripada batu-bata, kayu dan sebagainya. Bukti yang menunjukkan manusia
Neolitik tinggal di rumah ialah penemuan tiang-tiang kayu yang ditinggalkan
oleh orang zaman ini di Switzerland. Tiang-tiang ini telah ternampak apabila
air tasik besar ini menjadi tohor. Setelah dikaji, didapati rumah ini
disambungkan antara satu sama lain dan tebing tasik dengan titi-titi yang boleh
diangkat pada waktu malam untuk menjaga keselamatan.
2)Cara Hidup
Orang
Neolitik hidup secara tetap di rumah yang didirikan. Kini, cara hidup mereka
juga lebih teratur. Rumah-rumah dibina untuk membentuk sebuah kampung. Kampung
ini biasanya terletak di tepi sungai atau laut. Setiap kampung mempunyai
seorang ketua yang akan menyelesaikan sebarang pertikaian yang berkaitan dengan
pertanian dan hak milik tanah. Benteng dibina untuk melindungi kampung itu
daripada serangan musuh atau binatang liar. Faktor utama yang mendorong orang
Neolitik hidup secara tetap ialah mereka perlu menjaga tanaman dan binatang ternakan
mereka daripada dimusnah oleh binatang dan serangga perosak.
3)Kegiatan
Harian
Masyarakat
Neolitik mencapai perkembangan dalam bidang pertanian yang mengagumkan. Kini
mereka menjadi petani dengan menanam sayur-sayuran dan bijirin seperti barli, jagung
dan gandum. Selain itu, mereka juga menternak binatang seperti kambing, lembu
dan memelihara anjing. Selain daripada bercucuk tanam dan menternak binatang,
masyarakat ini juga terus memburu, menangkap ikan dan memungut hasil hutan.
Tujuan mereka melakukan kegiatan ini ialah untuk mendapatkan bekalan makanan
tambahan. Selain itu, masyarakat ini juga mula menghasilkan alat tenunan, kain
dan tembikar.
4)Peralatan
Orang
Neolitik telah mencipta alat-alat yang lebih elok dan halus seperti kapak,
beliung dan pisau daripada batu dan juga logam untuk memburu, memotong dan
bercucuk tanam. Selain itu, teknologi baru dalam bidang pertanian seperti
bajak, tajak atau cangkul juga diperbuat daripada granit juga dicipta.
Penggunaan peralatan yang disebutkan di atas telah membantu masyarakat ini
menghasilkan pelbagai jenis tanaman. Orang Neolitik juga pandai menganyam
bakul. Bakul yang dianyum ini digunakan untuk menyimpan bijirin, mengangkap
ikan dan memburu binatang. Selain itu, masyarakat Neolitik juga pandai membuat
alat tembikar daripada tanih yang dikeringkan. Alat tembikar ini digunakan
untuk memasak, mengisi makanan dan menyimpan air. Hasil tembikar ini menjadi
lebih bermutu apabila roda ceper digunakan.
5)Kepercayaan
Masyarakat
primitif ini mengamalkan kepercayaan animisme, iaitu percaya bahawa semua benda
di alam ini mempunyai roh. Selain itu, mereka juga percaya bahawa semangat atau
tuhan mengawal alam semesta. Sebab itulah mereka cuba memuja semangat yang
mengawal alam semesta seperti banjir dan kemarau yang dianggap pemusnah
pertanian. Masyarakat Neolitik juga mengamalkan adat dan upacara yang lebih
maju dripada masyarakat sebelum ini. Contohnya, upacara pengebumian dan
sebagainya.
6)Pakaian
Masyarakat
Neolitik mula menenun kain daripada bulu binatang dan gentian-gentian tumbuhan
dengan menggunakan alat tenunan. Kini, mereke telah mula berpakaian kain dan
jarang sekali mereka berpakaian kulit binatang. Mereka mendapati pakaian yang
dibuat daripada kain adalah lebih selesa jika dipakai. Selain itu, berpakaian
kain juga dapat menunjukkan bahawa mereka ini lebih tinggi tamadunnya kalau
dibandingkan dengan orang yang berpakaian kulit binatang.
7)Aktiviti
Perdagangan
Sejak
Zaman Neolitik, aktiviti perdagangan telahpun mula dijalankan. Perdagangan
dijalankan di antara kampung-kampung. Mereka saling menukar barang yang
dikehendaki. Sistem tukar barang dikenali sebagai sistem barter. Selain
perdagangan antara kampung dijalankan, mereka juga menjalankan aktiviti perdagangan
dengan masyarakat yang berhampiran. Pada zaman ini, wang memang langsung tidak
digunakan. Sistem yang diamalkan juga menemui pelbagai masalah, contohnya,
kehendak yang serentak sukar dicapai di antara satu sama lain, unit ukuran atau
kadar pertukaran sukar ditentukan dan sebagainya.
8)Organisasi
Sosial
Organisasi
sosial dalam bentuk kekeluargaan telahpun wujud pada zaman ini. Setiap keluarga
mempunyai seorang ketua yang akan memimpin keluarga ini untuk melakukan
aktiviti harian. Daripada kumpulan ketua keluarga ini, seorang akan dipilih
untuk memimpin kampung ini. Tanggungjawabnya adalah menyelesaikan pertikaian di
antara penduduk kampung dalam pelbagai perkara. Beliau juga dikenali sebagai
ketua kampung.
9)Teknologi
Baru
Zaman
Neolitik telah mencapai perkembangan yang amat pesat dalam bidang
infrastruktur. Pada zaman ini, roda buat pertama kali digunakan. Roda telah
dicipta untuk menjadikan sistem perhubungan yang lebih cepat. Sebagai contoh,
roda dipasang di kereta kuda membolehkan kereta kuda berjalan dengan lebih
cepat. Selain ciptaan roda, kapal layar juga telah diciptakan. Ciptaan kapal
layar membolehkan mereka berhubung antara satu sama lain dengan mudah walaupun
dipisah oleh lautan yang luas. Bukti penggunaan kapal layar ialah perjumpaan pelabuhan
awal seperti Santubong dan Kuala Selinsing.
Saturday, 22 September 2012
SEJARAH MELAKA
SEJARAH MELAKA
Melaka amat dikenali kerana keunikan sejarahnya. Sejarah Melaka bermula apabila Parameswara putera raja dari Palembang telah terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14. Setelah ditumpaskan oleh Majapahit, baginda telah lari mencari perlindungan ke Temasik yang pada ketika itu dikuasai oleh Siam. Setelah diusir dari Temasik oleh penjajah dari Siam, pada tahun 1396, beliau dan pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke Muar dan kemudiannya ke Sungai Ujong sebelum singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara sungai Melaka.
Setelah tiba di Bertam, baginda telah melihat anjing perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih. Baginda amat kagum dengan keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat keputusan untuk membuka negeri di situ. Baginda telah bertanyakan nama pohon tempat baginda bersandar dan pengikutnya memberitahu bahawa nama pohon tersebut adalah pohon Melaka. Maka baginda telah membuat keputusan untuk menamakan negerinya sempena nama pohon tersebut.
Melaka terus terkenal sebagai pusat perdagangan Melayu di Timur. Antara barang dagangan yang boleh didapati di Melaka adalah sutera dan porselin dari China, kain dari Gujerat serta Coromandel di India, kapur barus dari Borneo, cendana dari Timor, buah pala dan bunga cengkih dari Molucas, emas dan lada hitam dari Sumatera serta timah dari Tanah Melayu.
Mengikut riwayat Sejarah Melayu, Parameswara merupakan putera raja Palembang kurun ke empat-belas yang melarikan diri dari musuhnya iaitu orang-orang Jawa. Baginda telah melarikan diri ke Temasik (sekarang dikenali sebagai Singapura) dan menjadikan dirinya sebagai raja. Tidak lama kemudian, baginda dihalau dari Temasik oleh penjajah dari Siam dan dengan pengikut-pengikutnya sampai ke pantai barat Semenanjung Tanah Melayu untuk mencari tempat untuk berselindung. Pada mulanya mereka menjadikan Muar, Johor sebagai tempat untuk bermastautin tetapi keadaannya tidak sesuai kerana terdapat terlalu banyak biawak. Baginda kemudian memilih tempat kedua untuk membina istana tetapi ianya tidak berkekalan.
Parameswara kemudian menjelajah ke tempat lain. Dalam satu rombongan memburu, baginda sampai ke sebuah sungai bernama Bertam. Di sana, beliau terlihat seekor kancil yang dikejar oleh anjing-anjing pemburu baginda telah menendang salah seekor daripada anjingnya jatuh ke dalam sungai. Baginda amat terkejut dengan keberanian kancil tersebut dan dengan serta-merta menamakan tempat tersebut dengan nama Melaka, sempena dengan nama pokok di mana baginda sedang berteduh.
Kesultanan Melaka memerintah negeri Melaka selama 110 tahun sehingga ditewaskan oleh pihak Portugis pada tahun 1511
1400 - Parameswara, putera raja dari Palembang, setelah ditumpaskan oleh Majapahit menuju ke Temasik (nama asal Singapura) dan akhirnya membuka negeri Melaka.
1403 - Laksamana Yin Ching dalam misi perdagangannya telah singgah di Melaka dan menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan China - Melaka.
1405 - Parameswara menghantar utusannya ke China bagi mengukuhkan hubungan diplomatik yang sedia terjalin.
1409 - Laksamana Cheng Ho (Zheng He), ketua Armada perdagangan China dan para pembesar tiba di Melaka bagi mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara.
1411 - Parameswara diiringi pembesar Melaka dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang serta ditemani oleh Laksamana Cheng Ho belayar untuk melawat Yung Lo, Maharaja dinasti Ming di Cina.
1414 - Parameswara berkahwin dengan Puteri Pasai. Baginda memeluk agama Islam dan memakai gelaran Sultan Iskandar Shah (1414-1424).
1424 - Parameswara mangkat dan anakandanya, Sri Maharaja, menaiki takhta dan menukar namanya menjadi Sultan Muhammad Shah (1424-1444). Baginda telah memerintah mengikut ajaran Islam, mengasaskan etika istana dan menyebarkan Islam.
1444 - Raja Ibrahim, putera bongsu Sultan Muhammad Shah, menjadi pemerintah selepas kemangkatan ayahandanya.
1445 - Raja Ibrahim dibunuh dan dimakamkan dengan gelaran Sultan Abu Syahid.
1446 - Raja Kassim, kekanda Sultan Abu Syahid, menaiki takhta dan memakai gelaran Sultan Muzaffar Shah (1446-1458) dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri.
1447 - Serangan Siam yang pertama ke atas Melaka berlaku, tetapi disekat oleh angkatan perang Melaka. Pihak Siam ditewaskan tidak jauh dari Muar.
1456 - Tun Perak dilantik menjadi Bendahara atau Perdana Menteri dengan gelaran Bendahara Paduka Raja. Beliau menjadi terkenal kerana pentadbiran yang baik dan bertanggungjawab dalam memajukan Melaka. Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.
1458 - Sultan Mansur Shah menaiki takhta. Maharaja China menghantar Laksamana Cheng Ho yang membawa Puteri Hang Li Po dan dikahwinkan dengan Baginda. Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpateh Puteh dengan segolongan pengiring ke negeri Cina untuk mengiring Hang Li Po.
1477 - Sultan Mansur Shah mangkat dan Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488) menaiki takhta pada umur 15 tahun. Baginda merupakan seorang yang tegas dalam melaksanakan tugasnya.
1488 - Sultan Alauddin diracun mati di Pagoh. Kemudian Sultan Mahmud Shah (1488-1511) menaiki takhta atas jasa Tun Perak dan juga Hang Tuah.
1498 - Tun Perak meninggal dunia.

1500 - Tun Mutahir, sepupu Tun Perak, dilantik sebagai Bendahara bergelar Bendahara Seri Maharaja dan menjadi bendahara yang paling berkuasa di kalangan para pembesar kesultanan Melaka.
1509 - Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di rantau Asia Tenggara. Atas sebab perselisihan faham, angkatannya diserang oleh Melaka dan 20 anak kapalnya ditahan oleh orang tempatan.
1510 - Bendahara Tun Mutahir dan keluarganya dibunuh atas titah Sultan Mahmud Shah kerana beliau enggan menyerahkan anaknya Tun Fatimah kepada baginda. Menyedari kesilapannya, Sultan Mahmud Shah turun takhta untuk sementara waktu dan digantikan oleh anaknya, Sultan Ahmad Shah.
1511 - Alfonso D’Albuquerque, wizurai Portugis di Goa, tiba di Melaka pada 10 Ogos dan membuat permintaan membina sebuah markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh sultan. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Semenjak itu, Portugis memerintah Melaka selama 130 tahun.
1512 - Albuquerque kembali ke Goa pada bulan Januari selepas menyiapkan “A Famosaâ€, kota kubu yang mempunyai ketinggian menara 5 tingkat. Kemudian Sultan Mahmud Shah menyerang Portugis di Melaka.
1513 - Patih Unus, seorang pahlawan Jawa yang kemudiannya menjadi Sultan Demak di Sumatera, menyerang Portugis di Melaka.
1516 - Laksamana Hang Nadim, anak kepada Hang Tuah, menyerang Melaka.
1518/19 - Askar-askar Sultan Mahmud Shah mengepung bandar Melaka selama 3 bulan.
1523 - Sultan Mahmud Shah menyerang Melaka.
1524 - Laksamana Hang Nadim mengepung Melaka dan memotong bekalan makanannya.
1537 - Serangan orang Acheh yang pertama ke atas Portugis di Melaka.
1545 - Paderi Francis Xavier tiba di Melaka buat pertama kalinya. Selepas itu beliau telah melawat Melaka sebanyak 5 kali.
1551 - Gabungan Johor, Japara dan Perak telah menyerang Melaka dan mengepungnya selama 3 bulan.
1553 - Paderi Francis Xavier mati di Pulau Sanction berdekatan dengan Canton, Cina dan dikebumikan di Gereja St. Paul. Selepas 9 bulan, mayatnya telah dialih dan dikebumikan di Goa.
1567/68 - Dengan pertolongan Johor, Acheh menyerang kubu Portugis di Melaka. Namun, sekali lagi mereka telah dikalahkan.
1571 - Acheh membuat percubaan untuk menyerang Portugis di Melaka, tetapi percubaan mereka sekali lagi gagal kerana ribut taufan yang melanda.
1575 - Japara telah menyerang kubu Portugis di Melaka.
1585 / 86 - Johor telah menyerang Melaka.
1588 - Pelawat Inggeris yang pertama bernama Ralph Ritch telah tiba di Melaka.
1597 - Belanda menyerang Melaka.

1606 - Gabungan Belanda dan Johor menyerang kubu pertahanan Portugis di Melaka. Walaupun begitu, pasukan bantuan askar Portugis yang tiba tepat pada masanya dari Goa dapat menyelamatkan Melaka.
1615 / 16 - Acheh melancarkan serangan sekali lagi ke atas Melaka.
1628 / 29 - Acheh berkuasa ke atas Melaka selama 8 bulan sebelum berundur.
1636 - Kapal Belanda memusnahkan kapal-kapal Portugis di pelabuhan Melaka.
1641 - Belanda dan orang Melayu Johor sekali lagi menyerang. Selepas pertempuran yang sengit, Portugis diarahkan untuk menyerah kalah. Belanda kemudian memerintah Melaka selama 154 tahun.
1645 - Tokong Cheng Hoon Teng telah dibina oleh Ketua orang Cina, Lee Wei King. Ia adalah tokong tertua yang masih wujud lagi di Malaysia.
1645 / 70 - Perang dalaman berlaku antara Belanda dengan Naning
1650 - Stadthuys atau “Rumah Negeriâ€, tempat tinggal bagi Gabenor Belanda yang juga menjadi pusat pentadbiran telah dibina.

1710 - Gereja St. Peter, sebuah Gereja Kristian di Malaysia dibina oleh Belanda. Ia mempunyai reka bentuk gabungan Timur dan Barat.
1753 - Gereja Christ siap dibina.
1756 - Orang Bugis yang diketuai Oleh Daing Kamboja, menyerang Melaka.
1784 - Raja Haji telah mendarat di Melaka tetapi kemudiannya dibunuh.
1795 - British mengambil alih Melaka daripada Belanda.

1806 - British membuat rombakan terhadap segala tinggalan Portugis di Melaka. Meraka telah merancang untuk memindahkan pusat perdagangan dan populasi ke Pulau Pinang untuk melemahkan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan.
1808 - Ketibaan Stamford Raffles menyelamatkan Melaka daripada kejatuhan yang teruk.
1818 - Dengan berakhirnya Perang Napoleon, Melaka kembali kepada pemerintahan Belanda di bawah perjanjian Venice.
1819 - Sultan Hussain Mohammad Shah dari Johor menyerahkan Singapura kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris. Kemudian makam sultan diletakkan di kawasan Masjid Tengkera.
1824 - Perjanjian Anglo-Belanda atau Perjanjian London meletakkan Melaka di bawah pemerintahan British.
1826 - Perjanjian Selat ditandatangani, yang mana Pulau Pinang, Singapura dan juga Melaka di jadikan Negeri-negeri Selat yang berada dalam sistem pentadbiran yang sama.
1867 - Pentadbiran Negeri-negeri Selat dipindahkan daripada Gabenor - ketua jabatan di India kepada Pejabat Kolonial di London dan Melaka menjadi tanah jajahan British.
1895 - Penanaman getah secara ladang dilakukan oleh Tan Chay Yan di Bukit Lintang, Melaka.

1904 - Permaisuri Victoria datang untuk memperingati Jubli Intan Seri Paduka Baginda
1942 - Jepun menjajah Melaka.
1945 - Melaka telah dikembalikan kepada pemerintahan British selepas Jepun menyerah kalah kepada British di Singapura.
1948 - Komunis menyerang dan menguasai Malaya selama 14 hari. Pihak British mengisytiharkan darurat dan situasi ini berakhir pada tahun 1960.
1956 - Perisytiharan Hari Kemerdekaan dibuat oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaya yang pertama di Padang Banda Hilir (Padang Pahlawan), Melaka pada 20 Februari. Dalam tahun yang sama, Melaka menjadi sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara merdeka.
1957 - Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos. Komisioner Residen British, H.G. Hammet menyerahkan dokumen kemerdekaan kepada gabenor tempatan yang pertama.
1963 - Pembentukan Malaysia pada 16 September. Melaka menjadi sebahagian daripada Malaysia. Singapura, Sabah dan Sarawak juga menyertainya.
1989 - Melaka telah diisytiharkan sebagai Bandaraya Bersejarah pada 15 April.

Friday, 21 September 2012
KONSEP TEKNOLOGI
1. Gailbrath
(1967) Teknologi ialah keupayaan menggunakan pengetahuan saintifik atau
pengetahuan lain yg tersusun (other organized knowledge) yg digunakan secara
sistematik sehingga mampu mempamerkan amalan yg praktikal dalam melaksanakan
tugasan sehingga tugas tersebut mencapai kejayaan.
2. Evan
& Nation(2000) Teknologi ialah suatu seni @ sains bagaimana alat itu digunakan
untuk tujuan-tujuannya.
3. Teknologi
ialah proses, kaedah, dan idea bagi memastikan penggunaan sesuatu ilmu dan alat
atau bahan itu mencapai kejayaan.
PERKAITAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
1. Teknologi
dalam P&P ialah suatu usaha meningkatkan keberkesanan dan kualiti terhadap
ilmu pengetahuan.
2.
Department of Audio Visual Instrusion (DAVI) 1963 – Definisi pertama tentang
teknologi dalam P&P ialah komunikasi audiovisual.
3.
Association for Educational Communication and Technology (AECT) 1994 –
Komunikasi audiovisual ialah cabang teori dan amalan yg bermula dengan reka
bentuk dan kegunaan mesej yg mengawal proses pembelajaran.
4. Teori Kognitif
dan Konstruktif – Mereka bentuk, membina, mengguna pakai, mengurus, menilai,
menganalisis serta mengguna pakai teori dan amalan daripada bidang-bidang lain.
DOMAIN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
1. Fasa
Pertama (AECT) 1977 – Pengurusan pengajaran, Pengembangan pengajaran, dan
Sumber pembelajaran.
2. Fasa
Kedua (Seel dan Richey) 1994 – Teori dan amalan berhubung dengan reka bentuk,
pembangunan, penggunaan, pengurusan, dan penilaian proses serta sumber untuk
pembelajaran.
PERANAN DAN KEPENTINGAN TEKNOLOGI
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1.
Pembelajaran Kendiri
2.
Meningkatkan Keberkesanan Pembelajaran
3. Peluang
Belajar Untuk Semua.
REKA BENTUK PENGAJARAN
KONSEP REKA BENTUK PENGAJARAN
1. Satu
proses sistematis menterjemahkan prinsip-prinsip umum P&P kepada bentuk
perancangan bahan dan penyampaian pembelajaran.
-- 3
kategori RP :
RP sebagai
Satu Proses (Briggs, 1977)
RP sebagai
Satu Disiplin (Duffy dan Jonassen, 1991)
RP sebagai
Satu Sains (Richey, 1986)
2. Yusup
Hashim (1998) - RP mengandungi 4 bidang:
Reka bentuk
sistem pengajaran
Reka bentuk
strategi
Reka bentuk
mesej
Ciri-ciri
pelajar
MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN
1. Richey
(1986) – menggariskan 6 elemen asas, iaitu :
Menentukan
keperluan pelajar
Menentukan
matlamat dan objektif
Membina
prosedur penilaian
Mereka
bentuk dan memilih strategi penyampaian
Mencuba
sistem pengajaran
Menilai
keseluruhan sistem
2. Gustalfon
(1991) – membahagikan RP kepada 3 model berorientasikan :
Bilik Darjah
(tugas guru sebagai pelaksana sistem)
Produk
Sistem
MODEL ADDIE
- Merupakan
proses generik yg perlu diubah suai sebelum dapat digunakan, menjadi asas
kepada semua model RP.
A (Analysis)
- Analisis
D (Design) -
Bentuk
D
(Development) - Perkembangan
I
(Implementation) - Pelaksanaan
E
(Evaluation) - Penilaian
MODEL ASSURE
- Heinech et
al (1982) - Model RP berasaskan bilik darjah.
- Dapat
membantu guru merancang P&P dengan baik dan berkesan.
A (Analyses
learner) – Analisis pelajar
S (State
objectives) – Nyatakan objektif
S (Select
method, media and materials) – Pilih kaedah, media & bahan sumber
U (Utilise
media and materials) – Gunakan media & bahan sumber
R (Require
learner response / participation) – Libatkan pelajar
E (Evaluate
and revise materials)- Nilai & semak semula
MODEL GAGNE, BRIGGS DAN
WAGER (1992)
Tentukan
matlamat pengajaran
Laksanakan
analisis pengajaran
Kenal pasti
ciri-ciri pelajar
Bentuk
objektif pengajaran pembelajaran
Pilih kaedah
pengajaran
Sediakan
bahan pengajaran
Rancang dan
laksanakan penilaian formatif
Rancang dan
laksanakan penilaian sumatif
PERANAN DAN KEPENTINGAN REKA BENTUK
PENGAJARAN
1.
Meningkatkan pencapaian pelajar.
2.
Menjadikan P&P bilik darjah lebih teratur
3.
Memungkinkan objektif P&P dan hasil pembelajaran mudah tercapai.
4. Membantu
dalam proses membuat keputusan.
5.
Menjadikan penyampaian P&P selaras bagi kumpulan yg pelbagai.
6.
Menjimatkan masa dan peruntukan yg besar, cth: Pendidikan Jarak Jauh
REKA BENTUK MESEJ
1. Heinech
et al (2002) – media sebagai alat yg membantu proses komunikasi.
2. Reiser
dan Gagne (1983) – media sebagai sebarang cara fizikal yg memungkinkan mesej
disampaikan.
3. Torkelson
(1972) – membahagikan media kepada 3 komponen :
Mesej – isi
kandungan @ maklumat yg hendak disampaikan.
Bentuk mesej
– merujuk kepada cara maklumat disimpan; dalam bentuk yg sebenar, dalam bentuk
abstrak, simbol, visual, gambaran dan bentuk bahasa.
Saluran
mesej – alat fizikal yg digunakan dalam penyampain mesej, dalam bentuk elektrikal,
mekanikal dan digital.
4. Gagne dan
Briggs (1974) – 6 kategori media berdasarkan rangsangan fizikal media :
Perkataan /
struktur bahasa
Bentuk bunyi
bukan bahasa
Perkataan
bercetak
Gambar
statik
Gambar
bergerak
Sampel sebenar
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)

.jpg)

.jpg)